MOSCOW, Sept. 24, 2015 /PRNewswire/ -- Ulmart, syarikat e-dagang terkemuka Rusia, merancang untuk menjelajah lagi bagi menceritakan kisahnya.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140203/667275)
Pernah mempamerkan pusat pemenuhan pinggir bandar yang unik di MIPIM pada musim bunga lalu dan kemudian di Forum Antarabangsa St. Petersburg, tapak seterusnya untuk jerayawara harta tanah itu adalah di Expo Real Munich.
Sebagai salah satu pameran terkemuka untuk harta tanah dan pelaburan, keputusan Ulmart untuk mempamerkan pusat pemenuhan pinggir bandar yang terkini meneruskan strategi yang dibentangkan oleh pengerusi syarikat Dmitry Kostygin bagi mempromosikan apa yang beliau gelar sebagai "e-dagang generasi kedua", manakala yang kedua, untuk menarik minat pelabur berpotensi.
"Kisah ini adalah unik dan kadang kala kami berpendapat pelabur berpotensi yang sudah terlalu biasa dengan pendekatan taksub peringkat akhir Amazon terhadap e-dagang sukar untuk memahami sepenuhnya keringkasan pendekatan Ulmart dan potensi untuk meraih keuntungan," tambah Brian Kean, Ketua Komunikasi dan Hubungan Antarabangsa di Ulmart.
Ketika syarikat itu bersiap untuk menghadapi kemungkinan IPO pada tahun 2016, En. Kostygin dan pengurus tertinggi lain sibuk menjelajah seluruh dunia bagi menceritakan kisah unik Ulmart.
Model unik syarikat itu, yang menekankan pengutipan pelanggan sebelum peringkat terakhir, melonjakkan Ulmart menjangkaui lebih $1 bilion selepas menjalankan operasi hanya selama 5 tahun. Tiada e-peruncit lain yang pernah meraih kejayaan sebegitu sekali dan sebegitu pantas berserta model yang untung sepenuhnya sehingga syarikat itu membuat pelaburan prasarana agresif pada tahun 2012.
Selain mempunyai tapak pameran yang pertama daripada syarikat pegangan swasta Rusia, Ulmart juta merancang untuk menaja panel perbincangan perniagaan, sarapan sambil kerja, "inkubator idea", dan setiap hari pada 15:00, satu tong kayu oak yang berisi bir Augustiner segar akan disajikan dengan kata-kata terkenal Munich - O ZAPFT IS! Semua tetamu boleh menikmati bir dan kudapan yang disediakan.
Tapak pameran Ulmart boleh ditemui di B1.430. Semasa berlangsungnya semua acara, pengerusi syarikat, Dmitry Kostygin, berserta para profesional daripada industri perbankan, para pelabur harta tanah, wartawan, Greenpeace, IKEA dan syarikat-syarikat lain akan mengambil bahagian dalam perbincangan secara percuma yang meriah.
PEMBUKAAN TAPAK PAMERAN ULMART DAN PENGENALAN "Mizaj"
Dipersembahkan oleh Dmitry Kostygin, Pengerusi dan Sergei Fedorinov, Ketua Pegawai Eksekutif, Ulmart
Masa: 5 Oktober, 11:00-11:30
Lokasi: Tapak Pameran Ulmart
SARAPAN SAMBIL BEKERJA
Memperdebatkan Projek Pelaburan Bintang di Rusia
Masa: 6 Oktober, 10:00 - 11:00
Lokasi: Tapak Pameran Ulmart
INKUBATOR IDEA
MENGHIJAUKAN DUNIA-BAGAIMANA E-DAGANG BOLEH MEMBUAT PERUNCITAN LEBIH HIJAU
Masa: 6 Oktober, 15:00-16:00
Lokasi: Tapak Pameran Ulmart
Sumber: Ulmart