CAMBRIDGE, England, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- Pada 2 September, Pusat Penyelidikan Cambridge Infinitus (CIRCE) ditubuhkan secara rasmi oleh Infinitus (China) Company Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai Infinitus), anggota LKK Health Products Group (LKKHPG), dan University of Cambridge. Kolaborasi ini menandakan perkongsian akademik pertama Infinitus di luar China.
Majlis pemeteraian itu berlangsung di kampus Cambridge. En. Tim Chun, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Sir Leszek Borysiewicz, Naib Canselor University of Cambridge, menandatangani perjanjian kerjasama itu, dan melancarkan plak bersama wakil-wakil daripada kedua-dua pihak.
Pusat penyelidikan itu berperanan sebagai platform penyelidikan bertaraf dunia yang akan menggabungkan sepenuhnya kehebatan Cambridge yang terkemuka dalam biologi sel molekul bersama pencapaian penting Infinitus dalam penjagaan kesihatan TCM setelah digunakan secara rasmi. Ia menyasarkan untuk mengubah dapatan penyelidikan serba canggih menjadi produk-produk kesihatan TCM yang inovatif.
Dalam ucapannya, En. Tim Chun menganggap kolaborasi bersama institusi-institusi penyelidikan yang berbeza sebagai jaminan kejayaan Infinitus yang utama. "Hari ini, kita berhimpun di University of Cambridge untuk membuka lembaran baharu dalam kemajuan sains dan teknologi Infinitus. Usaha bersama Universiti ini dan untuk mendapat manfaat daripada kelebihan sains dan penyelidikan Cambridge memberikan Infinitus galakan yang besar untuk masa depan."
Sir Leszek Borysiewicz berkata, "Cambridge terkenal dengan perkongsian perindustriannya yang luas dan kami dengan aktif menggalakkan budaya kerjasama yang berusaha memberi kesan untuk dunia sebenar. Perkongsian sebegini adalah amat penting dalam membantu meneruskan usaha akademik kita dan mengembangkan penyelidikan serba canggih mereka. Kami berbesar hati kerana Infinitus memilih untuk mengambil langkah pertama dalam usaha perluasan antarabangsa di Cambridge."
University of Cambridge melaporkan tentang majlis itu kemudian, menyatakan kerjasama tersebut akan memperluas peluang-peluang untuk ahli-ahli akademik Cambridge berkolaborasi dan berkongsi maklumat bersama rakan usaha sama akademik Infinitus di China, yang sesetengahnya akan mengunjungi CIRCE semasa tempoh kerjasama itu.
Latar Belakang Infinitus
Diasaskan pada tahun 1992, Infinitus menumpukan terhadap membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk kesihatan herba China. Syarikat ini melaburkan beratus-ratus juta RMB setiap tahun dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) produk serta peningkatan kemahiran teknikal. Sebelum berkolaborasi dengan Cambridge, Infinitus telah menubuhkan lima platform teknikal di Tanah Besar China dan Hong Kong.
Latar Belakang LKKHPG
LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan Hong Kong yang berusia seabad. Anggota-anggotanya terdiri daripada Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd, dan HeHa Digital Health Ltd.