omniture

Emas 24 Karat Bernilai RM38,880 untuk Dimenangi, atau Didermakan kepada Badan Kebajikan sempena Larian Harta Karun Stoper 2015 pada 15 November 2015

Gointernationalgroup.com
2015-09-09 21:55 204

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 September 2015 /PRNewswire/ -- Stoper Industries Holdings, pengedar produk keselamatan seperti Semburan Lada USA 1981 Stoper telah memulakan acara larian 5 kilometer dan carian harta karun bertema inovatif pada 15 November 2015 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.

"Kami ingin menyumbang kepada kanak-kanak, dan bersama masyarakat awam Malaysia, kami ingin mengumpul dana untuk dua buah rumah kebajikan kanak-kanak – Shelter Home dan juga Rumah Anak Yatim Shifa, sambil bergembira semasa Larian Harta Karun itu," kata Dato' Fan Asa, Ketua Pegawai Eksekutif Stoper Industries Holdings Sdn. Bhd.

Stoper Industries telah melibatkan Rakan Rasmi 1AM Studio dan Go International Group Dotcom untuk menganjurkan acara tersebut, dengan perincian seperti berikut:

  • Acara tersebut dibuka kepada orang awam dan akan bermula pada pagi Ahad 15 November jam 7.00pagi di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang
  • Hanya terdapat satu kategori, iaitu laluan 5km
  • Yuran pendaftaran: RM65 (penyertaan awal) / RM95 (biasa) / RM125 (lewat)
  • Kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, boleh mendaftar hanya jika ditemani oleh seorang dewasa

Penyerahan pek perlumbaan akan diadakan dari 7 - 8 November 2015 di MAEPS, Serdang:

  • Dari 10:00pagi hingga 3:00petang
  • Pek Perlumbaan akan terdiri daripada baju perlumbaan Dri-fit bernilai RM35, bib Perlumbaan untuk peluang memenangi emas bernilai RM38,880, semburan lada edisi terhad Stoper bernilai RM60.30 dan Baucar diskaun 10% Pestle & Mortar

Larian Harta Karun Stoper 2015 mengundang para individu, syarikat-syarikat korporat dan kolej-kolej universiti untuk menyokong acara ini dengan menaja pasukan untuk mengambil bahagian dalam larian tersebut. Pihak-pihak yang berminat boleh menghubungi pasukan jualan melalui e-mel: treasurerun2015@gmail.com.

Individu yang berminat untuk mengambil bahagian dalam larian tersebut boleh berbuat demikian dengan mengunjungi  www.treasurerun2015.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Yudishtra Selvaratnam 
Go International Group Dotcom Sdn Bhd
E: treasurerun2015@gmail.com atau yudishtra@gointernationalgroup.com 
T: +603-2094-0093

LEMBARAN FAKTA

Latar Belakang STOPER Industries Holdings Sdn Bhd

Stoper Industries merupakan pengeluar dan penyedia pelbagai produk pertahanan, keselamatan, perlindungan diri dan kesejahteraan holistik untuk segmen pasaran pengguna serta perniagaan. Komitmen Stoper yang berterusan untuk memberikan keselamatan keseluruhan dan ketenangan fikiran kepada semua rakyat Malaysia telah menginspirasikan Larian Harta Karun 2015 kali pertama ini. Semburan pertahanan peribadi Stoper yang terkenal di seluruh dunia menggunakan teknologi dan formulasi terkini dari AS dan telah diuji 99.9% selamat serta andal untuk semua keadaan kecemasan. Larian Harta Karun 2015 ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat Stoper yang berterusan; tahun ini memberi tumpuan untuk memberikan kanak-kanak masa depan yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.stoperindustries.com.

Source: Gointernationalgroup.com
Keywords: