omniture

XCMG Sertai Pengeluar Jentera Terkemuka Dunia Dalam Analisis Dinamik Pasaran Sidang Kemuncak 50 Terbaik

XCMG
2015-09-25 09:56 400

BEIJING, 25 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Industri Jentera Pembinaan Dunia T50 2015 yang diadakan di Beijing pada 21 September telah mengeluarkan senarai 50 pengeluar jentera pembinaan terbaik di dunia yang menyenaraikan XCMG di kedudukan kelapan di peringkat global dan pertama dalam kalangan syarikat jentera pembinaan China.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150923/269746

Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG, menyampaikan ucap tama di sidang kemuncak itu tentang pasaran global semasa bagi jentera pembinaan dan strategi XCMG untuk melaras semula dalam industri yang pantas berkembang.

Pasaran jentera berat seperti penggali, pemuat, kren dan kelengkapan konkrit telah merosot sejak berlakunya turun naik pasaran yang bersejarah pada April 2011, yang membawakan cabaran baharu untuk para pengeluar di seluruh dunia. Wang menegaskan persekitaran pasaran tidaklah seburuk yang diramalkan dan industri jentera pembinaan mempunyai prospek yang positif.

"Penurunan yang kami saksikan dalam pasaran sebenarnya merupakan kemerosotan mendadak daripada kadar inflasi yang terlalu tinggi sebelum ini, ketika pasaran menyusut, kami dapat mengesan berlakunya kejatuhan pasaran yang pantas dan serius," jelas Wang. "Keadaan ini menandakan industri ini telah melaras semula dengan sendiri; masih terdapat ruang untuk melakukan pembangunan akan datang."

Penggelek jalan XCMG telah dieksport ke Amerika Syarikat, silinder minyak untuk pengorek muatan terbesar dikeluarkan di China dijual di Australia, manakala jentera cerucuk mempunyai bahagian pasaran terbesar di Turki. Melihat kepada pasaran China, Wang meramalkan permintaan pasaran tersebut masih agak signifikan.

Syarikat-syarikat memerlukan strategi baharu bagi menghadapi pasaran global yang mencabar. Wang berkata para pengeluar China berusaha membawakan impak kepada pasaran yang menarik minat melalui teknologi maju serta menaik taraf produk-produk mereka.

Bagi memastikan kejayaan dalam pasaran jentera pembinaan yang sentiasa berdaya saing, XCMG mencadangkan konsep pembangunan yang rasional, praktikal dan lestari yang bermatlamat ke arah profesionalisme serta ketepatan dalam membawakan produk-produk berkualiti terbaik.

Perubahan operasi XCMG membawa kepada peralihan daripada model pembangunan berpusatkan produk kepada penyediaan pakej penyelesaian serta perkhidmatan berasaskan produk yang menyeluruh, dan pada masa yang sama menumpukan kepada inovasi dan juga peningkatan kualiti melalui kemajuan teknologi yang berterusan seperti kejayaan pelancaran dalam pasaran kren semua permukaan kilotan, kren merangkak 4,000 tan, pengorek lombong 400 tan, pemuat 12 tan dan juga jentera pintar daripada pangkalan pengeluaran digital syarikat itu.

"Cara baharu bagi mencapai kejayaan memerlukan maklumat, kepercayaan dan kecekalan berstrategi. XCMG berkeyakinan untuk meraih pencapaian tertinggi dalam industri jentera pembinaan global," kata Wang.

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Trade show news