omniture

David Beckham Memegang Kepentingan Bagi Masa Depan Jenama Pakaian Lelaki Warisan British Kent & Curwen

Trinity Umumkan Kerjasama Perniagaan Global Eksklusif*
Trinity Limited
2015-09-17 15:10 342

HONG KONG, 17 September 2015 /PRNewswire/ -- Trinity Limited (SEHK: 891), peruncit terkemuka dan pemilik jenama pakaian lelaki mewah di Tanah Besar China serta Eropah, hari ini mengumumkan jenama Kent & Curwen telah menandatangani perjanjian eksklusif selama lima tahun yang bakal menyaksikan David Beckham memainkan pelbagai peranan dalam mendorong perniagaan jenama itu di peringkat global.

Melalui perjanjian dengan Global Brands Group Holding Limited (SEHK: 787) melalui usaha sama Seven Globalnya dengan David Beckham dan rakan niaganya Simon Fuller, David Beckham akan terlibat secara peribadi dalam pelbagai aspek perniagaan Kent & Curwen, yang melibatkan pembangunan produk, perluasan pasaran dan pengiklanan kepada rekaan serta lokasi gedung. Rancangan Trinity termasuk penghasilan koleksi Kent & Curwen baharu serta kempen pemasaran yang diinspirasikan dan dipengaruhi oleh David Beckham selain pembukaan gedung utama yang baharu di China dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia, selain pelancaran laman e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif Trinity Limited, En Richard Cohen berkata, "Kent & Curwen telah ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai jenama fesyen lelaki berkaitan sukan, maka, ini adalah suatu padanan sempurna untuk mendapatkan David sebagai rakan niaga – seorang lelaki sejati, yang diraikan kerana gaya fesyennya, dan hero sukan British bagi generasinya."

En Cohen meneruskan, "Kami berbesar hati kerana David akan memainkan peranan penting dalam kemajuan masa depan dan pengurusan perniagaan Kent & Curwen. Fesyen lelaki berkaitan sukan merupakan peluang pertumbuhan yang signifikan di China serta pasaran lain, dan saya yakin David, sebagai ikon global, akan membolehkan kami berhubung dengan lebih erat bersama para pelanggan sedia ada, dan menarik kumpulan pelanggan baharu kepada jenama ini."

En. David Beckham berkata, "Saya sentiasa ingin bekerjasama dengan jenama dan syarikat yang memiliki kekayaan sejarah dan nilai keaslian. Apabila keaslian ini berakar umbi di negara tempat saya berasal, saya menjadi lebih tertarik ke arah kerjasama itu. Apa yang saya sukai adalah Kent & Curwen mempunyai keaslian dan kecemerlangan yang telah diwarisi bukan sahaja melalui beberapa generasi ikon gaya paling diraikan di Britain, daripada Laurence Olivier kepada Michael Caine serta Mick Jagger, selain ramai lagi yang telah memakai produk mereka. Sasaran kami adalah untuk membina daripada populariti dan kejayaan sedia adanya di China serta mengukuhkannya sebagai jenama yang hebat di peringkat global."

En. David Beckham akan bekerjasama dengan pasukan rekaan Kent & Curwen untuk membangunkan koleksi berjenama peribadi bagi Musim Luruh/Musim Sejuk 2016.

Bruce Rockowitz, Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Pengerusi Global Brands Group Holding Limited, berkata, "Urus niaga bersama Trinity ini mewakili kerjasama yang mengujakan bagi Seven Global, usaha sama Global Brands dengan David Beckham dan juga Simon Fuller. Kami menyatukan dua jenama yang saling melengkapi ini – jenama ikonik British Kent & Curwen, dengan warisan sukannya yang kaya, serta jenama David Beckham, yang sinonim dengan sukan, gaya dan juga kuasa bintang – dan mengembangkannya di peringkat global. Ini hanyalah permulaan bagi rancangan kami untuk meluaskan jenama Beckham ke seluruh kategori produk pengguna, memanfaatkan platform Global Brands di seluruh dunia yang hebat."

* Menurut keperluan HKEX bagi syarikat-syarikat tersenarai awam, satu pengumuman juga telah dibuat melalui Bursa Saham Hong Kong pada 16 September 2015.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

FleishmanHillard
Geoff Bilbrough
geoff.bilbrough@fleishman.com 
+852-2586-7830

Sadie Lam
Sadie.Lam@fleishman.com
+ 852-2586-7836

Latar Belakang Trinity Limited

Trinity Limited, sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Hong Kong dan anggota Fung Group yang dimiliki secara persendirian, merupakan salah satu peruncit terkemuka bagi jenama pakaian lelaki mewah yang dijual di Tanah Besar China dan Eropah, selain melesenkan jenama milik penuhnya di peringkat global. Kumpulan itu mengurus empat jenama pakaian lelaki antarabangsa, iaitu Cerruti 1881, Kent & Curwen dan Gieves & Hawkes, yang dimiliki sendiri, serta D'URBAN yang dikendalikan melalui lesen jangka panjang di Tanah Besar China.

Latar Belakang Global Brands

Global Brands Group Holding Limited (Kod Saham SEHK: 787, atau "Global Brands") merupakan salah sebuah syarikat produk pakaian, kasut, aksesori fesyen berjenama dan produk gaya hidup berkaitan yang terkemuka di dunia. Kumpulan itu mencipta, membangunkan, memasarkan dan menjual produk melalui pelbagai jenama kawalan dan berlesen selain kategori produk yang pelbagai. Kemampuan rekaan inovatif, fokus pengurusan jenama yang kukuh, dan visi strategik Global Brands membolehkannya mewujudkan peluang-peluang baharu, kategori-kategori produk dan perluasan pasaran untuk jenama pada skala global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang korporat: www.globalbrandsgroup.com.

Latar Belakang Seven Global

Seven Global merupakan satu usaha sama antara Global Brands, David Beckham dan Simon Fuller yang diwujudkan untuk memacu pembangunan semua kategori produk berkaitan David Beckham secara berterusan dan menghasilkan jenama global berskala besar melalui jalinan kerjasama dengan bintang-bintang hiburan dan sukan ikonik berprofil tinggi serta pemegang hak.

Source: Trinity Limited
Keywords: Banking/Financial Service Retail New products/services