omniture

Infosys dan ATP Mengumumkan Perkongsian Teknologi Strategik

Infosys
2015-09-11 17:26 580

BANGALORE, 11 September 2015 /PRNewswire/ -- Infosys (NYSE: INFY), peneraju global dalam khidmat runding, teknologi, penyumberan luar, dan perkhidmatan generasi seterusnya, serta ATP, badan pentadbir tenis profesional lelaki, hari ini mengumumkan perkongsian strategik bagi memanfaatkan kelebihan kemajuan teknologi terkini dalam mobiliti, awan, dan analitik bagi mengubah pengalaman para peminat dan pemain tenis di seluruh dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162)

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Infosys akan menjadi Rakan Kongsi Perkhidmatan Teknologi Global dan Penaja Platinum untuk Jelajah Dunia ATP, serta Peringkat Akhir Jelajah Dunia Barclays ATP akhir musim, untuk tiga tahun akan datang.

Seperti kebanyakan sukan popular, para peminat tenis semakin menginginkan lebih banyak bahan tentang sukan itu merentasi banyak saluran. Penglibatan peminat aktif hari ini memerlukan maklumat dan pemahaman yang mengikut konteks serta masa sebenar tentang permainan itu merentasi pelbagai saluran. Infosys, sebagai Rakan Kongsi Perkhidmatan Teknologi Global eksklusif untuk Jelajah Dunia ATP, akan memanfaatkan kelebihan kepakarannya dalam awan, mobiliti dan analitik bagi tujuan mengurus, menganalisis serta mentafsir jumlah data tenis yang banyak (pada masa dahulu serta terkini) dan juga memberi pemahaman dan ramalan melalui platform interaktif untuk para peminat ATP, pemain-pemain, rakan-rakan kongsi dan media. 

Melalui perkongsian ini, Infosys akan mengusahakan beberapa inisiatif penting untuk Jelajah Dunia ATP. Ini termasuk:

  • Pewujudan Pusat Mata & Statistik ATP Infosys yang eksklusif untuk memperbaharui penglibatan bersama para peminat tenis dengan menyediakan pemahaman dan ramalan yang tidak pernah diberikan sebelum ini tentang setiap kejohanan, perlawanan, dan mata. Pusat Mata & Statistik itu akan diperkasakan oleh Platform Maklumat Infosys (IIP), sebuah platform analitik data sumber terbuka untuk penampakan data dan analisis data.
  • Penafsiran semula Zon Pemain ATP, sebuah platform penglibatan pemain dan aplikasi mudah alih generasi seterusnya, bagi meningkatkan pengalaman para pemain dan membolehkan mereka mendaftar untuk terlibat dalam kejohanan, menilai maklumat perjalanan, berhubung dengan pemain lain, serta dimaklumkan tentang semua berita Jelajah Dunia ATP
  • Pengurusan prasarana, aplikasi dan data Jelajah Dunia ATP dengan memanfaatkan kelebihan keanjalan dan kuasa pengkomputeran model berasaskan awan

Petikan Kata 

Dr. Vishal Sikka, Ketua Pegawai Eksekutif, Infosys 

"Sebagai seseorang yang meminati tenis, memang mengujakan untuk memikirkan bagaimana kami boleh mencipta pengalaman baharu yang hebat dan menarik untuk para peminat. Pengalaman luar biasa untuk para peminat tenis adalah apa yang didukung oleh ATP, dan kini kami boleh membawa pengalaman ini ke peringkat yang lebih hebat lagi dengan usaha yang dilakukan bersama-sama. Tidak lama lagi, para peminat akan berpeluang untuk benar-benar mengalami keterujaannya, dan juga merasakan keghairahan serta semangat dalam setiap perlawanan, dan banyak lagi. Perkongsian ini akan membolehkan kami membawakan pengalaman baharu dalam cara baharu kepada para peminat seluruh dunia, serta bertindak untuk menguar-uarkan banyak jenis penglibatan baharu untuk pengguna daripada lapisan masyarakat lain."

Chris Kermode, Pengerusi Eksekutif & Presiden ATP 

"Kami gembira dapat melancarkan perkongsian baharu ini bersama Infosys. Peluang-peluang daripada teknologi, statistik dan data dalam bidang tenis profesional lelaki adalah sangat luas. Pengumuman hari ini adalah satu berita hebat untuk ATP ketika kami menyambut Infosys, peneraju industri, serta mengambil langkah yang penting untuk meneroka peluang-peluang baharu dalam bidang ini. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk membangunkan beberapa inisiatif yang mengujakan sebagai sebahagian daripada perkongsian ini."

Latar Belakang ATP

ATP merupakan badan pentadbir bagi perlawanan tenis profesional lelaki - Jelajah Dunia ATP (ATP World Tour), Jelajah Pencabar ATP (ATP Challenger Tour) dan Jelajah Juara ATP (ATP Champions Tour). Dengan 62 kejohanan di 31 buah negara, Jelajah Dunia ATP menyajikan atlet-atlet lelaki terhebat yang bertanding di tempat paling mengujakan di dunia. Dari Australia ke Eropah dan negara-negara benua Amerika hingga Asia, bintang-bintang Jelajah Dunia ATP 2015 beradu tenaga untuk merebut gelaran berprestij dan mata Pemeringkatan ATP Emirates bagi acara 1000, 500 dan 250 ATP World Tour Masters, serta kejohanan Grand Slam (acara bukan ATP). Pada penghujung musim, hanya lapan pemain tunggal dan pasukan beregu terbaik dunia akan bertanding untuk mendapatkan gelaran terakhir musim itu bagi Peringkat Akhir Jelajah Dunia Barclays ATP. Diadakan di The O2, London, acara itu bakal menobatkan secara rasminya pemain Nombor 1 Jelajah Dunia ATP 2015, disampaikan oleh Emirates. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.ATPWorldTour.com.

Latar Belakang Infosys 

Infosys merupakan peneraju global dalam khidmat runding, teknologi, penyumberan luar dan perkhidmatan generasi seterusnya. Kami membolehkan para pelanggan, di lebih 50 buah negara, berada kekal selangkah di hadapan dalam trend perniagaan yang baharu dan menandingi prestasi pesaing. Kami membantu mereka untuk berubah dan meraih kejayaan dalam dunia yang terus berkembang dengan mencipta bersama-sama penyelesaian terkini yang menggabungkan pemahaman strategik serta kecemerlangan pelaksanaan.

Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak AS$ 8.7 bilion dan lebih 179,000 kakitangan, membantu perusahaan memperbaharui syarikat-syarikat mereka di samping turut mewujudkan saluran baharu bagi menjana nilai.

Kenyataan Perlindungan Selamat

Beberapa kenyataan dalam siaran media ini berkenaan prospek kemajuan masa depan kami merupakan kenyataan jangkaan yang berkaitan dengan jangkaan perniagaan masa depan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan perlindungan' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada seperti yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan turun naik pendapatan, turun naik kadar tukaran mata wang asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak rangka dengan harga serta masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan terhadap teknologi dalam bidang penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk menyiapkan dan menyepadukan pengambilalihan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang menerima pelaburan strategik Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, kekangan sah dalam mengumpul modal atau mengambil alih syarikat-syarikat di luar India dan penggunaan harta intelek kami yang secara tidak sah, serta keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan pada industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap hasil operasi kami pada masa depan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac 2015 dan dalam Borang 6-K untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2014, 30 September 2014, dan 31 Disember 2014. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan jangkaan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran serta laporan kami kepada para pemegang saham. Sebarang kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran media ini dibuat berdasarkan andaian yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sarah Gideon
Infosys, India
+91 80 4156 3998
Sarah_Gideon@infosys.com

Simon Higson
ATP Tour, Inc.
shigson@atpworldtour.com

Sumber: Infosys

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Sports Contracts