omniture

theScreener Kukuhkan Pasukan Asia Dengan Perolehan Penting

theScreener Investor Services AG
2015-09-17 09:40 226

NYON, Switzerland dan SINGAPURA, 17 September 2015 /PRNewswire/ --

Firma penyelidikan, theScreener terus meluaskan aktivitinya di Asia Pasifik bersama mantan Pakar Strategi Ekuiti Asia ABN AMRO, Daphne Roth, yang menyertai firma tersebut sebagai Pengarah Eksekutif. 

- Rujukan silang: Gambar disediakan melalui epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) –

Daphne Roth telah bersama ABN AMRO selama lebih 15 tahun dan merupakan salah seorang pakar ekuiti paling disegani di Asia. Pendapatnya yang amat jelas sering dirujuk oleh para pelanggan dan media antarabangsa seperti Bloomberg dan CNBC. Kerjaya beliau dengan ABN AMRO Private Banking bermula di Switzerland apabila beliau menyertai bank tersebut sebagai Penasihat Pelaburan. Pada tahun 2006, beliau kembali ke Singapura dan menjadi Ketua Penyelidikan Ekuiti Asia. Beliau telah mengetuai pasukan penganalisis ekuiti yang amat dikenali merangkumi rantau Asia Pasifik dari Singapura dan Hong Kong.

Daphne merupakan lulusan daripada University of Western Australia, yang mengkhusus dalam bidang Perakaunan dan Kewangan. Beliau merupakan seorang CPA dan Fellow Fin (Institut Perkhidmatan Kewangan Australasia atau Finsia). Daphne telah memulakan kerjayanya sebagai juruaudit dan perunding dengan Deloitte.

Andreas Lusser, Ketua Pegawai Eksekutif theScreener Group, berasa "amat beruntung kerana Daphne telah menyertai pasukan kami. Kami melihat potensi besar di Singapura dan rantau Asia Pasifik. Pengalaman Daphne dalam strategi pelaburan, agihan aset serta penyelidikan ekuiti, akan mempertingkatkan dan memperluaskan aktiviti kami dengan hebat."

theScreener 

Syarikat Switzerland ini menilai ekuiti, sektor dan indeks di seluruh dunia atas dasar kuantitatif. Kadaran dan analisisnya digunakan oleh bank-bank, para pengurus aset, pelabur-pelabur institusi dan juga portal-portal Internet. Dengan lebih 10,000 terminal dikendalikan dan lebih sejuta deposit pelanggan dianalisis, syarikat ini merupakan peneraju global bagi analisis ekuiti kuantitatif.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Roland Walter
theScreener Investor Services AG
Zugerbergstrasse 12
CH-6300 Zug
Switzerland

Telefon +41-41-727-08-80
walter@thescreener.com
http://www.thescreener.com

SUMBER  theScreener Investor Services AG

Source: theScreener Investor Services AG
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements