HONG KONG, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dan MasterCard mengalu-alukan kedatangan Musim Luruh dengan pelbagai pilihan tawaran istimewa, termasuk Kupon Tunai HKIA bernilai sehingga HK$5,000 dan perkhidmatan penghantaran tempatan secara percuma.
Dapatkan Kupon Tunai Sehingga HK$5,000 Melalui Perbelanjaan dengan MasterCard
Dari 25 September hingga 8 Oktober 2015, penumpang yang menggunakan kad MasterCard mereka untuk melakukan pembelian melebihi HK$2,000, HK$5,000, HK$10,000 dan HK$50,000 boleh menebus Kupon Tunai HKIA, masing-masing bernilai HK$100, HK$300, HK$700 dan HK$5,000.
Tawaran Beli Belah dan Makan Malam dengan MasterCard
Mulai sekarang hingga 30 November 2015, HKIA akan turut bekerjasama dengan para peruncitnya untuk menyediakan pelbagai tawaran beli belah dan makan malam eksklusif kepada para penumpang, selain pilihan hadiah percuma istimewa yang mengujakan, semuanya tidak harus dilepaskan. Penumpang yang berbelanja dengan kad MasterCard mereka akan menikmati lebih banyak tawaran. Penumpang boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi laman sesawang kami: http://www.hongkongairport.com/eng/shopping/special-offers.html
Penghantaran Tempatan Percuma
Penumpang yang berbelanja melebihi HK$1,000 dalam satu urus niaga di HKIA dapat menikmati perkhidmatan penghantaran tempatan secara percuma.
Mengalu-alukan Aktiviti sempena Musim Luruh
Selain tawaran beli belah dan makan malam yang menakjubkan, para penumpang akan mengalami suasana ceria di HKIA pada Musim Luruh ini. Dengan berpakaian seperti peneroka, maskot "Harga Rendah Terjamin" HKIA akan menyapa penumpang dan mengambil gambar segera bersama mereka di Terminal 1, selain mengagihkan hadiah-hadiah istimewa. Penumpang juga dapat menikmati persembahan muzik sambil membeli belah di Dewan Berlepas Timur.
Sebarang maklumat lanjut tentang promosi ini, sila ikuti laman Facebook kami, www.facebook.com/hkairport.official, atau kunjungi laman sesawang kami, www.hongkongairport.com (halaman Beli Belah, Makan Malam & Hiburan).
Latar Belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
HKIA merupakan pusat penerbangan antarabangsa dan serantau yang menghubungkan kira-kira 180 destinasi di seluruh dunia, termasuk lebih 47 buah bandar di Tanah Besar China. HKIA mencapai daya pemprosesan penumpang yang memecah rekod sebanyak 63.3 juta pada tahun 2014.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150916/8521505680