LONDON, 17 September 2015 /PRNewswire/ --
Pelaburan global bercita-cita tinggi bakal mendorong dekad pertumbuhan seterusnya untuk jenama itu
Hari ini, Johnnie Walker®, wiski Scotch nombor satu di dunia[1], melancarkan kempen pemasaran global terbesarnya. Kempen ini akan diaktifkan serentak di lebih 50 buah negara dan akan mencapai hampir 270 juta pengguna di seluruh dunia dalam minggu-minggu pertama pelancarannya.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266956 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266957 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266958 )
Video: https://www.youtube.com/watch?v=K9R9YtaoYAE
'Joy Will Take You Further' merupakan satu pembaharuan bagi kempen terkenal jenama itu iaitu 'Keep Walking' dan melambangkan perspektif baharu terhadap kemajuan peribadi, yang telah mendefinisikan falsafah jenama itu selama lebih 15 tahun serta membantu Johnnie Walker menjadi jenama minuman keras paling bernilai di dunia[2]. Berdasarkan maklumat baharu berkenaan sejauh mana kejayaan dilihat oleh para pengguna hari ini, ia menghidupkan konsep bahawa kegembiraan dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan yang mereka cari, dan menyasarkan untuk menjana perubahan budaya positif dengan mengalakkan serta menyokong idea bahawa pencarian kegembiraan dalam perjalanan kehidupan merupakan sebahagian daripada resipi kejayaan.
Kempen ini menampilkan bintang-bintang daripada dunia sukan dan hiburan seperti Juara Dunia Formula Satu dan pemandu McLaren Honda, Jenson Button, pelakon yang dicalonkan untuk anugerah Oscar, Jude Law, pelakon dari China, Zhao Wei, kumpulan rock AS, OK Go dan supermodel Mexico, Montserrat Oliver bersama barisan individu yang meraih pencapaian luar biasa yang berkongsi pandangan jenama itu berkenaan sejauh mana kegembiraan dalam kehidupan menjadi pendorong kejayaan.
Syl Saller, Ketua Pegawai Pemasaran, Diageo, pemilik Johnnie Walker, berkata: "Pelancaran 'Keep Walking' menandakan peralihan penting terhadap cara scotch dipasarkan dan memulakan sedekad pertumbuhan bertransformasi bagi Johnnie Walker dan kategori ini secara keseluruhannya.
"Saya benar-benar teruja terhadap potensi kempen baharu ini untuk membawa Johnnie Walker maju ke dekad pertumbuhan seterusnya. Ia adalah berasaskan maklumat pengguna yang mendalam dan menceritakan kisah mereka yang benar-benar mengalami kegembiraan. Di Diageo, kami percaya akan kepentingan membina jenama dengan tujuan - suatu makna yang melangkaui manfaat produk - dan ini merupakan contoh hebat bagi idea yang begitu mantap yang dihidupkan dengan kreativiti yang menonjol."
Guy Escolme, Pengarah Jenama Global Johnnie Walker, menambah bahawa kempen baharu itu - berdasarkan penyelidikan selama berdekad-dekad - mencabar kebijaksanaan konvensional bahawa kejayaan menjamin kegembiraan dan sebaliknya meraikan kenyataan bahawa kegembiraan sebenarnya membantu setiap individu mencapai kejayaan.
Beliau berkata: "Johnnie Walker sentiasa menyokong kemajuan - ia telah menjadi kisah wiski kami sejak pengasas kami, John Walker memulakan segalanya hampir 200 tahun lalu. Apa yang telah kami pelajari daripada pengalaman selama dua abad ini adalah kemajuan tidak semestinya menjadi perjalanan sukar tanpa penghujung - kita boleh menikmati setiap langkah yang diambil dan lebih banyak kegembiraan yang akan kita temui, lebih besar kemungkinan kita akan mencapai tujuan kita. Terdapat bukti yang mengesahkan kepercayaan yang menjadi jiwa bagi jenama kami: 'Kegembiraan Akan Membawa Anda Lebih Jauh' ('Joy Will Take You Further')."
Dibangunkan bersama agensi kreatif global jenama itu, Anomaly, 'Joy Will Take You Further' menghidupkan seni adunan dan pengadun yang menghasilkan wiski Scotch paling ikonik di dunia melalui pelaburan signifikan dalam pementoran serta pengalaman pelanggan, selain iklan televisyen, media cetak dan digital baharu, bahan tempat jualan dan juga kandungan digital yang menarik.
Amanda Feve, Ketua Pegawai Strategi Anomaly, berkata: "Penyelidikan kami membukakan pandangan baharu terhadap kemajuan, yang kami yakini akan mewujudkan impak kebudayaan di seluruh dunia."
Iklan 'Joy Will Take You Further' baharu daripada Johnnie Walker boleh ditonton di sini https://www.youtube.com/watch?v=K9R9YtaoYAE.
Nota untuk Editor:
Latar Belakang Diageo
Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi mengagumkan bagi jenama-jenama dalam kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.
Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, warga kerja kami, jenama kami dan prestasi kami, kunjungi kami di http://www.diageo.com. Kunjungi sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.
Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.
Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.
Perkataan JOHNNIE WALKER, KEEP WALKING dan JOY WILL TAKE YOU FURTHER, lambang Figura Melangkah dan logo berkaitan merupakan tanda niaga © John Walker & Sons 2015.
-------------------------------------------------- |
1. Nilai dan jumlah data 2014 International Wine and Spirit Record (IWSR) |
2. Impact Databank 2015 - 100 Jenama Spirit Terbaik Dunia berdasarkan Nilai |