PARIS, 17 September 2015 /PRNewswire/ --
Vocalcom, penyedia global untuk perisian pusat panggilan berasaskan awan dan teknologi peningkatan jualan, mengumumkan pelancaran Click2Start untuk pasaran PKS. Penyelesaian awan sepenuhnya ini memudahkan pusat panggilan dipasang serta dinaik taraf untuk perusahaan kecil dan sederhana, membolehkan mereka memanfaatkan penyelesian terkini tanpa terbeban dengan kos pendahuluan atau pelaburan IT tambahan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150902/263192LOGO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266705 )
Boleh digunakan sehingga tiga puluh pengguna, Click2Start ialah pusat panggilan awan yang fleksibel dan berbilang pengguna yang memiliki semua ciri-ciri perisian pusat panggilan bertaraf perusahaan tanpa kos atau kerumitan, bermakna perusahaan itu boleh melabur wang mereka untuk perkembangan seterusnya dan memperluas penggunaan Click2Start untuk menyokong kemajuan mereka.
Dari segi keringkasan, tiada penyelesaian pusat panggilan yang boleh menandingi perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) kami. Hanya sebuah komputer dan capaian internet diperlukan. Click2Start Vocalcom berfungsi penuh dalam masa 5 minit dan membolehkan ejen yang bekerja di rumah mahu pun di lapangan – agar para pengguna boleh melog masuk ke dalam sistem yang sama, tanpa mengira lokasi mereka. Tiada telefon atau perkakasan diperlukan.
Dengan Click2Start Vocalcom, pegawai jualan dan perkhidmatan profesional memperoleh faedah daripada penyelesaian perhubungan pelanggan yang baik untuk memastikan pasukan dapat terus meningkatkan prestasi, menarik lebih ramai pelanggan, dan menyediakan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang tersuai secara setempat.
Satu paparan memyediakan konteks dan maklumat pelanggan yang beraneka, membantu agen mencari penyelesaian - secara tekal, untuk memberikan konteks dan pemahaman pelanggan kepada ejen - memperkasakan mereka untuk berhubung dan memberi sokongan kepada pelanggan.
Ciri-ciri seperti ID pemanggil yang dipertingkat, IVR, penghalaan berdasarkan kemahiran, CTI tertimbul, pilihan menunggu secara maya, rakaman panggilan, pendailan ramal, analisis perniagaan, dan pengautomatan pintar, menarik pelanggan baharu atau menggembirakan mereka tidak pernah semudah ini.
Para pengurus boleh memantau dan bertindak pada bila-bila masa. Maklumat Pemanggil Pada Skrin memberikan maklumat data pelanggan yang pantas, dan mempertingkat pengalaman pelanggan dan ejen. Penghalaan Berdasarkan Kemahiran memberikan ejen yang betul kepada pelanggan. Pendailan Pintar memberikan lebih masa kepada proses jualan dengan pelanggan potensi. Kesemuanya juga direkod secara automatik ke dalam CRM anda. Keluaran ini juga mempunyai ciri-ciri antara muka berbilang saluran yang baharu untuk Salesforce bagi memudahkan penggunaan dan meningkatkan produktiviti ejen.
"Kami teruja untuk melancarkan Click2Start bagi membantu mendorong kemajuan PKS dan berada di hadapan pesaing mereka," ulas Anthony Dinis, KPE Vocalcom. "Click2Start daripada Vocalcom menawarkan penyelesaian pusat panggilan yang dibangunkan khas untuk memberikan kepada anda kemudahan dan kelebihan operasi bagi teknologi awan. Click2Start membuka lebih banyak peluang dan pilihan untuk organisasi-organisasi kecil dan sederhana yang tidak memiliki peruntukan yang besar untuk melakukan pelaburan atau kakitangan untuk menyokongnya. Penyelesaian kami akan membantu pasukan penjualan dan perkhidmatan mendapat pulangan lebih banyak daripada usaha mereka dan berfikiran lebih jauh walaupun mereka baru bermula."
Latar Belakang Vocalcom
Vocalcom adalah penyedia global bagi teknologi awan yang membantu perusahaan menarik lebih ramai pelanggan, berkhidmat dengan lebih baik dan berkembang pantas. Memiliki lebih 3,6000 pelanggan di 47 buah negara, Vocalcom adalah salah satu penyedia utama bagi perisian pusat panggilan berasaskan awan, pengalaman pelanggan berbilang saluran dan teknologi peningkatan jualan.
Hubungi: Myriam Ghedas, +33155373050, m.ghedas@vocalcom.com
Sumber: Vocalcom