omniture

Finesse Solutions dan Corning Life Sciences Tekankan Kerjasama di CellWorld2015

Finesse Solutions, Inc.
2015-09-16 17:33 114

SANTA CLARA, California, 16 September 2015 /PRNewswire/ -- Finesse Solutions, Inc., pengeluar utama bagi penyelesaian pengukuran, pakai buang dan pengautomatan dalam aplikasi proses sains hayat, mengumumkan satu kerjasama dengan Corning Life Sciences.

Kerjasama itu menggandingkan sistem kultur lekatan pantas CellCube® baharu daripada Corning dengan Pengawal Sejagat G3Lab Finesse. Sistem CellCube direka untuk mengagihkan secara andal nutrien dan oksigen dengan perbezaan kecerunan yang rendah pada seluruh sel untuk mensimulasikan keadaan in vivo dengan lebih tepat. Hal ini menyediakan persekitaran yang lebih sesuai untuk aplikasi lekatan kultur sel. Pengawal Sejagat G3Lab telah dibangunkan oleh Finesse sebagai platform kawalan dan pengautomatan serba guna yang mampu menyokong pelbagai bioreaktor utama industri sama ada berskala makmal mahu pun dalam penghasilan cGMP.

Laluan aliran pakai buang yang dihasilkan oleh Corning, akan menggabungkan pemegang CellCube dengan sensor TruFluor pH pakai buang dan aliran terus Oksigen Terlarut (DO) selain menggunakan SmartVessek 3L Finesse sebagai oksigenator untuk sistem itu. Pendekatan bersepadu ini membolehkan pengguna memasang laluan aliran yang lengkap dan disteril terlebih dahulu secara pantas melalui pengukuran bersepadu.

"Kerjasama ini memaparkan kefleksibelan platform Kawalan Sejagat Finesse, memanfaatkan sepenuhnya portfolio sensor pakai guna huluan kami dan menyelaraskan objektif strategik kami iaitu untuk bekerjasama dengan para penyedia penyelesaian inovatif dalam industri terapi sel," tambah Dr. Mark Selker, Ketua Pegawai Teknologi untuk Finesse Solutions.

Pengawal Sejagat G3Lab dengan CellCube akan menjadi tumpuan utama dalam bengkel teknologi di CellWorld2015 yang akan diadakan pada 21 dan 22 September di San Francisco, CA. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang acara: www.cellworld2015.com.

Latar Belakang Finesse Solutions, Inc.

Finesse Solutions, berpusat di Silicon Valley, California, menyediakan penyelesaian pengurusan bioproses pintar. Matlamat kami adalah untuk memperkasa para pelanggan kami dengan sensor pakai buang, bioreaktor, pengawal dan perisian yang inovatif untuk kedua-dua proses huluan serta hiliran. Selain daripada produk kami, kami juga adalah satu-satunya pembekal yang mempunyai kepakaran penyepaduan bagi memberi kebebasan kepada para pelanggan untuk memilih mana-mana pembekal tertentu bagi operasi unit utama.

Latar Belakang Corning Life Sciences

Corning (www.corning.com) adalah penginovasi utama dalam bidang sains bahan. Dengan pengalaman selama lebih 160 tahun, Corning menggunakan kepakarannya yang hebat dalam kaca, seramik, dan fizik optik khusus untuk menghasilkan produk-produk yang telah mewujudkan industri-industri baharu dan mengubah kehidupan. Kecemerlangan Corning berpunca daripada pelaburan berterusan dalam penyelidikan & pembangunan (R&D), gabungan unik antara inovasi bahan dan proses, serta jalinan kerjasama dengan para pelanggan bagi menyelesaikan cabaran teknologi yang sukar. Hari ini, produk-produk Corning telah membantu pelbagai industri termasuk sains hayat yang mana, produk-produk Corning yang diyakini ini digunakan untuk mendorong penemuan dan pengeluaran ubat-ubatan.

Source: Finesse Solutions, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements Trade show news