DORTMUND, Jerman, 18 September 2015 /PRNewswire/ --
- Rujukan silang: Gambar tersedia di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/79232/ -
RWE telah mewujudkan protokol komunikasi digelar "Lemonbeat" yang dapat menangani cabaran dalam Internet Benda (Internet of Things). Sebahagian daripada penyelesaian itu adalah bahasa yang lazim digelar "Bahasa Peranti Pintar Lemonbeat", yang cukup kompak untuk digunakan oleh peranti paling ringkas, namun boleh dikembangkan untuk digunakan oleh jentera yang kompleks.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150917/267553LOGO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150917/267552 )
Penerimaan yang luas akan memastikan semua benda di Internet boleh dihubungkan dan dapat berfungsi menggunakan logik yang sama. "Saya benar-benar yakin persamaan yang dipertingkat antara peranti ini akan mempercepatkan inovasi yang ketara dalam industri IoT," kata Dr. Dietrich Gemmel, pengarah urusan RWE Effizienz. Kemampuan untuk menggunakan Lemonbeat secara keseluruhan, atau menggabungkan Bahasa Peranti Pintar Lemonbeat dengan protokol-protokol lain seperti Bluetooth, WLAN atau Thread dilihat sebagai kunci penyebarannya.
Penyelesaian ini adalah berasaskan pengalaman yang diperoleh melalui automasi kediaman, beberapa produk daripadanya kini menggunakan Lemonbeat. "Kami telah memanfaatkan kelebihan teknologi kami sebagai peneraju pasaran di Jerman untuk membangunkan konsep komunikasi bersama - untuk jalur lebar penuh Internet Benda," kata Gemmel.
Tawaran awal yang diberikan adalah cip dan lesen untuk perisian yang membolehkan Lemonbeat dilaksanakan dengan pantas. Produk-produk lain juga dijangka akan menyusul.
RWE Effizienz GmbH membantu para pelanggan menggunakan tenaga dalam cara yang cekap dan selamat sebaik mungkin dengan menyediakan produk-produk serta perkhidmatan berkaitan tenaga. Melalui pendekatan inovatif dan produk-produk baharu seperti RWE SmartHome, elektromobiliti atau penyelesaian penyimpanan tenaga elektrik serba canggih, RWE Effizienz berperanan menetapkan standard. Terdapat lebih banyak maklumat di http://www.rwe-effizienz.com, http://www.rwe-mobility.com, http://www.rwe.de/smarthome dan http://www.energiewelt.de.
Hubungi
RWE Effizienz GmbH
Harald Fletcher
Leiter Kommunikation
T +49-231-438-48-40
M +49-173-2904149
harald.fletcher@rwe.com
Julika Gang
T +49-231-438-22-48
M +49-172-236-1312
julika.gang@rwe.com