omniture

Timbalan Panglima Tentera Laut daripada Tentera Laut Diraja Malaysia bakal Adakan Persidangan Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai Tahunan kali ke-12 di Kuala Lumpur pada Disember

IQPC Worldwide Pvt Ltd.
2015-09-30 10:30 292

SINGAPURA, 30 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- Defence IQ, Divisyen IQPC Asia, dengan sukacitanya mengumumkan pengesahan rasmi dan sokongan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersempena dengan persidangan Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai kali ke-12 yang akan datang iaitu pada 1-2 Disember di Kuala Lumpur, Malaysia.

Laksamana Madya Dato' Seri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Baharuddin, Timbalan Panglima Tentera Laut, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyampaikan ucap utama pembukaan bagi persidangan itu.

Setelah menyaksikan acara tersebut berlangsung di Singapura sejak 11 tahun lalu, kerjasama itu menyaksikan acara antarabangsa dan serantau itu membuat kemunculan pertama di Malaysia, dengan TLDM menyertainya sebagai tuan rumah Tentera Laut bagi persidangan tersebut.

Dalam surat rasmi yang ditandatangani oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Laksamana tersebut mengalu-alukan cadangan IQPC Asia untuk menganjurkan acara tersebut di Malaysia, dan menyatakan persidangan tersebut akan menjadi peluang yang baik untuk TLDM 'memperoleh pengetahuan serta berkongsi pengalaman kami untuk kebaikan bersama dalam kalangan komuniti maritim'.

"Kami merasakan ini merupakan peluang hebat untuk IQPC berkolaborasi dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan memanfaatkan persidangan tahun ini sebagai platform serantau untuk Tentera Laut serta Pengawal Pantai bersatu dan juga berhubung dalam dialog yang membina bagi mengatasi cabaran dalam persekitaran keselamatan maritim yang berubah di rantau Asia Pasifik," tambah Joshua Lim, Ketua Portfolio Pertahanan dan Kerajaan di IQPC.

Bersama perwakilan kanan dan penyertaan daripada TLDM, persidangan itu akan turut menampilkan lebih 250 pegawai tentera berpangkat tinggi daripada MMEA, MIMA, serta Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand, New Zealand, Filipina dan lain-lain. Fokus penting bagi persidangan tahun ini adalah menggalakkan kerjasama antara agensi dan menganalisis kemampuan serta keperluan teknologi Tentera Laut dan juga Pengawal Pantai di Laut China Selatan.

Bersama para hadirin tentera adalah penyampai kepintaran pasaran neutral daripada Janes IHS dan S. Rajaratnam School of International Studies. Pemain penting industri termasuk SAAB, Damen, Terma, GEM Elettronica, Aerodata dan Indra juga telah mengesahkan kehadiran mereka ke acara yang bakal menjadi persidangan keselamatan dan pengawasan maritim terbesar di Asia Pasifik tahun ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan persidangan Keselamatan Maritim dan Pengawasan Pantai Tahunan kali ke-12, kunjungi www.coastalsurveillancemda.com atau e-melkan kepada: enquiry@iqpc.com.sg

Latar Belakang Pusat Kualiti dan Produktiviti Antarabangsa (IQPC)

IQPC merupakan syarikat persidangan skala besar terbesar dunia dan sebahagian daripada kumpulan PLS, salah satu penyedia utama dunia bagi kepintaran perniagaan berstrategi dengan 16 buah pejabat di seluruh dunia. Divisyen persidangan kami dengan konsisten mengatasi para pesaing sektor industri mereka dari segi kualiti acara yang kami hasilkan dan hubungan yang kami pupuk bersama para perwakilan serta pihak penaja. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.iqpc.com

Hubungi: Dhiraj Bhanushali
Tel. +65-6722-9443
E-mel: Dhiraj.Bhanushali@iqpc.com.sg

Source: IQPC Worldwide Pvt Ltd.
Keywords: Aerospace/Defense Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news