omniture

NARI Group Diberikan Kontrak untuk Projek Siap Guna Stesen Kuasa Fotovoltan 59MW San Carlos Helios Filipina

NARI Group Corporation
2015-09-11 03:28 232

NANJING, China, 11 September 2015 /PRNewswire/ -- Pada 14 Ogos 2015, sebagai kontraktor EPC, NARI Group telah menandatangani kontrak untuk projek Siap Guna stesen kuasa fotovoltan 59MW San Carlos Helios di Filipina. Projek ini telah dibangunkan oleh SunEdison bersama syarikat Aboitiz di Filipina. Setakat ini, NARI Group telah menjalankan dua projek siap guna PV, Currimao 20MW dan Soleq 30MW. NARI Group telah menjadi salah satu kontraktor projek fotovoltan paling hebat di rantau Filipina.

NARI Group Corporation (NARI) merupakan pembekal kelengkapan set kuasa elektrik lengkap yang terbesar di China dan merupakan syarikat aktif dalam industri kuasa global. NARI Group khususnya terlibat dalam automasi sistem kuasa, transmisi UHV dan transmisi fleksibel, penjanaan tenaga bersih, kelengkapan elektrik bervoltan rendah pintar, kelengkapan automasi perindustrian, pengubah aloi amorfus dan penyelidikan & pembangunan (R&D), rekaan, pengeluaran, jualan wayar serta kabel, perkhidmatan kejuruteraan dan juga perniagaan kontrak umum kejuruteraan. Sejak beberapa tahun ini, NARI Group telah meneroka dengan aktif pasaran antarabangsa dan telah memperoleh pencapaian besar di lebih 80 rantau dan negara di seluruh dunia termasuk Asia, Afrika, Amerika Selatan, Oceania, Thailand, Filipina, Australia, Pakistan, Kenya, Ethiopia, Sultan, Brazil, Costa Rica, Bolivia serta Paraguay.

NARI Group akan menyediakan skema rekaan, membekalkan kelengkapan, pemasangan dan pentauliahan tapak serta penerimaan keseluruhan sistem untuk projek ini. Dengan penjanaan kuasa yang terhasil setelah menyambungkan kepada grid, keadaan gangguan bekalan kuasa yang dialami oleh para penduduk di kawasan sekitar akan berkurang dengan berkesan. Ia akan turut mempertingkatkan kestabilan grid kuasa tempatan serta nilai jenama tempatan dan nilai sosial jenama NARI di Filipina.

Laman sesawang rasmi NARI Group: http://www.narigroup.com/

Source: NARI Group Corporation
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Contracts