omniture

Desso Peroleh Pensijilan Emas Cradle to Cradle(R)

Desso
2015-09-25 20:24 321

WAALWIJK, Belanda, 25 September 2015 /PRNewswire/ --

Pengeluar Jubin Karpet Pertama Dunia Peroleh Pensijilan Peringkat Emas C2C 

Desso, sebuah syarikat karpet terkemuka (sebahagian daripada Tarkett Group) telah mencapai kejayaan baharu yang utama dalam pengembaraan Cradle to Cradle® (C2C) untuk menjadi pengeluar jubin karpet pertama dunia yang memperoleh pensijilan Emas Cradle to Cradle® untuk koleksi jubin karpet baharu. Pensijilan Emas merupakan kemuncak usaha dan kerja keras selama tujuh tahun, diilhamkan oleh matlamat untuk beralih kepada ekonomi pekeliling, berdasarkan prinsip C2C. Koleksi itu akan dilancarkan dalam semua pasaran penting pada Oktober 2015.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150923/269853 )

'Koleksi Emas' baharu itu didatangkan standard dengan pelapik EcoBase™, yang mengandungi kalsium karbonat (kapur) direkayasa melalui kitar semula daripada syarikat-syarikat air minuman tempatan, yang 100% boleh kitar semula dalam proses pengeluaran Desso sendiri. Tambahan lagi, koleksi itu mengandungi ECONYL®, nilon 100% dijana semula yang dibuat daripada bahan sisa terpulih termasuk sisa benang bulu pascapengguna daripada loji Refinity® DESSO.

Produk-produk Koleksi Emas Desso menawarkan faedah berikut:

  • Bahan didefinisikan[1] positif 100%
  • Benang bulu 100% dijana semula (ECONYL®)
  • Secara purata 80% bahan boleh kitar semula[2]
  • Secara purata 52% bahan kitar semula
  • VOC sangat rendah[3]
  • Menyumbang kepada titik LEED v4[4]

Bagi mencapai kejayaan emas ini, Desso perlu memenuhi pelbagai kriteria alam sekitar dan kesihatan manusia yang mencabar, seperti yang ditakrifkan dalam Piawaian Produk Cradle to Cradle Certified™. Ini merupakan kerangka kerja untuk inovasi, yang menunjukkan 'rekaan dengan matlamat' sememangnya munasabah dari segi perniagaan dan pada masa yang sama, memberi impak positif kepada alam sekitar serta kesihatan manusia. Produk-produk ini diperakui oleh Institut Inovasi Produk bebas, yang berpusat di AS. Selain koleksi ini, 93% daripada rangkaian jubin karpet komersial Desso diperakui oleh Cradle to Cradle®, sama ada pada peringkat Gangsa atau Perak, bergantung kepada jenis pelapik.

Desso telah berusaha ke arah ekonomi pekeliling sejak tahun 2008 berdasarkan prinsip Cradle to Cradle®, yang membolehkan pengeluar membuat barangan yang direka untuk lebih daripada satu kitaran hidup produk dalam gelung tertutup tidak toksik yang sentiasa bergerak, yang semakin diperkasakan oleh tenaga boleh dibaharui. Dengan cara ini, ekonomi pekeliling membantu kami menangani beberapa cabaran global besar: kekurangan sumber, ketoksikan dan perubahan iklim. Sebagai model jana semula yang diilhamkan daripada alam semula jadi, ia menggantikan sistem linear yang lebih tradisional, 'ambil, buat, dan buang'.

Menurut penyelidikan terbaharu[5], ekonomi pekeliling boleh menghasilkan sehingga satu trilion dolar setiap tahun di seluruh dunia melalui penggunaan aliran bahan yang lebih pintar.

Desso komited untuk beralih ke arah ekonomi pekeliling melalui pemenuhan piawaian Cradle to Cradle®, falsafah yang dibangunkan oleh ahli kimia Jerman Dr Michael Braungart dan arkitek AS William McDonough. Ia menyeru syarikat-syarikat untuk mencari bahan-bahan bermutu, sistem dan proses pengitaran semula yang berkesan, pengawasan air yang bagus, keadilan sosial dan tenaga boleh dibaharui.

"Melalui wawasan dan kerja keras kakitangan kami serta para pemegang saham, kami gembira dapat mencapai tanda aras baharu yang penting ini dalam pengembaraan ekonomi pekeliling kami," kata Roland Jonkhoff, Pengarah Urusan, Desso dan Naib Presiden Karpet EMEA, Tarkett. "Di samping itu, inovasi yang diperlukan dalam usaha kami untuk menjadi sebuah syarikat C2C, terus menyumbang kepada kejayaan komersial kami. Ini menunjukkan kepada kami dan yang lain bahawa strategi perniagaan yang digandingkan dengan matlamat CSR yang kukuh sememangnya memperkukuh kejayaan komersial."

Latar Belakang Desso® 

Desso, sebuah syarikat Tarkett, merupakan perniagaan karpet, jubin karpet dan padang sukan terkemuka, aktif di lebih 100 buah negara. Produk-produknya dibekalkan ke pejabat-pejabat korporat, pendidikan, penjagaan kesihatan, kerajaan, kediaman, dan juga hotel, kapal persiaran, syarikat penerbangan, serta kelab bola sepak perdana. Matlamat Desso adalah untuk membangunkan produk-produk unik yang menyediakan persekitaran dalam bangunan yang lebih baik, membantu memaksimumkan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai. Ini dipacu oleh program inovasi syarikat itu yang berasaskan tiga terasnya iaitu rekaan Kreativiti, Fungsi, dan Cradle to Cradle® yang menekankan peralihan kepada ekonomi pekeliling jana semula. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.desso.com

Latar Belakang Tarkett 

Tarkett merupakan peneraju global dalam penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk lantai dan permukaan sukan. Menawarkan pilihan produk yang luas termasuk vinil, linoleum, karpet, getah, kayu & laminat, rumput sintetik serta litar sukan, Kumpulan itu berkhidmat kepada pelanggan di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Dengan 12,000 orang kakitangan dan 34 tapak perindustrian, Tarkett menjual 1.3 juta meter persegi lantai di seluruh dunia, untuk hospital, sekolah, rumah, hotel, pejabat, kedai dan padang sukan. Komited untuk pembangunan mampan, Kumpulan itu melaksanakan strategi ekoinovasi dan menggalakkan ekonomi pekeliling. Jualan bersih Tarkett sebanyak 2.4 bilion euro pada tahun 2014 diseimbangkan antara Eropah, Amerika Utara dan rantau yang terdiri daripada negara-negara CIS, APAC & LATAM. Tarkett disenaraikan dalam Euronext Paris (petak A, singkatan TKTT, ISIN: FR0004188670). http://www.tarkett.com

--------------------------------------------------

1. Didefinisikan secara positif = semua bahan telah dinilai sama ada sebagai Hijau (optimum) atau Kuning (boleh diterima) menurut kriteria penilaian Cradle to Cradle®. Seperti yang dijelaskan dalam Piawaian Produk CertifiedCM Cradle to Cradle® Versi 3.1.

2. Sejajar dengan Piawaian Produk Cradle to Cradle Certified™

3. Sejajar dengan Piawaian Produk Cradle to Cradle Certified™. Piawaian ini menyatakan yang: TVOC mesti < 0.5 mg/m3. VOC individu < (0.01) x [nilai TLV atau MAK yang lebih rendah]. Titik masa yang digunakan adalah 7 hari.

4. http://www.usgbc.org/node/2616399?view=language

5. Menuju ekonomi pekeliling, jilid 1-3, Ellen MacArthur Foundation/McKinsey.

Laman sesawang: http://www.desso.com
http://www.twitter.com/dessogroup

Sumber: Desso

Source: Desso
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Awards Environmental Issues