omniture

Syngenta Malaysia Lancarkan Racun Kulat FILIA(TM) Baharu untuk Melindungi Tuaian Padi Petani

Syngenta Crop Protection Sdn Bhd.
2015-09-29 16:42 2625

SHAH ALAM, Selangor, Malaysia, 29 September 2015 /PRNewswire/ --

  • Racun kulat FILIA baharu untuk melindungi tuaian padi daripada penyakit Karah Tangkai
  • Melengkapi tawaran terunggul industri sedia ada Syngenta kepada penanam padi
  • FILIA mengandungi dua AI terbaik untuk membantu tanaman padi kekal bebas penyakit

Syngenta hari ini melancarkan FILIA di Malaysia pada acara yang berlangsung selama tiga hari dengan dihadiri oleh para penanam padi dari seluruh negara.

FILIA, sejenis racun kulat menawarkan penanam padi dengan perlindungan tanpa tandingan daripada Karah Tangkai, penyakit yang menyerang tanaman padi sejurus sebelum penuaian. Amalan penanam semasa tidak mencukupi untuk melindungi tanaman padi daripada penyakit ini dan ramai petani telah mengalami kerugian tuaian padi akibat daripadanya. Racun kulat baharu ini akan melengkapi penawaran mengungguli pasaran sedia ada Syngenta kepada penanam padi di Malaysia.

Mong Yang Tan, Ketua Unit Komersial, Syngenta Malaysia, berkata: "Penting untuk para petani mendapat akses kepada teknologi terbaik bagi tujuan melindungi tanaman mereka. FILIA akan menawarkan petani padi dengan bantuan terbaik untuk membasmi penyakit Karah Tangkai sambil memaksimumkan pulangan mereka. Sebagai sebahagian daripada acara pelancaran kami akan turut mendidik petani tentang blas dan cara untuk mereka melindungi tanaman mereka dengan lebih baik."

FILIA mengandungi ramuan aktif (AI) Tricyclazole, peneraju pasaran dalam mengawal blas. Ia turut mengandungi AI Propiconazole yang dapat melindungi daripada penyakit tanaman lain dan turut menawarkan ciri-ciri peningkatan tanaman, memastikan leher padi kekal kuat sehingga masa penuaian.

Syngenta Malaysia beriltizam untuk menyediakan penyelesaian pertanian terbaik dan pengetahuan agronomi kepada para petani di Malaysia.

Syngenta merupakan sebuah syarikat pertanian utama global yang membantu meningkatkan keselamatan makanan global dengan membolehkan berjuta-juta petani menggunakan sumber tersedia dengan lebih baik. Melalui sains bertaraf dunia dan penyelesaian tanaman yang inovatif, 28,000 kakitangan kami di lebih 90 buah negara berusaha untuk mengubah kaedah tanaman ditanam. Kami komited untuk menyelamatkan tanah daripada mengalami degradasi, meningkatkan kepelbagaian bio dan menggiatkan masyarakat luar bandar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut kunjungi www.syngenta.com dan www.goodgrowthplan.com. Ikuti kami di Twitter® melalui www.twitter.com/Syngenta

Syngenta Crop Protection Sdn Bhd.

MR1-02-02, Sri Acappella Commercial Annex, No. 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, 
Selangor, Darul Ehsan
Tel: +603-55109878 / 603-55106878
Faks: +603-55102818

Wakil media:

Jonathan Parry
Pengurus Hal Ehwal Korporat, ASEAN
Syngenta Asia Pacific
Tel: +65 6333 6400
Jonathan.parry@syngenta.com

www.syngenta.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150925/8521506344Logo

Source: Syngenta Crop Protection Sdn Bhd.
Related Links:
Keywords: Agriculture Chemical New products/services