omniture

Huawei, Vogue China dan Fornasetti Berkolaborasi untuk Jam Tangan Edisi Khas, Direka oleh Barnaba Fornasetti

Huawei
2015-09-30 06:11 371

MILAN, 30 September, 2015 /PRNewswire/ --

Diberikan sebagai hadiah eksklusif kepada para tetamu parti ulang tahun kesepuluh Vogue China sempena Minggu Fesyen Milan, rekaan ini menandakan permulaan platform rekaan Huawei yang bersumberkan orang ramai

Huawei Consumber Business Group (BG) hari ini memperkenalkan jam tangan edisi khasnya yang pertama, digayakan oleh pereka terkemuka Itali Barnaba Fornasetti untuk para tetamu sempena sambutan ulang tahun kesepuluh Vogue China. Hadiah ini mewakili kolaborasi antara Huawei, Vogue China dan Fornasetti yang menyatukan seni, reka bentuk dan teknologi moden dengan sempurna.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7639851-huawei-special-edition-watch-fornasetti/

Jam tangan yang direka oleh Fornasetti itu membolehkan pengguna kekal terhubung di mana-mana mereka berada, dengan pemberitahuan panggilan, mesej teks, mesej segera dan juga e-mel.

Rekaan muka jam tangan Fornasetti yang eksklusif itu termasuk motif "Tema e Variazioni" Fornasetti yang ikonik, dengan tali jam tangan dan kotak yang disertakan kedua-duanya direka menggunakan "Malachite" hijau klasik, yang tipikal bagi rekaan Fornasetti. Kotak itu turut menampilkan lubang kunci Fornasetti yang mudah dikenali.

Jam tangan premium ini menggabungkan rekaan estetika abadi dengan teknologi pintar yang terkandung di dalamnya.

Jam tangan edisi khas ini hanya akan tersedia sebagai hadiah kepada para tetamu parti ulang tahun kesepuluh Vogue China, ditaja oleh Huawei, yang menandakan tamatnya Minggu Fesyen Milan. Jurugambar fesyen terkenal dunia Mario Testino, dan supermodel Karlie Kloss serta Sean O'Pry, yang tampil dalam kempen iklan dan juga sesi fotografi Huawei Watch, akan turut menghadiri acara eksklusif itu.

Bersempena pengenalan jam tangan Fornasetti untuk Vogue China itu, Huawei melancarkan platform 'Rekaan Dikuasakan Oleh Huawei' http://consumer.huawei.com/design untuk para pereka dan artis untuk menghantar ciptaan mereka melalui laman sesawang. Sama ada rekaan dengan kulit khas untuk produk-produk sedia ada seperti jam tangan itu, ataupun gambaran produk-produk akan datang seperti telefon pintar atau jam pintar masa depan, Huawei teruja untuk melihat apa yang dihasilkan oleh komuniti reka bentuk.

Estetika rekaan klasik dibina dengan teknologi pintar 

Direka menggunakan bahan-bahan canggih, semua edisi jam tangan Huawei itu menampilkan paparan AMOLED sensitif sentuhan 1.4 inci berbentuk bulat sepenuhnya, yang disalut kaca kristal nilam tahan calar (pilihan utama dalam kalangan pengeluar jam tangan Swiss) serta rangka keluli tahan karat ditempa sejuk.

Seutas jam tangan premium, rekaannya benar-benar melambangkan ruang yang mana fesyen bertemu teknologi. Muka jam tangan itu diperbuat daripada kristal nilam tahan calar dan berukuran diameter 42mm, yang merupakan dimensi tradisional untuk jam tangan.

Mampu memuat turun muzik untuk dimainkan secara luar talian, dan dengan keterhubungan Bluetooth untuk fon kepala tanpa wayar, ia merupakan teman larian yang sempurna. Sensor kadar denyutan nadi dapat mengukur kadar denyutan nadi dengan tepat, manakala sensor pergerakan 6 Paksi dapat menjejak aktiviti termasuk berjalan, berlari dan memanjat tangga.

Menyatukan dunia fesyen dan teknologi

Jenama Fornasetti klasik bermula pada abad kedua puluh dan telah dimulakan oleh Piero Fornasetti, ditampilkan sebagai 'pereka impian'. Dari segi idea dekoratif, penghasilan objek dan perabot Fornasetti merupakan antara yang terbesar bagi abad ke-20. Anak lelaki Fornasetti, Barnaba, meneruskan tradisi Fornasetti dengan menghasilkan dan mencipta semula rekaan Fornasetti, berkongsi visi artistik sebenar bapanya serta asal-usul dalam pendekatan bertukang.

Motif "Tema e Variazioni", yang terdapat pada rekaan muka jam tangan Huawei itu, diilhamkan oleh penyanyi opera Itali abad ke-19 iaitu Lina Cavalieri. Imej ini dipilih oleh Fornasetti berdasarkan sebab yang sama beliau memilih perlambangan ikonik beliau: kerana kecantikannya yang klasik dan formal. Wajah Lina melengkapi rekaan abadi jam tangan Huawei itu dan terus melambangkan pautan fesyen serta teknologi.

Barnaba Fornasetti berkata tentang rekaan jam tangan Huawei beliau: "Jenama Fornasetti terbina berdasarkan pencetusan semula dan penciptaan semula rekaan serta objek klasiknya, memberikan tujuan baharu dan juga sentiasa mengekalkan pendekatan bertukang. Wajah Lina merupakan sebahagian daripada legasi bapa saya dan untuk mengukuhkan rekaannya yang abadi, saya memutuskan untuk menggunakannya dalam produk canggih yang menjaga masa".

Glory Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran, Huawei Consumer BG, berkata tentang rekaan jam Fornasetti itu: "Kolaborasi bersama Fornasetti ini merupakan permulaan perjalanan yang mengujakan buat Huawei, menyampaikan hubungan antara teknologi inovatif dan seni, rekaan serta budaya. Ini merupakan yang pertama daripada pelbagai kolaborasi kebudayaan yang mengujakan ketika kami berusaha untuk menjadi penginovasi dalam bidang kesenian."

Ketersediaan dan Aksesori  

Model standard Huawei Watch akan tersedia di lebih 20 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Norway, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Emiriah Arab Bersatu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://consumer.huawei.com/minisite/worldwide/huawei-watch/

Untuk kemas kini tetap tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/huaweidevice 
Twitter: https://twitter.com/HuaweiDevice 
Google: https://plus.google.com/+HuaweiDevice  
YouTube: https://www.youtube.com/huaweidevice 
Flickr: https://www.flickr.com/photos/huaweidevice/

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group 

Menjelang tahun 2014, produk dan perkhidmatan Huawei telah merangkumi lebih 170 buah negara dan satu pertiga daripada populasi dunia. Penghantaran telefon pintar Huawei tersenarai di kedudukan ketiga di dunia pada tahun 2014. Huawei memiliki 16 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan di AS, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer Business Group merupakan salah satu daripada tiga perniagaan dalam Huawei, terdiri daripada telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman dan perkhidmatan awan. Berdasarkan lebih 20 tahun kepakaran Huawei dalam industri telekomunikasi, dibina melalui rangkaian global Huawei, operasi seluruh dunia dan rakan kerjasama perniagaan, Huawei Consumer Business Group berdedikasi untuk menyediakan teknologi terkini kepada para pengguna dan membawakan kegembiraan kemajuan teknologi kepada masyarakat di seluruh dunia. Huawei mengotakan janjinya dan memenuhi impian semua. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi: http://consumer.huawei.com

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271357 )

For a full selection of images from the Vogue China 10th anniversary party, visit: http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr297633667

Sumber: Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Retail New products/services