omniture

THOMAS SABO Raikan Ulang Tahun Besar-besaran CHARM CLUB Dengan Edisi Berlian

Thomas Sabo GmbH & Co. KG
2015-09-18 10:30 306

LAUF, Jerman, 18 September 2015 /PRNewswire/ --

-Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/suche.htx?q=sabo&keygroup=bild

Selama sepuluh tahun, koleksi Charm Club telah memberi inspirasi kepada para peminat di seluruh dunia untuk memperlihatkan memori peribadi pada gelang dan rantai leher Charm. Hari ini, koleksi tersebut - dengan lebih 600 motif - adalah rangkaian produk terbaik seluruh dunia daripada syarikat barang kemas dan jam tangan antarabangsa, THOMAS SABO.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150916/267398 )

Edisi ulang tahun istimewa ini terdiri daripada dua belas jenis Charms yang mempesonakan - dihasilkan daripada perak Sterling 925, setiap satunya dihiasi dengan lima berlian putih - antaranya termasuk seperti burung hantu yang bijaksana, kunci kepada hati anda atau beruang teddy kecil yang comel. Semua Charms adalah intepretasi semula rekaan dengan status kumpulan antarabangsa dan boleh dipadankan dengan rantai leher ulang tahun, juga dihiasi dengan berlian. Bermula pada musim Luruh/Sejuk 2015 dan seterusnya, pelukis ilustrasi, Kelly Smith akan turut menerapkan rekaan Charm Club gaya lukisan peribadi beliau yang halus. Watak utama yang direka penuh menawan, Lucy, menemui cinta sejatinya, Tom, dan menemui koleksi ulang tahun yang penuh emosi.

Koleksi Charm Club Musim Luruh/Sejuk baharu, termasuk edisi ulang tahun, boleh didapati di semua kedai THOMAS SABO, kedai dalam talian, dan daripada rakan penjual terpilih bermula pada Oktober 2015.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.thomassabo.com.

Gambar dengan resolusi tinggi: http://images.thomassabo.com/www/2/2015/08/THOMAS-SABO_CHARM-CLUB_AW15.zip

Latar Belakang THOMAS SABO

THOBAS SABO adalah salah sebuah syarikat barang kemas, jam tangan dan kecantikan yang terkenal di dunia, yang mereka bentuk, menjual, serta mengedar produk-produk gaya hidup untuk golongan wanita dan juga lelaki. Syarikat itu, ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lau an der Pegnitz, di bahagian selatan Jerman, mengendalikan hampir 280 kedai milik sendiri di lima buah benua dengan jumlah kakitangan sekitar 1,750 orang. THOMAS SABO juga menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan kira-kira 2,600 rakan dagangan termasuk syarikat-syarikat penerbangan terkemuka.

Wakil akhbar: Felizia Kindermann (Perhubungan Awam Global), E-mel: press@thomassabo.com , telefon: +49-912397150

Sumber: Thomas Sabo GmbH & Co. KG

Source: Thomas Sabo GmbH & Co. KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services