SINGAPURA, 17 Sept. 2015 /PRNewswire/ - Seramai 650 orang ketua pegawai eksekutif, rakan niaga, dan syarikat-syarikat baru dari enam negara ASEAN hadir di persidangan IBM Connect 2015 yang berlangsung pada 2 dan 3 September di Resorts World Sentosa, Singapura.
Persidangan tersebut juga disertai 25 eksekutif IBM dan para jemputan serantau termasuk Singapore Airlines, DBS Bank, Inland Revenue Authority of Singapore, Twitter, APD, KPJ Healthcare dan PLDT ALPHA Enterprise,
Para hadirin IBM Connect 2015 mendapat peluang berinteraksi bersama teknologi terkini dan canggih seperti IBM Watson serta penggunaan teknologi awan, analitik, mudah alih, keselamatan dan sosial dari pakar IBM melalui perbincangan panel dan ilmu praktikal.
IBM dan Badan Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) juga mengumumkan pelancaran Pusat Pakar Perdagangan Pintar IBM (SCCOC) yang bertujuan membangunkan produk-produk dan penyelesaian baharu bagi mengurus laman sesawang beli belah dalam talian dan keterlibatan pelanggan.
IBM dan EDB akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan industri seperti Persekutuan Teknologi infocomm Singapura (SiTF) dan Institut Pemasaran Singapura (MIS) untuk mendapatkan bantuan daripada ahli-ahli profesional pemasaran berkenaan cara untuk memanfaatkan teknologi. Para peneraju industri seperti OCBC Bank and StarHub turut bantu mengenal pasti cabaran industri yang disasarkan oleh SCCOC untuk ditangani menerusi Bukti Konsep Perdagangan (Commerce Proof of Concept).
Pada hari kedua IBM Connect 2015 menampilkan ucap tama, perbincangan panel dan sesi demonstrasi yang menumpu atas garis panduan dan teknik praktikal ke syarikat-syarikat baru untuk berkembang pesat. Sesi-sesi tersebut dikendalikan oleh IBM dan SoftLayer Technical Evangelists, para pengasas serta pemodal teroka seperti Jungle Ventures, Gree Ventures, Rakuten Ventures, Spaze Ventures, TradeGecko, Graymatics, dan juga Yello Mobile. Syarikat-syarikat baru yang terpilih turut bertemu dengan pakar-pakar IBM di Klinik Syarikat Baru untuk membincang cabaran utama mereka dalam perniagaan serta mengenal pasti penyelesaian untuk menangani masalah tersebut.
IBM Connect 2015 diakhiri dengan IBM Global Entrepreneur SmartCamp, yang ditaja oleh LAUNCH dan penyumbang labur, Jason Calacanis. GridComm Pte Ltd dari Singapura menjadi pemenang apabila berjaya menewaskan enam finalis yang lain iaitu dari Filipina, Thailand, Malaysia, serta Vietnam, dan berpeluang untuk diterima menyertai LAUNCH Incubator dengan hadiah pelaburan bernilai USD25,000, dan juga meraih anugerah Usahawan Global Terbaik Tahunan IBM.