omniture

Ekspo Makanan Organik Antarabangsa Bermula di Korea Selatan

Organizing Committee for 2015 Goesan International Organic Expo
2015-09-21 22:35 378

GOESAN, Korea Selatan, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- Satu ekspo makanan organik antarabangsa telah diadakan di pusat bandar pertanian Korea Selatan iaitu Goesan untuk mempromosikan pertanian lestari dan gaya hidup ekologikal, kata pihak penganjur pada hari Jumaat.

Ekspo Organik Antarabangsa Goesan 2015 bermula di bandar bergunung ganang di Wilayah Chungcheong Utara, yang berlangsung selama 24 hari bertemakan "Kehidupan Organik, Sains Bertemu Orang Awam."

Acara ini merupakan yang pertama seumpamanya menghimpunkan dua badan makanan organik utama dunia, iaitu Pertubuhan Penyelidikan Pertanian Organik Antarabangsa (ISOFAR) dan Persekutuan Pergerakan Pertanian Organik Antarabangsa.

Dalam pesta eksport yang dijadualkan pada tiga acara berbeza, 264 buah syarikat dari 26 buah negara dan sekitar 620 orang pembeli akan mengambil bahagian.

Jawatankuasa penganjur menjangkakan ekspo tersebut akan menjana kesan ekonomi menular yang bernilai lebih 170 bilion won (AS$146 juta).

Jawatankuasa penganjur turut menyasarkan untuk menarik seramai 660,000 orang pengunjung, termasuk 40,000 orang pengunjung asing.

Sebagai sebahagian daripada ekspo itu, satu simposium tentang cabaran dan masa depan industri organik dunia akan diadakan mulai 20 hingga 22 September.

Dalam acara tersebut, yang dibawakan oleh ISOFAR dan Pusat Penyelidikan Pertanian Organik Chungbuk, 29 orang pakar dari 18 buah negara akan membincangkan topik tentang pengeluaran makanan global, dilema etika dalam pertanian, kualiti makanan dan kesihatan.

Tiket boleh dibeli di tapak ekspo atau melalui penjual tiket dalam talian seperti Auction dan Gmarket. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi acara tersebut di www.2015organic-expo.kr

Wakil Media:
Kim Hae Jung
+82-43-280-5036
gaiasea@korea.kr

Source: Organizing Committee for 2015 Goesan International Organic Expo
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Food/Beverages Trade show news