omniture

Xender Membolehkan Pemindahan dan Perkongsian Fail Mudah Alih Dilakukan Tanpa Menggunakan Data

Xender
2015-09-11 01:11 398

BEIJING, 11 September 2015 /PRNewswire/ -- Di seluruh dunia, penggunaan data sentiasa menjadi kebimbangan kepada para pengguna 3G atau 4G. Mujurlah kini caj data yang dikenakan oleh pengendali mudah alih dapat dielakkan menggunakan Xender, aplikasi pemindahan dan perkongsian fail popular yang tidak menggunakan data, tidak memerlukan internet, malah tidak memerlukan kabel USB serta kad memori.

Dengan Xender, pengguna dapat berkongsi gambar, muzik, dan memindahkan fail serta aplikasi dengan mudah melalui kawasan khas (hotspot) yang diwujudkan oleh telefon. Tiada sambungan lain diperlukan. Selain itu, pengguna dapat berkongsi fail antara peranti pada platform-platform berbeza, sama ada Android, iOS atau Windows. Xender tidak meletakkan had ke atas saiz fail, bermakna pengguna dapat menghantar fail sama ada bersaiz besar atau kecil. Pastinya pengguna perlu memuatkan Xender di dalam peranti mudah alih, dan hanya itu sahaja, kerana aplikasi berkenaan dapat digunakan secara percuma.

Namun begitu, bagaimanakah perkongsian fail percuma Xender berfungsi sebenarnya? Sangat mudah: apabila pengguna berhubung dengan rakan-rakan mereka; tanpa menggunakan data mudah alih, aplikasi itu mewujudkan kawasan khas Wi-Fi pada satu peranti yang dapat disertai oleh peranti lain. Ia mewujudkan pautan terus antara peranti tanpa menggunakan sambungan internet, jadi tiada penggunaan data akan dikenakan. Oleh kerana sambungan terus itu menggunakan teknologi Wi-Fi, ia membolehkan pemindahan fail dilakukan sehingga 50 kali lebih pantas berbanding melalui Bluetooth.

Selain penggunaan data sifar dan kelajuan, Xender turut memiliki ciri-ciri lain yang menarik seperti salinan mudah atau pemindahan maklumat perhubungan daripada telefon lama kepada yang baharu. Antara muka penggunanya pula adalah intuitif, ceria dan menyeronokkan. Pengguna dapat menetapkan gambar profil mereka atau memberikan nama peribadi kepada telefon mereka supaya mudah dicam oleh rakan-rakan. Pengalaman berkongsi fail, pastinya merupakan suatu pengalaman sosial.

Selain daripada ciri-ciri pemindahan fail mudah alihnya yang amat berkuasa, Xender turut menyediakan fungsi sambungan PC yang amat menarik dan bermanfaat yang melaluinya, pemindahan fail ke PC dapat dibuat dengan mudah. Pengguna tidak perlu memuatkan sebarang perisian dalam PC mereka. Hanya dengan menggunakan pelayar, pengguna dapat menghubungkan telefon mereka kepada PC, memindahkan fail secara dua hala dan mengurus telefon mereka daripada PC. Ciri ini turut berfungsi untuk Mac.

Pautan kepada Video Produk: https://www.youtube.com/watch?v=IEgR5b8lpUY

Xender disediakan untuk Android, iOS dan Windows Phone.

Muat turun iOS: http://apple.co/1LiIZZ1
Muat turun Android: http://bit.ly/1hPIig3
Muat turun Windows Phone: http://bit.ly/1hPIig3

Hubungi: service@xender.com

Facebook: https://www.facebook.com/XenderApp

Source: Xender
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment New products/services