omniture

Fragrance Du Bois Bekerjasama Dengan Asia Plantation Capital untuk Mendapatkan Minyak Oud yang 100% Semula Jadi Dan Diperakui oleh CITES

Fragrance Du Bois
2015-09-22 15:00 631

KUALA LUMPUR, Malaysia, Sept. 22, 2015 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois telah mengambil langkah berani untuk memperoleh dan memiliki sumbernya sendiri bagi salah satu bahan di dalam pembuatan minyak wangi yang paling dikehendaki di dunia iaitu Oud.

Oud (turut dikenali sebagai gaharu) yang diperolehi daripada pokok Aquilaria mendapat permintaan yang sangat tinggi, terutamanya daripada jenama-jenama mewah di dalam industri minyak wangi yang berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan mereka sendiri. Oud semula jadi merupakan bahan yang tiada tandingan, menghasilkan aroma wangian yang unik dan juga mempunyai ketahanan aroma wangian yang tersendiri.

Pokok-pokok liar Aquilaria menjadi sasaran pembalak haram secara sembarangan dengan harapan untuk memperoleh Oud
Pokok-pokok liar Aquilaria menjadi sasaran pembalak haram secara sembarangan dengan harapan untuk memperoleh Oud

Kini, bekalan Oud semakin berkurangan ekoran daripada tindakan tidak bertanggung jawab dan sifat tamak pembalak haram yang menyebabkan kepupusan pokok Aquilaria di dalam hutan. Situasi ini telah cuba ditangani oleh sesetengah pemilik ladang, khususnya Asia Plantation Capital. Permintaan Oud yand asli dan semula jadi terus meningkat dan melebihi bekalan dan seterusnya menyebabkan harganya terus meningkat selama lebih 140 tahun.

Seperti bahan-bahan bernilai yang lain, produk-produk Oud sintetik telah dihasilkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Namun, pakar-pakar di industri penghasilan minyak wangi berpendapat dan bersetuju bahawa tiada bahan lain yang boleh menandingi dan menyaingi bahan yang asli dan semulajadi. Dengan permintaan yang semakin meningkat, bekalan yang terhad dan semakin merosot, Fragrance Du Bois telah melihat situasi ini dan mula mengambil langkah untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat perladangan terkemuka untuk penanaman pokok Aquilaria. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan bekalan Oud yang mampan dan boleh diperbaharui.

Fragrance Du Bois kini bekerjasama dengan sebuah syarikat pemenang anugerah perladangan yang mampan iaitu Asia Plantation Capital. Ladang-ladangnya yang terletak di Asia Tenggara kini menyediakan bekalan Oud kepada jenama wangian itu. Kerjasama ini membolehkan Fragrance Du Bois terus meraih kecemerlangan, dengan bekalan Oud yang dijamin 100% semula jadi dan asli yang menjadi bahan terpenting dan teras dalam setiap penghasilan wangian.

Fragrance Du Bois hanya mengguanakan minyak oud yang diperakui oleh CITES, 100% asli dan semula jadi dalam minyak wanginya
Fragrance Du Bois hanya mengguanakan minyak oud yang diperakui oleh CITES, 100% asli dan semula jadi dalam minyak wanginya

Fragrance Du Bois hanya menggunakan minyak Oud yang disahkan oleh CITES, 100% asli dan semula jadi dalam wangiannya

Kesemua Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois diperakui oleh CITES dan dijamin sumbernya daripada sumber yang sah dan mampan, dengan penghormatan kepada alam sekitar dan  masyarakat setempat yang menetap di ladang-ladang dan di sekitar kawasan penanaman pokok Aquilaria.

Fragrance Du Bois telah menerima pengiktirafan dalam industri wangian global, dan kini sedang menempa nama di dalam pasaran dengan rangkaian wangian yang berasaskan Oud dan produk-produk yang berkaitan. Permintaan yang semakin meningkat membolehkan Fragrance Du Bois menambah rangkaian butik-butiknya di Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok, dan juga pembukaan butik-butik baru di Dubai, London, Paris, Luxembourg dan Geneva dalam tempoh masa yang terdekat sekitar awal tahun 2016.

Dengan perkembangan ini, Fragrance Du Bois telah membuat keputusan untuk mendapatkan Oud (gaharu) dan mempunyai ladang minyak wangiannya sendiri. Ianya akan diuruskan oleh Asia Plantation Capital, di mana pelaburannya dalam teknologi proprietri telah banyak membantu dalam menyelamatkan pokok Aquilaria dari kepupusan. Selain itu, penanaman spesis lain termasuk patchouli, vetiver, kacang tonka, buluh, mawar, pain, cypress, serai serta banyak lagi masih dalam perancangan.

Hasil kerjasama dengan Asia Plantation Capital membolehkan Fragrance Du Bois dapat menjamin bekalannya sendiri, bukan sahaja daripada segi Oud yang bernilai tinggi tetapi juga rangkaian minyak wangi premium yang lain di mana semuanya adalah terjamin dari segi sumber, ketulenan serta kualitinya.

Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, berkata, "Ini merupakan suatu yang telah lama kami rancangkan, dan ianya juga direka untuk kisah kami iaitu 'Dari Tanah Ke Minyak Kepada Anda' yang telah menggamit imiginasi ramai orang. Kini kami boleh terus berkembang untuk mencampurkan minyak semula jadi yang lain dalam penghasilan wangian kami. Saya masih ingat tarikan yang telah diciptakan oleh Anita Roddick apabila beliau menghasilkan jenama dan rangkaian Body Shop menggunakan bahan-bahan semula jadi dan mampan. Melalui kerjasama dengan pakar-pakar di Asia Plantation Capital, kami akan mampu untuk membawakan konsep ini selangkah ke hadapan, supaya kami mampu menanam sendiri bahan-bahan semula jadi dan akan memperhalusinya sendiri apabila tiba masanya."

Parker menyimpulkan, "dalam pasaran pengguna hari ini, kami mendapati pelanggan kami bukan sahaja menitikberatkan mengenai asal usul produk mereka, tetapi mereka juga sangat mengambil berat tentang kualiti dan ketulenan sesuatu produk. Kami percaya, kini kami adalah satu-satunya jenama wangian mewah yang boleh melakukan perkara ini, dan kami berpegang kepada mantra 'Dari Tanah Ke Minyak Kepada Anda' sebagai kunci untuk setiap perkara yang kami lakukan dan untuk semua wangian yang kami hasilkan untuk rangkaian butik kami yang semakin luas."

Fragrance Du Bois telah memetrai perjanjian untuk membangunkan ladangnya sendiri di Malaysia, dan mendapatkan ladang pokok gaharu yang matang daripada Asia Plantation Capital yang terletak di Thailand. Selain itu, jenama ini juga sedang mempertimbangkan pemerolehan akan datang di India dan Indonesia untuk menyediakan rangkaian produk komprehensif serantau yang berkualiti tinggi. Ini akan membolehkan rangkaian terasnya seperti lilin wangi Fragrance Du Bois, serpihan kayu dan minyak wangian menjadi keluaran tempatan dan dihasilkan secara mampan.

Selain itu, perniagaan penghasilan minyak wangi Fragrance Du Bois iaitu Oud Du Bois, kini bersedia untuk menghasilkan wangian untuk jenama-jenama antarabangsa dan syarikat-syarikat minyak wangi yang lain dengan menggunakan minyak Oud asli yang akan ditanam sendiri beserta minyak wangian lain yang 100% semula jadi dan mampan.

"Jelas sekali kami mempunyai hubungan yang erat dengan Fragrance Du Bois," kata Gary Crates, Ketua Pegawai Eksekutif Eropah Asia Plantation Capital. "Sememangnya kami adalah rakan pengasas dalam perniagaan ini dan telah melabur modal yang besar semasa dalam tahap awal dan pembangunan jenama ini. Adalah sesuatu yang amat memuaskan hati kerana dapat menyaksikan jenama ini kini berkembang dan memiliki ladangnya sendiri di bawah pengurusan kami. Menariknya, kami melihat ini adalah trend pada masa kini dengan syarikat minyak wangi dan jenama wangian utama yang lain. Kini, kami berada di peringkat akhir dalam mewujudkan rangkaian bekalan Oud dan campuran spesis yang mampan bersama kebanyakan mereka. Kami percaya ini merupakan trend yang kian berkembang dalam perniagaan runcit global di mana jenama-jenama utama perlu terlibat dalam rantaian bekalan mereka, terutamanya apabila melibatkan sumber bahan-bahan semula jadi. Dalam kes gaharu yang kian terancam, penglibatan yang lebih besar menjadi satu etika yang amat penting. Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan kami semuanya kini telah mengenal pasti trend ini dan telah menyedari bahawa ianya adalah baik dari segi komersial. Ini bukan sahaja untuk menjamin rantaian bekalan mereka sendiri, tetapi juga dapat memperolehi produk pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Semua ini digabungkan dengan pendekatan yang mampan dan beretika," Create menyimpulkan, "dan anda mendapat tiga manfaat yang diingini oleh semua dalam dunia perniagaan masa kini."

Pada mulanya, Fragrance Du Bois akan melaburkan lebih USD5 juta sepanjang 12 bulan akan datang untuk perladangan yang akan diuruskan oleh Asia Plantation Capital, dibiayai oleh ekuiti persendirian dan rakan-rakan industri wangian yang telah menyertai syarikat itu baru-baru ini.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan pengeluar minyak wangian mewah yang bekerjasama rapat dengan perladangan mampan di Asia, membawakan wangian baru berasaskan 100% minyak Oud organik ke pasaran eksklusif di seluruh dunia. Dengan mendapatkan sumber bahan mentah terbaik di pelosok dunia, bekerjasama dengan pembuat wangian Perancis dalam penghasilan keseluruhan rangkaian produk dan  turut menyediakan khidmat wangian buatan khas, Fragrance Du Bois adalah kemewahan peribadi. Dengan terdapat lima ruangan eksklusif di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois mewujudkan hanya pengalaman yang terbaik dalam penghasilan wangian buatan khas. 

Fragrance Du bois dikenali sebagai Parfums di Bois di Perancis dan ianya dikenali sebagai Fragrance Du Bois di negara-negara lain.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group merupakan sebuah syarikat pemenang pelbagai anugerah yang mengendalikan dan menguruskan perladangan dengan menjalankan pelbagai projek di empat buah benua dan mempunyai tenaga kerja global melebihi 2000 orang. Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ahli-ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) dan mereka telah membangunkan serta mempatenkan pelbagai sistem dan teknologi yang terkemuka dalam industri. .

Dengan memberi tumpuan terhadap projek-projek ladang komersial dan perniagaan bersepadu vertikal yang menawarkan kombinasi manfaat untuk komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah mewujudkan syarikat 'tiga manfaat' yang berjaya dan dinamik.

Dengan memberi tumpuan terhadap pelbagai projek perladangan dan perniagaan bersepadu yang menawarkan kombinasi untuk komersial, alam sekitar dan manfaat kepada komuniti, Asia Plantation Capital telah mewujudkan sebuah syarikat 'tripple bottom line' yang berjaya dan dinamik.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina@fragrancedubois.com
Tel. Bimbit: +60-13-774-1009

Samantha Tham
PR & Marketing Executive, Singapore
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com
Tel. Bimbit: +65-9144-0933

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150917/8521506120-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150917/8521506120-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Retail Contracts Licensing/marketing agreements