omniture

Tablet Intuos Baharu Jadikan Impian Kreatif Kenyataan

Pemimpin dunia dalam tablet kreatif berasaskan pen Wacom memperkenalkan keluarga produk Intuos® generasi seterusnya untuk memperkasakan dan memberi inspirasi kepada penggiat kreatif.
Wacom Singapore Pte Ltd
2015-09-25 10:30 563

SINGAPURA, 25 Septermber 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini Wacom melancarkan keluarga produk Intuos® generasi seterusnya yang memenangi anugerah. Rangkaian baharu tablet Intuos Pen & Touch terdiri daripada empat model: Intuos Draw, Intuos Art, Intuos Comic dan Intuos Photo. Setiap model menyertakan perisian kreatif percuma selain tawaran latihan dan perkhidmatan tambahan. Tablet pen didatangkan dalam dua saiz berbeza (kecil dan sederhana), pilihan warna (putih, biru dan hitam), serta versi pen atau pen & sentuh -- dengan kit sambungan tanpa wayar sebagai aksesori pilihan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  http://www.prnasia.com/mnr/wacom_201509.shtml

Intuos Kecil - Biru
Intuos Kecil - Biru

Pembungkusan Intuos - Rangkaian Lengkap
Pembungkusan Intuos - Rangkaian Lengkap

Intuos Sederhana - Rangkaian Lengkap
Intuos Sederhana - Rangkaian Lengkap

Capai impian kreatif anda. Intous di sisi anda.
Capai impian kreatif anda. Intous di sisi anda.

"Kami meluangkan banyak masa bekerjasama dengan para pelanggan kami, dan mereka semula rangkaian Intuos yang popular untuk memenuhi keinginan segmen pengguna penting dengan lebih baik. Intuos baharu menyertakan segalanya yang diperlukan seseorang untuk menggamit imaginasi penggiat kreatif dan memberi inspirasi kepada mereka untuk membawa kreativiti mereka ke tahap seterusnya," terang Jeff Mandell, Naib Presiden Eksekutif di Wacom.

Menampilkan banyak ciri Intuos asal, rangkaian baharu itu menawarkan 1,024 tahap sensitiviti tekanan pen untuk menambahkan perincian kepada lukisan dan foto, kemampuan berbilang sentuhan yang membolehkan pengguna mengezum dan memutarkan karya mereka dengan gerakan jari serta empat ExpressKeys yang boleh disuaikan. Rekaan ergonomik tablet itu memastikan jurugambar dan artis dapat bekerja dengan selesa dalam jangka masa yang lama.

Ciri-ciri dan perisian utama

Intuos Draw -- untuk pengguna baharu dengan keghairahan terhadap kreativiti. Dengan akses kepada ArtRage Lite dan tutorial percuma, pengguna dapat memahirkan diri daripada amatur kepada artis berbakat melalui tablet pen mudah digunakan dan perisian ini. Intuos Draw boleh didapati dalam versi saiz kecil (putih dan biru) pen sahaja.

Intuos Art -- untuk pengguna yang mahir mengecat dan mempunyai kemahiran artistik yang lebih maju

Menawarkan pengalaman mengecat yang realistik, pengguna dapat menerokai kepelbagaian gaya catan dan berus yang tersedia dalam pakej perisian percuma yang disertakan dengan tablet pen ini -- Corel Painter Essentials. Disediakan dalam saiz kecil (hitam dan biru) serta sederhana (hitam dan biru).

Intuos Photo -- untuk editor gambar yang ingin mencuba teknik baharu yang kreatif atau menambahkan teks kepada imej bagi menjadikannya lebih peribadi. Sama ada untuk mengurangkan gangguan, memperbaiki warna dan tona atau mengkompositkan imej, pen yang sensitif tekanan menawarkan tahap ketepatan serta kawalan serba baharu. Dengan beberapa teknik mudah, gambar yang diambil menggunakan telefon atau peranti mudah alih juga boleh dipertingkatkan untuk dikongsi bersama rakan, keluarga dan peminat.

Disediakan dalam saiz kecil (hitam), Intuos Photo disertakan dengan Corel PaintShop Pro dan Corel AfterShot Pro untuk pengguna Windows, serta Macphun Creative Kit dan juga Corel AfterShot Pro untuk pengguna Mac.

Intuos Comic -- untuk pencinta komik dan manga. Menyediakan semua yang diperlukan oleh artis komik atau manga, tablet ini penting untuk menghasilkan watak ikonik dan lakaran digital, pewarnaan dan garisan. Setelah dihasilkan, karya komik digital dapat dikongsi dengan mudah bersama rakan dan peminat untuk membantu artis baharu memasuki dunia seni serta mendapat perhatian. Intuos Comic tersedia dalam saiz kecil (hitam dan biru) serta sederhana (hitam dan biru). Clip Studio Paint Pro dan Anime Studio boleh dimuat turun secara percuma dengan tablet ini.



Ketersediaan dan Harga



SGD (Bersih)

Intuos Draw (kecil)

110

Intuos Art, Photo, Comic (kecil)

155

Intuos Art, Comic (sederhana)

290

Tablet Intuos baharu ini didatangkan dengan bungkusan pengguna berimpak tinggi yang akan membantu menggamit perhatian serta imaginasi peminat dan penggiat kreatif. Ia akan disediakan di eStore Wacom (store.wacom.sg) dan pelbagai peruncit.

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom merupakan syarikat global berpangkalan di Jepun (Tokyo Stock Exchange 6727) dengan anak-anak syarikat dan pejabat-pejabat sekutu di seluruh dunia untuk menyokong pemasaran serta pengedaran di lebih 150 buah negara. Visi Wacom untuk merapatkan manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya pengeluar utama dunia tablet pen dan paparan interaktif selain stilus digital serta penyelesaian untuk menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi maju peranti input intuitif Wacom telah digunakan untuk menghasilkan antara karya seni digital, filem, kesan khas, fesyen dan rekaan paling mengujakan di seluruh dunia dan menyediakan teknologi antara muka utama mereka untuk perniagaan dan pengguna kediaman memperlihatkan personaliti mereka.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia menggunakan teknologi pen digital sensitif tekanan tanpa wayar dan bebas bateri untuk mengendalikan telefon pintar, tablet media atau komputer meja mereka untuk meluahkan kreativiti individu. Syarikat ini turut menawarkan produknya sebagai penyelesaian OEM kepada para pengeluar utama yang memenuhi keperluan pasaran tambahan. Teknologi antara muka Wacom, digelar teknologi Wacom feel IT, turut ditawarkan sebagai penyelesaian bersepadu kepada rakan kerjasama strategik. Kebanyakan pengeluar PC Tablet bergantung kepada ciri-ciri canggih dan keandalan jenama ini untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang hebat.

Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Wacom, lihat: http://www.wacom.com

Wakil akhbar:
Daphne Tan
Wacom Singapore Pte Ltd
Tel: +65-9233-2370
daphne.tan@wacom.com.sg

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201509/wacom/wacom.mp4
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150901/8521505653-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150901/8521505653-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150901/8521505653-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150901/8521505653-d

Source: Wacom Singapore Pte Ltd
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services