omniture

Bar Refaeli, Lapo Elkann dan Pelé, Duta-duta Jenama, Hadiri Perasmian Bangunan Pengeluaran Kedua Hublot

HUBLOT
2015-09-30 05:38 287

NYON, Switzerland, 30 September 2015 /PRNewswire/ --

Agar terus seiring dengan peningkatan permintaan dan mengekalkan pertumbuhan vertikal pengeluarannya, Hublot telah merasmikan bangunan keduanya hari ini-hanya enam tahun selepas membuka kilangnya pada tahun 2009. Ini menggandakan luas permukaan pusat pengeluaran di Nyon itu.

Satu temu janji telah ditetapkan setahun setengah yang lalu setelah pecah tanah dilakukan di tapak dan… kini kami di sini! Pada 29 September, Jean-Claude Biver, Pengerusi Hublot dan Presiden Divisyen Jam Tangan LVMH Group, serta Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, merasmikan bangunan pengeluaran besar kedua milik Hublot. Tiga ratus orang tetamu dari seluruh dunia termasuk duta-duta, para tetamu VIP, rakan-rakan jenama dan wartawan telah menghadiri majlis tersebut. Bersama mereka adalah Bar Refaeli, Lapo Elkann dan Pelé, semuanya merupakan duta-duta jenama Hublot, yang telah hadir untuk meraikan pencapaian bersejarah bagi jenama itu. Mereka mengambil bahagian dalam acara pertunjukan untuk menyerahkan kunci daripada bangunan sedia ada kepada bangunan baharu. Majlis itu dimulakan dengan Pelé, diikuti dengan satu "gol" oleh Michel Pont bagi menghasilkan Big Bang yang besar. Ini diikuti dengan ketibaan hebat Bar Refaeli yang bergerak antara bangunan H1 dan H2 melalui laluan gaya Formula 1™, seperti yang biasa dilihat di litar-litar Grand Prix seluruh dunia, menyediakan akses terus antara kedua-dua bangunan.

  (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271244 )
  (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271245 )
  (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271246 )
  (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271247 )
  (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271248 )

Acara ini melancarkan kempen di 73 gedung Hublot di seluruh dunia untuk meraikan ulang tahun ke-10 koleksi Big Bang yang ikonik itu.

Penambahan ini juga adalah amat simbolik bagi jenama itu-ia menyaksikan perluasan dan kejayaannya. 8,000 m2 permukaan yang mana Hublot akan menempatkan 100 stesen kerja sepanjang 5 tahun akan datang! Ini akan memberikan syarikat itu dengan tenaga kerja melebihi 400 orang di Switzerland. Projek tersebut mewakili pelaburan sebanyak 20 juta franc Swiss untuk syarikat itu.

Unit baharu ini, yang terletak bersama bangunan pertama, dikhususkan terutamanya untuk penghasilan komponen bagi tujuan proses pengeluaran dan penghasilan badan jam. Bengkel-bengkel mikromekanik, kesemua mesin CNC, hiasan, penyaduran elektrik, bengkel mekanikal dan pembersihan am, antara lainnya, telah dipasang berserta bahagian khidmat lepas jualan serta sebahagian daripada jabatan pentadbiran di premis baharu pada bulan Ogos.

Pautan kepada video: https://youtu.be/Kgt7P7Nnqqc

Annabelle GALLEY
Pengurus Perhubungan Awam Antarabangsa
a.galley@hublot.ch
Talian terus +41(0)22-999-14-63

Sumber: HUBLOT

Source: HUBLOT
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Corporate Expansion