BOLOGNA, Itali, 28 Sept. 2015 /PRNewswire/ -- Cersaie, Pameran Antarabangsa jubin Seramik dan kelengkapan bilik mandi, yang dianjurkan oleh Edi.Cer, dipromosikan oleh Confindustria Ceramica dan diadakan di Bologna Fiere, dimulakan pada Isnin 28 September hingga Jumaat 2 Oktober. http://www.cersaie.it/it/index.php
Program bagi edisi ke-33 akan datang ini terdiri daripada pelbagai acara, tetamu, wartawan, pengunjung, pengendali dagangan: 860 pempamer dari 39 buah negara berbeza, 319 pempamer bukan Itali; 491 buah syarikat jubin seramik, 214 kelengkapan bilik mandi, mengesahkan kepimpinan sedunia Cersaie.
Jadual ini melibatkan acara dan inisiatif penting, antaranya ia akan menampilkan Syarahan Utama yang disampaikan oleh pemenang Anugerah Pritzker 2002 Glenn Murcutt (Selasa 29 September) dalam program kebudayaan 'Membina, Mendiami, Berfikir', yang sejak tahun 2009 telah dianjurkan di pameran Cersaie, disertai oleh beratus-ratus penyampai, terutamanya daripada bidang reka bentuk bangunan, para arkitek dan para pereka antarabangsa yang baru membina nama serta tersohor, selain para profesor universiti dan juga para intelek.
Cersaie akan menampilkan budaya, tradisi dan sejarah serta rekaan Seramik melalui jadual perjalanan yang beremosi, yang mana para pengunjung dapat mengagumi produk-produk paling inovatif serta kehebatan Buatan Itali.
Untuk maklumat:
Andrea Serri
+39-0536-818111
E-mel pressoffice@cersaie.it