omniture

foodpanda Dilancarkan Semula di Johor Bahru

Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
2015-09-23 11:06 309

foodpanda dibuka semula di Johor Bahru dan dijangka akan menggandakan jumlah pesanan mereka

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- foodpanda, perkhidmatan penghantaran makanan terbesar di Malaysia baru sahaja melancarkan semula operasi mereka di Johor Bahru. foodpanda telah pun menjadi nama yang dikenali di bandar-bandar utama lain -- iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka dan Pulau Pinang.

"Kami gembira dapat kembali ke Johor Bahru. Saya berpendapat perkhidmatan ini akan menambahkan kemudahan kepada para penduduk Johor Bahru," kata Uffe Jordan, Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia Sdn Bhd. Beliau turut menyatakan bahawa pelanggan tidak akan dicaj dengan yuran penghantaran untuk bulan pertama. foodpanda menghentikan sementara perkhidmatan penghantaran mereka 3 bulan lalu untuk menaik taraf operasi penghantaran mereka bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para penduduk di Johor Bahru.

Bermula dengan jenama-jenama yang terkenal seperti Kenny Roger's Roasters, Nando's, dan Sakae Sushi, foodpanda berharap untuk membawakan lebih banyak kemudahan dan kepelbagaian makanan yang lebih luas untuk para penduduk Johor Bahru. "Kami akan melancarkan semula di pusat bandar dan berharap untuk meluaskan kawasan penghantaran kami tidak lama lagi. Kami turut berusaha membawakan lebih banyak restoran kegemaran tempatan di Johor Bahru," kata Uffe.

Para penduduk di Johor Bahru kini dapat memesan makanan daripada restoran kegemaran mereka melalui aplikasi foodpanda yang mudah digunakan dan boleh didapati di Apple Store, Google Play Store dan Window Store atau melalui laman sesawang mereka (www.foodpanda.my).

Latar Belakang foodpanda
foodpanda group merupakan pasaran penghantaran makanan global yang terkemuka, aktif di 39 buah negara di lima buah benua. Syarikat ini membolehkan restoran-restoran menjadi lebih mudah dikenali melalui dunia dalam talian dan mudah alih serta menyediakan mereka dengan teknologi dalam talian yang sentiasa berevolusi. Bagi para pengguna, foodpanda/hellofood menawarkan kemudahan untuk memesan makanan secara dalam talian dan rangkaian gastronomik terluas, yang membolehkan mereka memilih hidangan kegemaran mereka melalui laman sesawang atau aplikasi.

Cari kami di:

Laman Sesawang: www.foodpanda.my
Facebook:
facebook.com/FoodpandaMalaysia

Untuk maklumat lanjut tentang siaran media ini, atau mengaturkan temu bual bersama pihak pengurusan syarikat, sila hubungi:

Trisha Ang
Pengurus Pemasaran

Unit D-3A-08, Tingkat 3A, Blok D,
Pusat Komersial Southgate,
No.2 Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur

Tel: +6016-7252996
E-mel: t.ang@foodpanda.my

Source: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Food/Beverages Internet Technology Restaurants