omniture

Program Inovasi Terkenal Yayasan Qatar Stars of Science Kembali Dengan Musim ke-7 di MBC4

Stars of Science
2015-09-15 01:31 300

DOHA, Qatar, 15 September 2015 /PRNewswire/ --

Inisiatif Rintis Tampilkan Penginovasi Paling Berbakat di Rantau ini  

Stars of Science, pencarian penginovasi Arab terbaik di dunia yang paling unik dan mengujakan, kembali lagi pada musim luruh ini di MBC4 untuk musim ketujuhnya. Program televisyen realiti 'didik hibur' itu, yang diasaskan oleh Yayasan Qatar untuk Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF), akan menampilkan penginovasi paling berbakat setakat ini, hasil daripada bilangan pemohon terbaik yang begitu ramai.  

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7624651-stars-of-science-returns-with-season7-mbc4/

Berfungsi sebagai cara untuk menyerlahkan potensi manusia dalam kalangan penginovasi sains dan teknologi generasi akan datang, Stars of Science seiring dengan misi QF iaitu untuk menggalakkan budaya kualiti dan kecemerlangan. Sejak pelancaran program itu, berjuta-juta penonton dari seluruh rantau tersebut telah menyaksikan golongan muda Arab yang berinspirasi melalui perjalanan yang transformatif, dengan harapan untuk menyertai generasi pencipta hebat yang seterusnya. Musim ke-7 akan mula ditayangkan pada Jumaat, 18 September pada jam 7 malam KSA / 4 petang GMT di MBC4.

Seramai dua belas orang usahawan sains dan teknologi muda dipilih dalam jelajah pemilihan yang membawa mereka ke Doha, Qatar, yang mana mereka dicabar untuk membangunkan idea-idea projek mereka sambil menumpukan kepada peringkat-peringkat kritikal dalam kitaran inovasi, daripada kejuruteraan kepada reka bentuk. Para penonton dapat menyaksikan barisan juri yang terdiri daripada para usahawan, pereka bentuk dan pakar teknologi yang berpengaruh menyaring calon sehingga hanya empat orang yang tinggal. Kepintaran, stamina, dan kebijaksanaan para finalis akan diberi ganjaran dalam episod akhir program ini yang ditayangkan secara langsung, yang mana keputusan juri dan undian awam akan menentukan pemenangnya.

Stars of Science 

Stars of Science, sebuah format TV "realiti didik hibur" yang diasaskan oleh Yayasan Qatar, merupakan program reka cipta utama bagi rantau tersebut. Stars of Science menggalakkan dan memajukan usahawan sains dan teknologi yang bercita-cita tinggi dalam dunia Arab. Bagi musim ketujuh ini, 12 calon dicabar untuk membuktikan kepintaran mereka pada peringkat kitaran inovasi yang kritikal sambil berkolaborasi dengan mentor utama industri. Panel juri yang pakar akan menilai dan menyaring calon-calon serta produk-produk inovatif mereka dalam episod Kejuruteraan dan Reka Bentuk sehingga hanya empat orang peserta yang tinggal. Empat finalis ini akan bersaing untuk mendapatkan sebahagian daripada hadiah bernilai $600,000, yang ditentukan oleh keputusan juri dan undian daripada orang awam.

Stars of Science akan ke udara mulai Jumaat 18 September hingga Jumaat 20 November 2015, di MBC4. 

Sila kunjungi:

Laman Sesawang - http://www.starsofscience.com

Facebook - https://www.facebook.com/StarsofScienceTV

Twitter - https://twitter.com/starsofscience

Youtube- http://www.youtube.com/user/Starsofsciencetv

Instagram- starsofsciencetv

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150910/265566)

SUMBER  Stars of Science

Source: Stars of Science
Keywords: Education Entertainment Television New products/services