omniture

foodpanda Bekerjasama dengan Restoran Terkemuka yang Dinanti-nantikan di Malaysia

foodpanda bekerjasama dengan restoran-restoran terkemuka - Chili's dan Nando's
Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
2015-09-25 12:57 363

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- Anda namakannya – foodpanda hantarkan. Nando's dan Chili's baru-baru ini telah bekerjasama dengan foodpanda. Kini, para penggemar restoran-restoran ini boleh mendapatkan hidangan kegemaran mereka dengan hanya beberapa klik menerusi foodpanda.

Uffe Jordan, Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia: "Kami teruja kerana jenama-jenama terkemuka ini telah menyertai kami memandangkan kami telah mendapat permintaan daripada para pelanggan kami untuk mendapatkan restoran-restoran ini secara dalam talian."

Usaha semasa foodpanda termasuk menambah baik masa penghantaran. "Matlamat kami adalah untuk memastikan para pelanggan menerima hidangan mereka antara 45 hingga 60 minit," kata Jordan. Selain itu, foodpanda sedang mengautomasikan pesanan yang akan membantu mengurangkan komunikasi ulang-alik antara restoran dan foodpanda.

Bersama pembiayaan sebelum ini yang bernilai USD 100 Juta, foodpanda kini telah menjana lebih USD310 Juta sejak dilancarkan pada tahun 2012. Setelah mengambil alih para pesaing penting di India, Mexico, Rusia, Brazil, Eropah Timur dan Asia Tenggara, syarikat ini akan menggunakan pelaburan terbaharu ini untuk terus meluaskan aktiviti penghantarannya dan menambah baik pengalaman pelanggan secara keseluruhan di 40 pasarannya. Penghantaran peringkat akhir telah menjadi sebahagian daripada operasi foodpanda sejak operasi mereka dimulakan pada tahun 2012. Mereka menjalankan usaha berterusan untuk mendorong kepuasan pelanggan yang bermatlamat untuk menawarkan cara paling mudah bagi memesan makanan – daripada aplikasi mudah alih dan secara dalam talian.

Latar Belakang foodpanda
foodpanda group merupakan pasaran penghantaran makanan global yang terkemuka, aktif di 39 buah negara di lima buah benua. Syarikat ini membolehkan restoran-restoran menjadi lebih mudah dikenali melalui dunia dalam talian dan mudah alih serta menyediakan mereka dengan teknologi dalam talian yang sentiasa berevolusi. Bagi para pengguna, foodpanda/hellofood menawarkan kemudahan untuk memesan makanan secara dalam talian dan rangkaian gastronomik terluas, yang membolehkan mereka memilih hidangan kegemaran mereka melalui laman sesawang atau aplikasi.

Temui kami di:

Laman Sesawang: www.foodpanda.my
Facebook:
facebook.com/FoodpandaMalaysia

Untuk maklumat lanjut tentang siaran media ini, atau mengaturkan temu bual bersama pihak pengurusan syarikat, sila hubungi:

Trisha Ang
Pengurus Pemasaran
Unit D-3A-08, Tingkat 3A, Blok D,
Pusat Komersial Southgate,
No.2 Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
Tel: +60-16-7252996
E-mel: t.ang@foodpanda.my

Source: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Internet Technology Social Media Web Site Joint ventures New products/services