omniture

Lumata Lancarkan Platform Pengiklanan 'Expression Target' untuk Syarikat Telekomunikasi

Lumata
2015-09-28 10:00 128

LONDON, 28 September 2015 /PRNewswire/ --

Lumata telah melancarkan produk baharu 'Expression Target' di bawah suit produk Expression untuk mencapai potensi pengiklanan data pelanggan syarikat telekomunikasi. Dengan penyelesaian layan diri ini, pengiklan atau agensi pengiklanan dapat menyasarkan kumpulan pelanggan berdaftar bagi sesebuah syarikat telekomunikasi untuk memasarkan inisiatif seperti mendorong aliran, meningkatkan kesedaran serta mendapatkan pelanggan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150924/10131261)

Penyelesaian ini bermatlamat untuk menyampaikan pengiklanan terperibadi, selamat dan bersasaran dengan hanya satu klik bagi pengiklan, sambil mengekalkan 100% privasi bagi semua PII (maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi) tentang pelanggan. Pembolehubah yang disasarkan termasuk umur, jantina, lokasi, jenis peranti, tingkah laku penggunaan, kuasa membeli dan kecenderungan gaya hidup, menjadikannya saluran pemerolehan yang hebat.

'Expression Target' membukakan saluran hasil baharu untuk syarikat telekomunikasi dan meletakkan syarikat telekomunikasi sebagai pemain penting dalam ekosistem pengiklanan mudah alih. Dengan pengalaman selama sedekad dalam pengiklanan mudah alih, Lumata mempunyai kedudukan tersendiri untuk menyokong syarikat telekomunikasi dalam usaha pengewangan data melalui pengiklanan.

Adhish Kulkarni, Ketua Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran, Lumata, berkata, "Ia merupakan situsi yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak iaitu pengiklan dan syarikat telekomunikasi yang mencari saluran hasil baharu dalam menghadapi pertumbuhan pegun atau merosot daripada produk suara dan pesanan ringkas tradisional. Pengiklan mempunyai peluang besar untuk menyasarkan pelanggan berdaftar daripada syarikat telekomunikasi sambil membolehkan syarikat telekomunikasi mengekalkan kerahsiaan identiti dan privasi data pelanggan."

Latar Belakang Lumata 

Lumata merupakan penyedia global terkemuka bagi pengurusan kitar hayat pelanggan masa nyata, pengiklanan, serta perisian dan perkhidmatan pengewangan data. Kami menyediakan kepada pengendali, jenama dan pengiklan dengan alat serta kepakaran pemasaran untuk mencapai nilai melalui data mereka.

Penyelesaian CLM daripada Lumata dikuasakan oleh Platform Expression, yang mencapai lebih 250 juta pelanggan di peringkat global setiap tahun. Expression dengan caranya yang tersendiri menyepadukan analitik prediktif, pengurusan kempen dan menawarkan modul pengoptimuman dalam antara muka tunggal, membolehkan pemasar mengkonfigurasi, melaksanakan dan menganalisis aktiviti CLM mereka dengan pantas.

Lumata telah ditubuhkan pada November 2011 dan disokong oleh Francisco Partners, sebuah firma ekuiti persendirian berfokuskan teknologi yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut tentang Lumata, sila kunjungi http://www.lumata.com

Sebarang pertanyaan media sila hubungi:

Rajdeep Singh (Pengurus Kanan Pemasaran)
Rajdeep.singh@lumatagroup.com
Lumata

Sumber: Lumata   

Source: Lumata
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services