omniture

"Mencetus Idea" dengan Bamboo Spark: Merakam, Membentuk dan Berkongsi

Wacom Singapore Pte Ltd
2015-09-29 11:08 606

SINGAPURA, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Wacom® memperkenalkan Bamboo Spark, folio pintar yang membenarkan orang ramai mengambil nota dengan tulis tangan bagi merakam, membentuk dan berkongsi idea. Apabila sudah dilakar atas pad nota di Bamboo Spark, tiada idea akan hilang lagi. Hanya dengan menekan satu butang sahaja, produk baharu Wacom ini menyegerakkan semua yang telah ditulis atau dilakar ke Wacom Cloud, lalu menyimpannya untuk diperhalusi lagi pada masa yang lain.

Untuk menonton siaran multimedia lengkap, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_201509b.shtml 

Bamboo Spark dengan alat poket yang sedang digunakan
Bamboo Spark dengan alat poket yang sedang digunakan

 

 Bamboo Spark -- pandangan hadapan
Bamboo Spark -- pandangan hadapan

 

Bamboo Spark dengan lengan tablet -- Bahagian dalam
Bamboo Spark dengan lengan tablet -- Bahagian dalam

 

Bamboo Spark dengan poket gajet -- Bahagian dalam
Bamboo Spark dengan poket gajet -- Bahagian dalam

Dari Kertas Ke Awan Menjadi Nyata

Bamboo Spark membawakan pengambilan nota ke abad ke-21 dengan menawarkan cara yang mudah untuk merakam idea dengan dakwat fizikal serta digital bagi menyimpannya untuk disunting pada kemudian hari. "Bamboo Spark merupakan penyelesaian sempurna untuk sesiapa yang menghargai kebebasan dan keringkasan menggunakan pen dengan kertas bagi mengambil nota serta berkongsi idea," kata Mike Gay, naib presiden kanan untuk produk pengguna Wacom. "Tidak kira sama ada seorang profesional yang sibuk, seorang pelajar yang terhubung, atau penggemar hobi, Bamboo Spark akan mengikuti ke mana sahaja anda pergi, lalu memberi anda kebebasan untuk memilih waktu dan cara anda merakam idea. Daripada pengambilan nota di dalam kelas sehinggalah lakaran projek pengubahsuaian rumah, Bamboo Spark menyediakan cara yang mudah untuk merakam konsep anda di atas kertas kosong dan hanya dengan menekan satu butang sahaja, idea anda akan dihantar secara lancar ke awan untuk disunting atau dikongsi."

Bagaimana Ia Berfungsi

Bamboo Spark menggabungkan nikmat sentuhan pen dakwat tradisional dengan teknologi pen digital teras syarikat itu dalam pen pintar serta folio pintar. Produk ini membenarkan pengguna menulis dan melakar dengan pen dakwat tradisional Bamboo Spark pada kebanyakan kertas A5 (148 x 210 mm atau 5.83 x 8.27 inci). Papan EMR (Resonans Elektromagnet) folio pintar itu, yang berkomunikasi dengan pen Bamboo Spark, mempunyai teknologi yang sama yang boleh didapati pada produk-produk profesional jenama Wacom lain, menawarkan input digital terbukti serta hampir sempurna.

Proses untuk memulakannya adalah sangat mesra pengguna. Ini dilakukan dengan hanya memuat turun aplikasi Bamboo Spark pada peranti iOS atau Android dengan teknologi Pintar Bluetooth®. Seterusnya, pasangkan peranti dengan aplikasi itu dan mula jadikan idea satu kenyataan. Setiap lejang disimpan dalam aplikasi itu dengan hanya menekan butang di bahagian tengah peranti itu, menyimpan sehingga 100 halaman walau dalam mod luar talian. Kemaskan dan sunting nota dalam aplikasi Bamboo Spark atau pindahkannya ke Bamboo Paper, Evernote mahupun Dropbox. Akaun Wacom Cloud percuma menyediakan pengguna dengan akses kepada bahan pada pelbagai peranti. Caskan folio Bamboo Spark melalui USB untuk penggunaan berterusan selama kira-kira 8 jam. Pen Bamboo Spark mengandungi dakwat yang direka khusus untuk berfungsi serentak dengan teknologi EMR Wacom. Isian semula dakwat boleh didapati di Wacom eStore, dan boleh digunakan sehingga tiga bulan.

Pengenalan kepada Dakwat Internet

Bamboo Spark mendapatkan kelebihannya daripada ekosistem saling hubung Wacom yang tersendiri. Aplikasi Bamboo Spark bertanggungjawab untuk membuat rakaman digital dan pemindahan nota serta lakaran tulisan tangan secara terus ke mana-mana telefon pintar atau tablet yang dipasangkan. Suntingan ringan boleh dibuat dalam aplikasi Bamboo Spark. Buat para pengguna yang mencari pengalaman penyuntingan yang lebih mantap dan berkesan, Bamboo Paper, aplikasi catatan nota premium daripada Wacom, membenarkan pengguna tablet untuk mempertingkatkan karya digital mereka dengan dakwat sejagat WILL™. WILL, atau Wacom Ink Layer Language, bakal menjadi piawaian dalam industri yang menawarkan pengendalian input pen (lejang), tanpa mengira perisian, perkakasan, atau sistem pengendalian yang digunakan.

Hab untuk semua pemikiran kreatif, nota, dan lakaran dinamakan Inkspace. Inkspace merupakan gerbang web yang membenarkan pengguna melihat dan mengaturkan bahan mereka dalam satu tempat, juga boleh diakses daripada komputer meja atau komputer riba. Fail boleh disimpan dalam format .WILL, .jpg atau .pdf. Di luar ekosistem Wacom, penyegerakkan juga boleh dibuat dengan aplikasi seperti Evernote atau Dropbox.

"Pada tahun 2016, Wacom akan terus membina ciri-ciri perisian canggih untuk Bamboo Spark seperti pengenalan tulisan tangan dan aplikasi canggih yang lain," kata Gay. "Ini merupakan produk yang akan memenuhi permintaan pengguna dan berubah dengan keperluan pelanggan yang turut sama bertukar."

Ketersediaan dan Harga

Bamboo Spark didatangkan dalam tiga model, semuanya pada harga SGD 239. Bamboo Spark dengan poket gajet, dengan tempat untuk membawa telefon pintar, pen, kad perniagaan, dan kertas; Bamboo Spark dengan ruang selit tablet, dibuat daripada neoprene premium, menyediakan ruang untuk tablet dan/atau telefon pintar, pen dan kertas; serta Bamboo Spark dengan poket katup untuk iPad Air 2, direka khas untuk iPad Air 2, pen dan kertas. Kartrij dakwat boleh didapati dalam pek tiga kotak dengan harga SGD 14.95. Bamboo Spark dan aksesorinya dijangka akan dihantar pada bulan Oktober daripada eStore Wacom (store.wacom.sg) dan peruncit elektronik lain.

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom merupakan syarikat global berpangkalan di Jepun (Tokyo Stock Exchange 6727) dengan anak-anak syarikat dan pejabat-pejabat sekutu di seluruh dunia untuk menyokong pemasaran serta pengedaran di lebih 150 buah negara. Visi Wacom untuk merapatkan manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya pengeluar utama dunia bagi tablet pen dan paparan interaktif selain stilus digital serta penyelesaian untuk menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi maju peranti input intuitif Wacom telah digunakan untuk menghasilkan antara karya seni digital, filem, kesan khas, fesyen dan rekaan paling mengujakan di seluruh dunia serta menyediakan teknologi antara muka utama mereka untuk perniagaan dan pengguna kediaman memperlihatkan personaliti mereka.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia menggunakan teknologi pen digital sensitif tekanan tanpa wayar dan bebas bateri untuk mengendalikan telefon pintar, tablet media atau komputer meja mereka untuk meluahkan kreativiti individu. Syarikat ini turut menawarkan produknya sebagai penyelesaian OEM kepada para pengeluar utama yang memenuhi keperluan pasaran tambahan. Teknologi antara muka Wacom, digelar teknologi Wacom feel IT, turut ditawarkan sebagai penyelesaian bersepadu kepada rakan kerjasama strategik. Kebanyakan pengeluar PC Tablet bergantung kepada ciri-ciri canggih dan keandalan jenama ini untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang hebat.

Wakil Akhbar:

Daphne Tan
Wacom Singapore Pte Ltd
+65 92333 2370
Daphne.tan@wacom.com.sg

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505654-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505654-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505654-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505654-d

Source: Wacom Singapore Pte Ltd
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services