omniture

Diesel Berjuang untuk Melindungi Jenamanya

Diesel Spa
2015-09-16 03:43 472

BREGANZE, Itali, September 16, 2015 /PRNewswire/ -- Diesel, jenama gaya hidup antarabangsa yang berpangkalan di Itali, melancarkan platform global untuk mempertahankan jenama tersebut dan melindungi nilai inovasi serta kreativiti, yang sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA Diesel. Syarikat itu aktif memperjuangkan isu-isu barangan tiruan dan pengedaran haram, dengan tumpuan utama diberikan terhadap pasaran dalam talian dan penyeludupan melalui kastam antarabangsa.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150914/266251LOGO )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150914/266252 )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150914/266253LOGO )

Pada tahun 2014, Diesel memulakan tindakan undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan AS di New York, menentang 83 laman, yang secara haram menjual produk tiruan dengan menggunakan teknik setinggan siber (cybersquatting), dan dengan itu menggunakan "Diesel" dalam nama domainnya. Setakat ini, Diesel telah menutup 3,346 laman, menghantar 4,000 surat arahan henti dan hapus, serta memadamkan 19,000 laman daripada Google; menurut perkiraan dalam cara ini syarikat tersebut telah mengelakkan kira-kira 700,000 kunjungan ke pasaran haram; 9,200 bidaan telah dipadamkan sepenuhnya. Di Asia, sepanjang tahun lalu Diesel telah memadamkan 6786 iklan dalam pasaran, bagi jumlah keseluruhan 1,695,500 item; 131 laman di negara-negara Asia telah ditutup.

Kawalan kastam telah membenarkan rampasan lebih 60,000 barangan dari China pada tahun 2013, dan 75,000 barangan pada tahun 2014; lebih 80,000 barangan di Komuniti Eropah. Di China, 1,300 barangan telah dirampas daripada sebuah kilang yang menghasilkan kemeja-T tiruan, dan dalam sebuah lagi kilang, polis telah merampas 910 pasang kasut dengan logo Diesel, berserta kuantiti produk belum siap bernilai 155,000 USD.

Ratusan tindakan undang-undang dijalankan terhadap jenama-jenama yang ingkar, terutamanya di China dengan purata 3 tindakan setiap minggu oleh syarikat itu. Bulan lalu, Diesel dengan jayanya menutup kes rangkaian "Diesel Cluthing", yang dimaklumkan oleh rakan niaga Diesel yang mendapati produk-produk tiruan diedarkan dalam pasaran Colombia. Setelah siasatan terperinci dijalankan, pihak berkuasa China telah merampas 520 pasang seluar jean yang menyalahi tanda niaga Diesel: syarikat tersebut, yang telah mendaftarkan logo tersebut, kini sedang menjalani proses bangkangan.

Selain daripada aktiviti ini, Diesel telah menubuhkan satu sistem untuk mendaftarkan produk ikoniknya dan dengan itu memastikan sebarang barangan yang berpotensi tiruan dapat dikenal pasti dan disekat (dalam enam bulan lalu sahaja, empat kes telah berjaya ditutup). Kejayaan terbesar telah dicapai awal tahun ini, apabila Diesel akhirnya memenangi kembali hak milik jenamanya di Indonesia -- satu perjuangan perundangan yang berlanjutan selama 23 tahun.

Sumber: Diesel Spa

Source: Diesel Spa
Keywords: Fashion Retail Textiles Legal issues