omniture

Pittasoft Bakal Perkenal Kamera Papan Pemuka Terhubung di IAA Cars 2015 Frankfurt

Pengeluar Kamera Papan Pemuka BlackVue dari Korea Bakal Sertai Pameran Automotif Terbesar Dunia
Pittasoft Co., Ltd.
2015-09-10 18:00 407

SEOUL, Korea Selatan, 10 September 2015 /PRNewswire/ -- Pittasoft bakal mengadakan pameran dalam astaka Kereta Terhubung di dewan Dunia Mobiliti Baharu (gerai pameran #B41, Dewan 3.1) semasa IAA edisi ke-66, iaitu pameran automotif terbesar dunia, yang berlangsung di Frankfurt Am Main mulai 17 hingga 27 September.

Tema bagi tahun ini ialah "mobiliti menghubungkan", yang sangat sesuai dengan kamera papan pemuka BlackVue Pittasoft. Sebagai perintis kamera papan pemuka terhubung Wi-Fi, Pittasoft melihat kemunculan trend kereta terhubung sebagai peluang yang amat baik untuk mempertingkatkan lagi produk-produknya.

BlackVue Over the Cloud, yang dirancang untuk dilancarkan pada Oktober kelak, menggabungkan kamera papan pemuka BlackVue terkini dengan aplikasi mudah alih serta PC yang membenarkan pengguna berhubung dengan kenderaan mereka dari jarak jauh melalui Cloud. BlackVue Over the Cloud membolehkan pemantauan video jarak jauh dilakukan secara langsung, mesej pemberitahuan dihantar ke telefon pengguna sekiranya kenderaan mereka dilanggar semasa mereka tiada, selain sokongan video penting ke Cloud, agar para pengguna tidak perlu bimbang kehilangan rakaman yang penting.

Para pengunjung ke tapak pameran Pittasoft akan diperkenalkan kepada kamera papan pemuka BlackVue yang terkini, serta aksesori dan perkhidmatannya, termasuk rangkaian produk berorientasikan kumpulan yang memenuhi keperluan para profesional yang memiliki kumpulan kenderaan komersial serta kenderaan berat.

"Permintaan terhadap aksesori dan kamera papan pemuka yang berkaitan dengan kumpulan kenderaan adalah melangkaui jangkaan kami, dan ramai yang ingin tahu tentang perkhidmatan Cloud kami," kata Nana Kim, Pengurus Jualan Luar Negara di Pittasoft. Beliau akan menghadirkan diri semasa pameran itu bagi bertemu dengan rakan-rakan kongsi prospektif serta yang sedia ada. "Saya berpendapat pasaran Eropah mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang, ketika pihak individu dan perniagaan mengiktiraf manfaat apabila memiliki kamera papan pemuka."

Latar Belakang Pittasoft:
Pittasoft, dengan jenama BlackVue mereka, telah menetapkan piawaian dalam industri kamera papan pemuka kereta sejak ia ditubuhkan pada tahun 2007. Dengan membawa teknologi kamera papan pemuka kereta ke peringkat seterusnya menerusi kamera 1 saluran dan 2 saluran HD penuh mereka, Pittasoft mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan menghubungkan kamera papan pemuka kepada peranti pintar melalui Wi-Fi.

Kini dengan BlackVue Over the Cloud, Pittasoft bersedia untuk menyambut ketibaan era kereta terhubung bagi menyediakan lebih banyak faedah kepada para pelanggannya.

Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, Pittasoft menghasilkan kamera papan pemuka mereka secara tempatan dan mempunyai rangkaian global sebanyak lebih 50 pengedar.

Maklumat untuk dihubungi:
Pittasoft Co., Ltd.
Jeremie Sinic
TEL: +82-2-6947-4670(samb.155)
FAKS: +82-2-6947-4694
Jualan: sales@pittasoft.com
Pemasaran: marketing@pittasoft.com
Untuk maklumat lanjut, lawati www.blackvue.com

Source: Pittasoft Co., Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news