omniture

Lionel Messi Jalin Kerjasama Dengan Funtastic

Funtastic dan bintang Bola Sepak bakal menjaringkan gol.
Funtastic Ltd
2015-09-10 16:15 483

LONDON, 10 September 2015 /PRNewswire/ -- Funtastic, merupakan firma inovasi global dengan pejabat-pejabat di AS, Australia, Hong Kong dan Tanah Besar China.

Leo Messi beraksi menggunakan FootBubbles daripada Funtastic
Leo Messi beraksi menggunakan FootBubbles daripada Funtastic

Funtastic Ltd dan Leo Messi Management S.L.U. telah menandatangani perjanjian besar untuk membangunkan permainan eksklusif daripada rangkaian produk berjenama Messi sendiri, yang akan membawa senyuman kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia.

Messi, juara terulung bagi sukan bola sepak antarabangsa, pemenang 4 bagi FIFA Ballon d'Or (Bola Emas) dan pemain nombor satu dunia akan menjadi wajah rangkaian produk inovatif ini, iaitu Leo Messi FootBubbles by Funtastic.

Produk-produk revolusi daripada Funtastic menukarkan buih biasa menjadi buih yang dapat ditimbang menggunakan kaki. Rahsianya adalah kombinasi hebat FootBubbles Super Solution dan stoking Messi.

Ketua Pegawai Eksekutif Funtastic, Nir Pizmony berkata, "Jalinan kerjasama dengan Messi merupakan hasil perancangan dan perundingan selama berbulan-bulan, ia merupakan waktu yang mengujakan untuk Funtastic dan kini kami telah menetapkan tanda aras yang tinggi bagi industri Permainan global. Gandingan bersama pemain bola sepak paling berbakat di dunia memberikan kuasa yang hebat kepada Funtastic, dan kami tidak sabar untuk memasarkan produk-produk berjenama Messi ini. Ini adalah masa yang begitu mengujakan."

Leo Messi dan pasukan pengurusannya juga begitu teruja untuk melancarkan Leo Messi FootBubbles. Mereka mengulas, "Ini merupakan satu penghormatan apabila sebuah syarikat dengan pengalaman yang begitu panjang dalam industri permainan, iaitu lebih 20 tahun, ingin mengadakan usaha sama dengan kami untuk membangunkan rangkaian permainan baharu. Pertalian kami dengan Funtastic baru sahaja bermula, dan kami tidak sabar untuk membina jalinan kerjasama ini."

Para peruncit penting dalam rangkaian pengedaran global Funtastic gembira dengan berita ini, dan sokongan untuk produk-produk tersebut adalah amat besar. Permainan berjenama Messi akan tiba di Australia pada pertengahan September 2015, manakala bagi negara-negara lain pula bakal menyusul tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.footbubbles.com

Latar Belakang Funtastic

FUNTASTIC (ASX: FUN) www.funtastic.com.au merupakan sebuah syarikat pengeluaran dan pengedaran produk inovatif yang berpangkalan di Australia dengan pejabat-pejabat di AS, Hong Kong serta Tanah Besar China.

Latar Belakang Leo Messi Management SLU

SLU merupakan syarikat sukan & pemasaran yang unik serta eksklusif yang mengurus dan juga mewakili hak imej sedunia bagi pemain bola sepak Lionel Messi.

Funtastic Pty Ltd - Australia
Ryan Gracie
Pengarah Urusan
Tel: +61 3 8531 0000
pr@funtastic.com.au  
Tingkat 2, Menara Pejabat 2
Pusat Beli-Belah Chadstone 
Chadstone, Victoria, Australia 3148

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150908/8521505676
Video - https://www.youtube.com/watch?v=Oke5G_RJWzI

Source: Funtastic Ltd
Related Stocks:
Australia:FUN
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Sports Toys New products/services