LONDON, 15 September 2015 /PRNewswire/ -- Berdasarkan trafik web* metrik media sosial** dan anggaran pengguna dalam talian (>100j pada tahun 2015); Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS merupakan senarai kedudukan tahunan universiti dunia paling popular setakat ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130909/638188 )
Edisi kedua belas mengesahkan Massachusetts Institute of Technology (MIT) sebagai universiti terbaik dunia diikuti oleh Harvard (ke-2), Cambridge dan Stanford (berkongsi tempat ke-3) sementara ETH Zurich (ke-9) memasuki senarai 10 terbaik buat kali pertama.
Universiti-universiti utama Singapura mencapai peningkatan yang ketara, setiap satunya tergolong dalam kategori 15 terbaik buat kali pertama. Universiti Kebangsaan Singapura (ke-12) merupakan institusi terbaik Asia manakala Universiti Teknologi Nanyang (ke-13) mengekori rapat, dan melakukan lonjakan yang besar.
Australian National University (ke-19) turut kembali berada dalam kategori 20 terbaik.
Tsinghua University, China (ke-25) merupakan universiti ketiga terbaik di Asia, mendahului kumpulan institusi China yang mantap.
Seramai 76,798 ahli akademik dan 44,226 majikan telah menyumbang kepada senarai kedudukan tersebut melalui tinjauan global QS, yang terbesar seumpamanya dan QS telah menganalisis 11.1 juta kertas penyelidikan - diindekskan oleh pangkalan data Scopus Elsevier. Sebanyak 3,539 buah institusi telah dipertimbangkan untuk berada dalam senarai dan 891 telah disenaraikan.
Pendekatan diubahsuai kepada "petikan bagi setiap fakulti", satu penilaian terhadap impak penyelidikan, telah memberikan penilaian lebih adil untuk setiap universiti yang memiliki profil mantap dalam bidang dengan aktiviti penyelidikan lebih rendah, seperti kesenian, kemanusiaan dan sains sosial. LSE (ke-35) dan institusi-institusi utama lain yang secara tradisinya telah dibayangi oleh universiti-universiti yang lebih giat menjalankan penyelidikan, menyaksikan kecemerlangan mereka diiktiraf dengan lebih saksama.
Ben Sowter, ketua penyelidikan QS berkata: Keputusan terkini ini mendedahkan kepelbagaian yang lebih tinggi dalam agihan universiti-universiti bertaraf dunia pada tahap tertinggi. Kami memberikan pelajar-pelajar prospektif dengan gambaran paling bermaklumat setakat ini."
2015 |
2014 |
20 Terbaik |
Negara |
1 |
1 |
MIT |
AS |
2 |
4 |
HARVARD |
AS |
3= |
2= |
CAMBRIDGE |
UK |
3= |
7 |
STANFORD |
AS |
5 |
8 |
CALTECH |
AS |
6 |
5= |
OXFORD |
UK |
7 |
5= |
UNIVERSITY COLLEGE LONDON |
UK |
8 |
2= |
IMPERIAL COLLEGE LONDON |
UK |
9 |
12 |
ETH ZURICH |
SW |
10 |
11 |
CHICAGO |
AS |
11 |
9 |
PRINCETON |
AS |
12 |
22 |
UNIVERSITI KEBANGSAAN SINGAPURA |
SG |
13 |
39 |
UNIVERSITI TEKNOLOGI NANYANG |
SG |
14 |
17= |
EPFL |
SW |
15 |
10 |
YALE |
AS |
16 |
14= |
JOHNS HOPKINS |
AS |
17 |
19 |
CORNELL |
AS |
18 |
13 |
U PENN |
AS |
19= |
25= |
AUSTRALIAN NATIONAL UNIVERSITY |
AU |
19= |
16 |
KING'S COLLEGE LONDON |
UK |
(c) QS Quacquarelli Symonds 2004-2015 http://www.TopUniversities.com |
Senarai kedudukan tersebut menyertakan universiti-universiti dari 82 buah negara. Tiga puluh empat buah negara berada dalam senarai 200 Terbaik. Amerika Syarikat mendominasi senarai tersebut, dengan 49 buah institusi, mendahului UK (30), Belanda (12), Jerman (11), Kanada, Australia, dan Jepun (8), China (7), Perancis, Sweden serta Hong Kong (5).
*(Alexa;SimilarWeb) |
Sumber: QS Quacquarelli Symonds