omniture

Mengumumkan The Park Bel Air, sebuah Pembangunan Kediaman Binaan Khas oleh Domvs London dan Junius Real Estate Partners

Domvs London
2015-09-29 20:00 303

LONDON, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Domvs London, pemaju hartanah kediaman yang sangat mewah, telah mewujudkan usaha sama dengan Junius Real Estate Partners, sebuah unit pelaburan hartanah dalam J.P. Morgan Private Bank, untuk mengambil alih tapak seluas 11 ekar perdana di selatan Bel Air yang dikenali sebagai The Park Bel Air. Usaha sama itu bertujuan untuk memberikan pengalaman hidup paling mewah di dunia untuk golongan terpilih, melalui pewujudan tiga estet besar. Estet-estet tersebut, terletak di tengah-tengah 'Segitiga Platinum' Los Angeles yang berprestij (Bel Air, Beverly Hills, dan Holmby Hills), akan memuatkan kediaman siap guna terperibadi yang luas sehingga berukuran 61,000 kaki persegi setiap satu, menawarkan privasi, keselamatan, serta pemandangan Lautan Pasifik, bandaraya dan juga ngarai.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150924/270399 )

Kurt Rappaport, Pengasas bersama dan Pemilik, Westside Estate Agency, menyatakan, "Estet berkaliber seperti ini di Los Angeles jarang berada dalam pasaran, apatah lagi koleksi sebanyak tiga buah di Bel Air lama yang dipersembahkan dengan penuh cita rasa seperti The Park Bel Air. Permintaan terhadap hartanah dalam ruang pasaran ini, domestik dan luar pesisir, terus mengatasi bekalan. Tiada siapa patut terkejut untuk menyaksikan trend jualan hartanah perdana melebihi $50 juta di Segitiga Platinum masih berterusan.

"The Park Bel Air merupakan pembangunan mercu tanda di salah satu hartanah yang sangat mewah di Los Angeles. Kami teruja untuk mengusahakan koleksi hartanah mengujakan yang tiada bandingan ini." 

Jon O'Brien, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Domvs London, mengulas, "Kami menyediakan untuk para pembeli bernilai bersih amat tinggi dengan pilihan gaya hidup terperibadi yang mana setiap aspek daripada estet mereka boleh diatur dengan penuh citarasa.

"Apabila dibandingkan dengan pasaran hartanah yang sangat mewah lain seperti New York, London atau Monaco, hartanah dengan kualiti, spesifikasi serta nilai seumpama ini amat jarang ditemui dalam ruang tahap tinggi bagi pasaran kediaman Los Angeles."

Pasukan pembangunan Domvs London, yang diketuai oleh Pengasas dan Pengarah Kreatif Gavin Brodin, menggabungkan seni bina dan reka bentuk yang mengungguli kategorinya bersama pasukan pembinaan yang bersedia untuk menyampaikan, mengikut permintaan, kediaman siap guna terperibadi sepenuhnya dengan kadar segera. Setelah mendapatkan permit akhir sebelum penerimaan sekatan baharu Bandaraya Los Angeles terhadap pembangunan kediaman besar, The Park Bel Air memperlihatkan salah satu peluang terakhir untuk membangunkan kediaman dengan kualiti dan skala ini di Bel Air.

http://www.TheParkBelAir.com

Sumber: Domvs London

Source: Domvs London
Keywords: Real Estate Residential Real Estate Joint ventures New products/services