omniture

Produk Utama XCMG Diperkenal semasa Bauma Africa di Johannesburg

XCMG
2015-09-18 08:13 275

JOHANNESBURG, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- XCMG, syarikat peralatan pembinaan kelima terbesar dunia, sedang mempamerkan produk utama mereka di Bauma Conexpo Africa di Johannesburg, Afrika Selatan dari 15 hingga 18 September.

Dianjurkan oleh Munich International Expo Group, pameran perdagangan antarabangsa untuk jentera dan kenderaan pembinaan ini menyasarkan untuk memenuhi permintaan meluas daripada pasaran Afrika.

Produk-produk utama XCMG mengambil pentas utama di Bauma Africa termasuk pelbagai model kren trak, pengorek peyarap, pemuat beroda, jengkaut dan pemuat kemudi gelincir, semuanya disasarkan untuk pasaran Afrika.

XCMG telah menjadi pembekal No. 1 dunia dalam sektor kren mudah alih sejak sekian lama dan kren yang dipamerkan pada pameran ini mewakili teknologi yang paling canggih dalam lapangan. Kren trak QY30K5-I adalah contoh yang baik; ia mempunyai pelbagai teknologi baharu padanya seperti gelangsar terbina, bahagian boom bersegi dua belas dan sistem sensor muatan untuk meningkatkan prestasi serta menambah baik kecekapan.

Walaupun XCMG ialah salah satu pembekal peralatan pembinaan terbesar di Afrika, syarikat itu tidak berhenti belajar lebih lanjut tentang pasaran ini. Syarikat ini menyertai Bauma Africa untuk berhubung dengan lebih ramai pengguna tempatan yang merupakan salah satu tugas yang penting.

Eksport XCMG ke Afrika adalah penting untuk negara-negara membangun bagi menyiapkan pembinaan infrastruktur mereka dan juga menyediakan peluang pekerjaan, sumbangan dalam bentuk cukai dan memacu pembangunan rantaian bekalan tempatan.

XCMG telah membekalkan set peralatan lengkap untuk laluan Kereta Api Mombasa-Nairobi, jentera ke Ethiopia dan trak bomba dengan platform udara sepanjang 100 meter ke Angola selain peralatan perkilangan ke Nigeria.

Kini, dua cawangan XCMG sedang beroperasi di Ghana dan Guinea bersama-sama 25 pusat pengedaran dan 20 pusat alat ganti di seluruh Afrika, di samping pusat pengedaran baharu di Cote d'Ivoire manakala Senegal pula dijangka mula beroperasi pada akhir tahun 2015. Syarikat itu juga merancang untuk membangunkan enam pusat latihan di Afrika bagi menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh.

"Kualiti merupakan nadi kepada syarikat kami. Kami bekerja keras untuk menjadi pengeluar jentera kejuruteraan serta penyedia penyelesaian yang terkemuka di seluruh dunia, dan dengan meluaskan pasaran kami ke Afrika, negara-negara di Afrika boleh mencapai matlamat pembinaan mereka dengan berkesan, malah hubungan China-Afrika akan diperkukuh melalui kerjasama yang luas," kata Liu Jiansen, pengurus besar Import and Export Co., Ltd. untuk XCMG.

Latar Belakang XCMG

Ditubuhkan pada tahun 1989, kini XCMG ialah pengeluar ke-5 terbesar dunia dalam peralatan pembinaan. Perolehan tahunan XCMG melangkaui 16 bilion USD dan produk-produknya terjual di 173 buah negara dan wilayah.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150917/267534

Source: XCMG
Keywords: Construction/Building Machinery Transportation New products/services Trade show news