KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- Pengeluar produk elektronik pengguna berpangkalan di China, Shenzhen Ramos Digital Technologi Co., Ltd. menyertai sesi kedua KL CONVERGE, salah satu acara terulung bagi industri ini, di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. Ramos Digital memperkenalkan jenama baharu – Onemos MOS1, telefon pintar yang direka khas untuk para pengguna tanpa mengira lokasi mereka di serata dunia. Selain daripada memperkenalkan MOS1 yang baru dilancarkan itu, pembuat produk digital tersebut turut mempamerkan i100pro – tablet 2-dalam-1 jenis baharu.
Rupa yang menonjol, jangka hayat bateri yang panjang, dan ciri-ciri unik yang lain pada telefon pintar pertama Ramos Digital, MOS1, dikagumi oleh setiausaha agung ITU Houlin Zhao dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Said Keruak semasa lawatan mereka ke reruai Ramos Digital pada acara itu. Mereka memberi komen yang positif bahawa gayanya setanding dengan mana-mana jenama utama antarabangsa. Reruai tersebut juga menarik para peminat Onemos dari empat penjuru dunia. Peminat tegar menanti dengan sabar semasa berbaris untuk mengambil gambar bersama maskot Onemos dan telefon pintar MOS1.
Telefon digital pertama Ramos Digital, MOS1, memiliki rupa yang menarik – bahagian hadapan dan belakangnya diperbuat daripada kaca bajaan lengkung 2.5D, bingkai besi kristal dengan lima permukaan sisi, rim emas ultra-sempit 1.9mm digandingkan dengan bingkai ultranipis besi sepenuhnya 6.6mm untuk menghasilkan "rupa dan rasa" yang luar biasa. Pada masa yang sama, salah satu titik jualan utama MOS1 adalah sistemnya tidak mengandungi perisian prapasang pihak ketiga untuk memastikan pengguna tidak dihujani dengan kandungan tidak bermanfaat. Hasilnya, kandungan perisian dalam telefon tersebut kekal ringkas bagi menjanjikan pengalaman pengguna yang terbaik. MOS1 dilengkapi dengan pemproses lapan teras terbina dalam Snapdragon daripada Qualcomm, 2GB RAM bersama ruangan penyimpanan ROM seluas 32GB, dan kamera bertindih 13 juta piksel yang terbina dalam. Peranti itu menggunakan bateri super selamat 3050mAh yang dikeluarkan oleh BYD dan menyokong teknologi pengecasan pantas QC2.0 yang memberikan masa penggunaan lebih panjang yang ketara sebelum perlu dicas.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi Ramos: http://www.ramos.com.cn
Halaman Facebook: Ramos Digital Technology
Twitteer: @RamosTech
HUBUNGI:
Tel: +86-755-3333-8983
E-mel: sales@ramos.com.cn