omniture

NetComm Wireless Lancarkan Penghala M2M 4G Dengan Harga Kompetitif Baharu

NetComm Wireless Limited
2015-09-21 09:00 524

SYDNEY, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- NetComm Wireless Limited (ASX: NTC) hari ini mengumumkan pelancaran Penghala M2M 4G Tanpa Wayar NetComm (NTC-140-02), sebuah peranti Jentera-ke-Jentera (M2M) sedia masa depan yang menjimatkan, yang memberikan kelajuan, keandalan dan sekuriti yang lebih tinggi kepada aplikasi dengan data intensif seperti pengawasan video, komunikasi dalam kenderaan, papan tanda digital dan kesinambungan perniagaan.

NTC-140-02 yang menjimatkan kos itu direka untuk mendorong penerimaan M2M daripada kumpulan pasaran industri yang lebih luas sambil mempermudahkan perpindahan aset sedia ada daripada 2G kepada 4G LTE. Dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan M2M yang mencabar dalam tempoh jangka panjang, NTC-140-02 menyediakan keterhubungan data M2M masa nyata dan pengurusan jarak jauh melalui 4G, serta menampilkan: dua port Eternet Gigabit, sokongan voltan kenderaan, GPS dan input pencucuh untuk aset mudah alih.

"Dalam pasaran yang masih didominasi oleh penggerak pertama kami berbesar hati untuk memperkenalkan peranti M2M 4G yang memberikan peluang kepada semua perniagaan untuk membina penyelesaian inovatif yang dapat memenuhi keperluan tertentu. Penambahan terkini kepada siri NTC-140 kami dijangka mendorong penerimaan M2M merentasi keratan rentas industri yang luas pada ketika berlakunya pertumbuhan pasaran yang belum pernah tercapai sebelum ini," kata David Stewart, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, NetComm Wireless.

NTC-140-02 mendayakan aplikasi M2M seperti pengawasan video yang terdapatnya kuasa tetapi tiada akses Internet talian tetap. Sama ada memantau gudang yang tidak berpengawal atau kawasan awam, membantu pemegang kepentingan menyaksikan perkembangan projek pembinaan mahupun mengurus kamera web di kawasan tarikan pelancong yang terkenal, NTC-140-02 mendayakan pengurusan jarak jauh berkos rendah melalui 4G. 

Kesinambungan perniagaan dan keterhubungan andal dijamin dengan pindahan automatik kepada 3G apabila berada di luar kawasan liputan 4G, dan pindahan semula yang segera kepada 4G turut dilakukan apabila port Eternet Gigabit digunakan sebagai sambungan Internet alternatif. Peranti tersebut turut menyokong protokol pengurusan berjarah jauh seperti LWM2M, TR-069 dan SNMP bagi membolehkan penyepaduan yang pantas serta mudah dengan pelbagai platform pengurusan jarak jauh.

Pemprosesnya yang hebat menyampaikan prestasi optimum manakala NetComm Linux OS dan Kit Pembangunan Perisian (SDK) yang berada di dalamnya mendayakan pemasangan aplikasi perisian tersuai kepada memori yang disertakan. Rangka polikarbonat dan getahnya mudah dipasang, direka untuk penggunaan lasak dan turut menampilkan ketahanan suhu bagi menjadikan NTC-140-02 yang mantap itu sesuai untuk persekitaran jarak jauh dan perindustrian.

Latar Belakang NetComm Wireless Limited

NetComm Wireless Limited (ASX: NTC) merupakan pembangun terkemuka bagi peranti dan penyelesaian Jentera-ke-Jentera (M2M) di peringkat global. Syarikat ini menyediakan peranti 3G, 4G dan jalur lebar luar bandar generasi baharu tanpa wayar-tetap yang menjadi asas kepada dunia yang semakin terhubung. Pengendali telekomunikasi terkemuka, penyedia rangkaian teras dan penyepadu sistem menggunakan penyelesaian NetComm Wireless untuk mengoptimumkan prestasi rangkaian bagi menyokong produk serta perkhidmatan terhubung mereka dalam pasaran M2M dan juga jalur lebar luar bandar. Sepanjang 33 tahun lalu, NetComm Wireless telah membangunkan portfolio bagi produk komunikasi data yang pertama di dunia, dan kini merupakan penginovasi tanpa wayar yang diiktiraf di peringkat global. Beribu pejabat di Sydney (Australia), NetComm Wireless mempunyai pejabat-pejabat di AS, Eropah/UK, New Zealand, Timur Tengah dan Jepun. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.netcommwireless.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150324/8521501794LOGO

Source: NetComm Wireless Limited
Related Stocks:
Australia:NTC
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services