omniture

Minggu Iklim Bandar Raya New York Berakhir Dengan Pemimpin Yakin Persetujuan COP21 ketika Pakatan Mewakili 6 Juta Syarikat Mengumumkan Sokongan

The Climate Group
2015-09-30 02:14 345

NEW YORK, 30 September 2015 /PRNewswire/ --

Pemimpin perniagaan dan subnasional rancang program untuk mengurangkan emisi, menyeru perunding untuk menyamai wawasan mereka  

Tokoh-tokoh utama yang akan membentuk keputusan persidangan iklim PBB pada December ini di Paris berhimpun di Bandar Raya New York semalam bersama para pemimpin perniagaan dan subnasional yang merancang komitmen besar untuk mengurangkan emisi serta menyeru para perunding di Paris untuk menyamai cita-cita mereka.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271612 )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271611LOGO )

Acara tersebut berlangsung serentak dengan iklan Financial Times daripada organisasi-organisasi yang bekerjasama dengan 6 juta syarikat yang menyeru ke arah persetujuan iklim yang bercita-cita tinggi.

Todd Stern, Utusan Khas Presiden Obama bagi Perubahan Iklim, berkata:

"Kini adalah masa yang paling sesuai bagi persetujuan sejagat yang bersejarah [di Paris] berbanding sebelum ini. 

"Jadi, marilah kita berusaha bersama-sama. Kekalkan tumpuan kita kepada sasaran. Dan marilah kita mencapai tujuan kita."

Prakash Javadekar, Menteri Alam Sekitar India mengesahkan penerbitan INDCnya pada 1 Oktober, berkata:

"Saya yakin Paris akan menjadi satu kejayaan. Kita mesti memastikan semakan tahunan supaya tidak berlaku kemerosotan semula. India beriltizam untuk membina masa depan ekonomi yang hijau kerana ini akan membantu pembasmian kemiskinan."

Laurence Tubiana, Duta Khas Kerajaan Perancis untuk COP21, berkata:

"Saya telah menyaksikan perubahan yang besar berbanding tahun-tahun yang lalu, terutamanya dengan mobilisasi perniagaan, bandar-bandar dan kerajaan subnasional. Ramai pemimpin dunia kini turut menyeru ke arah penyahkarbonan yang menyeluruh, memberikan isyarat positif serta mewujudkan suasana untuk mencapai kejayaan."

Turut berucap di acara tersebut adalah syarikat-syarikat yang mengumumkan rancangan untuk beralih kepada 100% tenaga boleh diperbaharui, menyertai RE100 serta menerima sasaran karbon baharu, termasuk Walmart, Procter & Gamble, Nike, Goldman Sachs, Siemens, Philips, IKEA, Kellogg, SkyPower dan BT.

Christiana Figueres, Setiausaha Eksekutif UNFCCC, berkata:

"Kekayaan luar biasa tindakan iklim yang diumumkan oleh kerajaan-kerajaan, bandar-bandar, para pelabur dan syarikat-syarikat semasa Minggu Iklim 2015 adalah amat menakjubkan. Keyakinan semakin memuncak menjelang Paris dan persetujuan iklim sejagat baharu."

Minggu Iklim NYC dianjurkan oleh The Climate Group dan merupakan acara antarabangsa tahunan yang menghimpunkan kerajaan-kerajaan, para pelabur, syarikat-syarikat, para penginovasi dan para pembentuk pendapat utama. Mark Kenber, Ketua Pegawai Eksekutif, The Climate Group, berkata:

"Kini adalah masa terbaik untuk bergerak. Persetujuan di Paris kini amat berkemungkinan untuk berlaku, dan berdasarkan komitmen perniagaan-perniagaan penting serta rantau-rantau ekonomi utama, kita mungkin berada di ambang peralihan besar kepada ekonomi berkarbon rendah yang makmur."

Beth Woodthorpe-Evans | The Climate Group
+44(0)207960 2970
media@theclimategroup.org

Sumber: The Climate Group

Source: The Climate Group
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Environmental Policy