omniture

Pelancaran Global Kereta Bond Jaguar Land Rover

Jaguar Land Rover
2015-09-16 20:58 493

FRANKFURT, Jerman, 16 September 2015 /PRNewswire/ -- 

  • Kenderaan aksi lagak ngeri Jaguar dan Land Rover, Jaguar C-X75, Range Rover Sport SVR dan Land Rover Defender membuat kemunculan sulung peringkat antarabangsa di Frankfurt, Jerman
  • Para pelakon SPECTRE, Naomie Harris dan David Bautista menghadiri acara yang bertaraf bintang sebelum diperkenalkan semasa pertunjukan bermotor itu
  • Para tetamu dihiburkan oleh penyanyi dan pemuzik British, John Newman
  • Operasi Kenderaan Khas (SVO) Jaguar Land Rover selain Jaguar dan Land Rover Design bekerjasama dengan para pembikin filem untuk konsep dan penciptaan Bond
  • SVO bertanggungjawab terhadap kereta paling mewah dan berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Jaguar Land Rover
  • Jaguar dan Land Rover bakal menyiarkan kandungan daripada belakang tabir SPECTRE yang eksklusif dan interaktif di http://www.jaguar.com dan http://www.landrover.com

Malam ini, Jaguar Land Rover meraikan kemunculan kenderaan mereka dalam pengembaraan Bond baharu, SPECTRE. Semua keretanya, termasuk Jaguar C-X75, Range Rover Sport SVR dan Land Rover Defender yang ikonik, menarik perhatian ramai semasa ia diperlihatkan buat pertama kali kepada orang awam di Thurn und Taxis yang tersergam di Frankfurt.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266660 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266661 )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266662 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266663 )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266936 )

Naomie Harris (Moneypenny) dan David Bautista (Hinx) merupakan tetamu kehormat bagi acara penuh glamor itu yang memperlihatkan kenderaan aksi lagak ngeri istimewa yang digunakan dalam filem terbaharu siri James Bond. Para tetamu dihiburkan oleh penyanyi dan pemuzik British John Newman, yang mempersembahkan beberapa buah lagu daripada senarai 10 lagu hits beliau daripada album beliau.

SPECTRE, filem James Bond ke-24, daripada EON Productions Albert R. Broccoli, Metro-Goldwyn-Mayer Studios dan Sony Pictures Entertainment, menyaksikan kenderaan Jaguar C-X75 dipandu melalui jalan Rom yang dilimpahi cahaya bulan dalam salah satu babak kejar-mengejar berkelajuan tinggi paling ikonik filem itu. Dipandu oleh Hinx, yang dilakonkan oleh David Bautista, kereta super C-X75 itu, dinamakan Jaguar paling canggih yang pernah dicipta, telah disediakan oleh Operasi Kenderaan Khas (SVO) Jaguar Land Rover dengan kerjasama rakan kongsi pembangunan ibu pejabat Williams Advanced Engineering di Oxfordshire, England.

SVO dicipta pada Jun 2014 bagi tujuan untuk memenuhi jangkaan yang semakin meningkat daripada pelanggan Jaguar dan Land Rover yang paling ghairah dan bercita rasa tinggi pada masa kini. Melalui usaha untuk menghasilkan versi berprestasi tinggi bagi model sedia ada, penugasan tempahan khas mewah, dan edisi pengumpul edisi terhad, ia mewakili kemuncak bagi dua jenama ikonik itu.

Sebagai Land Rover Defender yang diubah suai khas dan Land Rover yang paling pantas serta berkuasa, Range Rover Sport SVR turut membintangi babak aksi terhebat yang dirakam di Austria. Defender yang berkemampuan tinggi itu dibina oleh bahagian Operasi Khas JLR dengan tayar luar jalan sangat besar berdiameter 37 inci dan perlindungan badan dipertingkat bagi menangani muka bumi mencabar di jalan-jalan gunung yang diselaputi salji yang digunakan untuk pembikinannya.

Pelakon David Bautista berkata, "Peluang yang diperoleh untuk menjadi sebahagian daripada babak kejar-mengejar yang ikonik dalam filem Bond dan memandu kereta super C-X75 adalah ibarat mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Ia benar-benar sebuah kereta unggul yang sangat cantik dan akan termaktub dalam sejarah filem."

Naomie Harris, yang akan mendukung semula watak Moneypenny dalam SPECTRE berkata: "Saya membuat kemunculan sulung Bond dalam kenderaan Defender, dan saya mempunyai banyak kenangan indah semasa merakam babak itu di Turki. Saya menjadi sebahagian daripada francais yang sangat istimewa, dan saya teruja kerana dapat berada di Frankfurt bersama pasukan Jaguar Land Rover."

Pengarah Urusan Operasi Khas Jaguar Land Rover, John Edwards, berkata: "Jaguar Land Rover yang sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada rangkaian kenderaan ikonik dalam salah satu francais filem paling terkenal di dunia menjadi saat yang membanggakan untuk kami. Ini merupakan peluang yang hebat untuk menonjolkan kereta yang dihasilkan serta kereta konsep, dan kami tidak sabar-sabar untuk melanjutkan hubungan ini untuk masa yang lama."

Para peminat seluruh dunia akan dapat menikmati pelbagai bahan SPECTRE secara eksklusif di saluran sosial Jaguar dan Land Rover, serta di laman sesawang baharu mereka, termasuk akses istimewa pada rakaman yang tidak pernah ditonton sebelum ini serta temu bual bersama pasukan rekaan, SVO dan aksi lagak ngeri berserta tinjauan 360 darjah dinamik yang menawan dalam kenderaan Jaguar C-X75.

SPECTRE akan ditayangkan di seluruh dunia mulai Oktober.

NOTA UNTUK EDITOR

Untuk melihat fail video beresolusi tinggi, lawati http://www.broadcast.jaguarlandrover.com/stories/9335

Latar Belakang Operasi Khas Jaguar Land Rover

Pasukan Operasi Khas Jaguar Land Rover memfokuskan penyediaan kenderaan halo, penugasan ditempah khas, produk-produk warisan, dan barangan berjenama.

Operasi Kenderaan Khas Jaguar Land Rover mempunyai tanggungjawab dalam Operasi Khas untuk mencipta rangkaian model pengeluaran berprestasi tinggi untuk kedua-dua Jaguar dan Land Rover, produk-produk penyuaian khusus kenderaan serta model Edisi Khas kuantiti rendah dan bernilai tinggi bagi kedua-dua jenama.

Latar Belakang SPECTRE 

Satu mesej dengan maksud tersembunyi daripada masa silam Bond membuatkannya menjejaki sebuah organisasi yang mencurigakan. Ketika M berhadapan dengan kuasa politik untuk mengekalkan perkhidmatan rahsia itu, Bond merungkai semua penipuan untuk mendedahkan kebenaran yang dahsyat di sebalik SPECTRE. Diarahkan oleh Sam Mendes, filem ini ditulis oleh John Logan dan Neal Purvis & Robert Wade serta diterbitkan oleh Michael G. Wilson dan juga Barbara Broccoli.

Latar Belakang EON Productions Albert R. Broccoli

EON Productions Limited dan Danjaq LLC dimiliki sepenuhnya dan diselia oleh keluarga Broccoli/Wilson. Danjaq merupakan syarikat yang berpusat di AS yang memiliki bersama, dengan Metro-Goldwyn-Mayer Studios, hak cipta filem-filem James Bond sedia ada dan mengawal hak untuk menerbitkan filem-filem James Bond masa depan serta semua barangan berkaitan di seluruh dunia. EON Productions, sekutu Danjaq, merupakan syarikat penerbitan yang berpusat di UK yang menghasilkan filem James Bond. Francais 007 merupakan yang terlama dalam sejarah filem dengan dua puluh tiga filem diterbitkan sejak tahun 1962. Michael G Wilson dan Barbara Broccoli menggantikan Albert R 'Cubby' Broccoli dan telah menerbitkan antara filem Bond yang paling berjaya setakat ini termasuk CASINO ROYALE, QUANTUM OF SOLACE dan SKYFALL. Filem ke-24, SPECTRE, kini dalam fasa pascapenerbitan.

Latar Belakang Metro-Goldwyn-Mayer 

Metro-Goldwyn-Mayer merupakan syarikat hiburan terkemuka yang memfokuskan penerbitan dan pengedaran bahan filem serta televisyen di seluruh dunia. Syarikat itu memiliki salah satu pustaka paling besar di dunia yang menyimpan bahan filem dan televisyen premium. Tambahan lagi, MGM membuat pelaburan dalam saluran televisyen tempatan dan antarabangsa, serta merupakan pemiliki majoriti dan juga pengedar untuk United Artists Media Group (UAMG). Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.mgm.com.

Latar Belakang Sony Pictures Entertainment 

Sony Pictures Entertainment (SPE) merupakan anak syarikat Sony Entertainment Inc., sebuah anak syarikat Sony Corporation yang berpusat di Tokyo. Operasi global SPE merangkumi penerbitan, pemerolehan dan pengedaran wayang gambar; penerbitan, pemerolehan, dan pengedaran televisyen; rangkaian televisyen; penghasilan dan pengedaran bahan digital; pengendalian kemudahan studio; dan pembangunan produk, perkhidmatan, dan teknologi hiburan baharu. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.sonypictures.com.

Saluran Land Rover;
- Facebook: https://www.facebook.com/landrover
- Twitter: @LandRover
- Instagram: LANDROVER
- YouTube: http://www.youtube.com/user/landrover

Saluran Jaguar:
- Facebook: http://www.facebook.com/Jaguar
- Twitter: http://twitter.com/Jaguar : @JaguarUK
- Instagram: http://instagram.com/Jaguar
- YouTube: http://www.youtube.com/JaguarCars 

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.media.landrover.com atau http://www.media.jaguar.com

Source: Jaguar Land Rover
Keywords: Auto Entertainment Film & Motion Picture Transportation New products/services