omniture

HeHa Qi Health Companion Dilancarkan

LKK Health Products Group
2015-09-28 09:00 96

HONG KONG, 25 September 2015 /PRNewswire/ -- Pada 16 September, HeHa Digital Health Ltd. (HeHa), anggota LKK Health Products Group (LKKHPG), menganjurkan sebuah majlis pelancaran untuk produk terbaharunya, HeHa Qi Health Companion di Plaza Infinitus, Hong Kong. Tokoh-tokoh terkenal dan para pemimpin berpengaruh daripada pelbagai sektor serta wartawan berita turut hadir pada upacara tersebut.

Naib Presiden Kanan LKKHPG En. Eric Ng berinteraksi dengan para tetamu dan wakil media pada majlis pelancaran

En. Eric Ng. Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata, "HeHa Qi adalah produk utama untuk pengurusan kesihatan yang dicipta oleh HeHa pada tahun 2015. Sebagai sistem maklum balas kesihatan, ia memantau keadaan kesihatan pengguna dan mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian, bagi membantu mereka memperbaiki serta memupuk gaya hidup sihat."

HeHa Qi adalah hasil penyelidikan bersama antara HeHa dan National Central University di Taiwan. Ia menggunakan Teknologi HHT daripada NASA untuk memantau kesihatan. Selain itu, ia dipilih oleh Brigham and Women's Hospital daripada Universiti Harvard serta Fakulti Perubatan daripada Taiwan University sebagai peralatan khas untuk pembelajaran klinikal mereka.

Berbeza daripada teknologi PPG yang membaca nadi secara tidak langsung, HeHa Qi menggunakan Teknologi Elektrod Kering untuk memantau isyarat elektrokardiografi dengan tepat, yang membolehkannya memperoleh data untuk pelbagai parameter kesihatan seperti daya tahan, umur biologi, tekanan dan keseimbangan dengan pantas serta jitu. Hasilnya, ia boleh meramalkan keadaan kesihatan seseorang pengguna. HeHa Qi yang mudah dan pintar boleh memaparkan data yang dipantau menerusi skrin pada pergelangan tangan pengguna supaya mereka boleh memeriksa tahap kesihatan mereka tanpa mengira masa dan tempat.

Selepas memperoleh maklumat kesihatan dan analisis berkaitan, HeHa Qi menyediakan penyelesaian dari segi kesihatan kepada pengguna untuk menambah baik kesihatan mereka. Dengan fungsi yang boleh berhubung kepada Aplikasi HeHa, pengguna boleh mengamalkan senaman pernafasan tiga minitnya yang unik untuk mengurangkan tekanan darah yang tinggi dan mengurangkan tekanan mental, seterusnya meningkatkan ketahanan tubuh badan terhadap tekanan, selain keseimbangan mental serta fizikal.

Menerusi fungsi pemantauan tidur HeHa Qi, pengguna sentiasa dimaklumkan tentang kualiti tidur mereka. Melalui uji kaji yang dijalankan oleh Makmal Tidur di National Cheng Kung University di Taiwan, keputusan yang dibandingkan dengan kemudahan pemantauan tidur profesional, terbukti bahawa ketepatan fungsi pemantauan HeHa Qi mencecah 88%.

Selain itu, HeHa Qi mempunyai kapasiti bateri yang tinggi, dan sekali pengecasan membolehkannya berfungsi selama lebih 30 hari, prestasi terbaik berbanding para pesaingnya.

Berpegang pada misi "membantu orang ramai mencapai kehidupan yang lebih bahagia", HeHa kini menetapkan visinya untuk membawa gaya hidup sihat yang lebih hampir kepada pengguna dalam zaman internet mudah alih ini. Ketika mara ke hadapan, HeHa akan terus mengambil berat keperluan para pengguna dan menambah baik serta memperluas portfolio produknya, dengan tujuan untuk mewujudkan sebuah platform yang lebih menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas kesihatan selain terus mendukung aspirasi HeHa.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan dan jurucakap LKKHPG, berkata, "Inovasi akan sentiasa menjadi strategi korporat yang penting. Kemajuan teknologi dapat membantu menghasilkan peranti dan perkhidmatan yang lebih baik serta boleh dinikmati oleh para pengguna. HeHa telah membina platform internet mudah alihnya dengan memberi tumpuan kepada permintaan bersama iaitu kesihatan dan kegembiraan orang ramai, bagi membina ekosfera hidup yang bahagia."

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150925/0861509169

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital