omniture

Global Rockstar United: Lagu yang Menyatukan Benua Bersama-sama

Global Rockstar
2015-09-16 11:00 346

VIENNA, 16 September, 2015 /PRNewswire/ -- Muzik tidak mengenal sempadan: Ini merupakan moto bagi lagu "To the Moon", ditulis bersama-sama oleh enam artis dari enam benua, dan dilancarkan pada 16 September 2015. Acaranya: Pelancaran semula platform muzik globalrockstar.com. 

Global Rockstar United 

Bagi meraikan pelancaran semula globalrockstar.com, syarikat Vienna itu mengundang seorang artis berdaftar dari setiap benua ke Vienna, Austria. Jhanniel (ARG), Katie Thompson (NZL), Christian Rabb (SWE), Syssi Mananga (COG), A Yeon (KOR) dan Murray Yates (CAN) telah melakukan perjalanan sejauh lebih 53,000 kilometer untuk berkolaborasi bersama-sama. Seminggu selepas kolaborasi yang bermula pada 14 Ogos, mereka menyiapkan single berjudul "To the Moon" yang akan dilancarkan di seluruh dunia pada 16 September 2015.

Projek ini telah melangkaui jangkaan semua yang terlibat dan menunjukkan bahawa sempadan, yang menyebabkan berlakunya kesengsaraan tanpa kesudahan di dunia hari ini, tidak wujud dalam dunia muzik.

Global Rockstar 2015: Pertandingan muzik dalam talian terbesar dunia 

Sehingga 15 Oktober, para pemuzik di seluruh dunia dapat memuat naik lagu asli mereka ke globalrockstar.com. Para peminat boleh mengundi dengan berkongsi di media sosial atau melakukan undi berbayar. Artis-artis memberi ganjaran kepada peminat yang membayar dengan barangan seperti cakera padat bertandatangan atau konsert peribadi.

Bagaimana ia berfungsi 

Pertama, peminat memilih wakil negara mereka untuk bersaing dalam pertandingan akhir global, yang mana pemenang dianugerahkan hadiah utama bernilai $25,000 (AS). Tiga finalis terbaik akan memenangi peralatan bernilai daripada AKG by HARMAN, Paiste dan ADAM. Selain itu, semua artis yang mengambil bahagian menerima sehingga 90% daripada hasil undian berbayar peminat mereka.

Latar Belakang Global Rockstar 

Pada tahun 2013, Global Rockstar telah diasaskan secara bersama di Vienna oleh penulis/penerbit lagu Christof Straub dan pakar pemasaran Ronny Steibl. Pada tahun 2014, artis-artis dari lebih 140 buah negara menyertai pertandingan tersebut dan lebih 1.5 juta undian telah diberi. Jhanniel dari Argentina telah memenangi hadiah utama.

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com)


Hubungi:
Global Rockstar GmbH
Mirella Maiolo
mirella.maiolo@globalrockstar.com
pejabat: +43-1-89-00-849
Maklumat: magazine.globalrockstar.com/press 

Sumber: Global Rockstar

Source: Global Rockstar
Keywords: Entertainment Music New products/services