omniture

enSilo dan ARIM Technologies Adakan Bengkel Perisian Hasad & Serangan Bersasaran Canggih di Singapura Sebagai Respons kepada Ancaman Keselamatan Siber yang Meningkat di Asia

enSilo
2015-10-01 01:14 206

SAN FRANCISCO, Oktober 1, 2015 /PRNewswire/ -- enSilo, sebuah syarikat keselamatan siber yang menyediakan platform pencegahan penyusupan keluar data masa-nyata, menganjurkan Bengkel Perisian Hasad & Serangan Bersasaran Canggih di Singapura. Bengkel itu telah disampaikan secara bersama oleh enSilo dan ARIM Technologis sebagai respons kepada risiko serangan keselamatan siber yang semakin meningkat terhadap syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi Asia. Menurut Laporan Impak Siber Asia Pasifik (APAC) 2015, 44% daripada responden perniagaan di rantau Asia Pasifik menjangkakan pendedahan terhadap risiko siber akan meningkat dalam dua tahun akan datang.

"Kekerapan, keseriusan dan kos serangan siber terus meningkat di seluruh dunia dan syarikat-syarikat di rantau Asia Pasifik tidak imun kepada ancaman siber global ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif enSilo Roy Katmor. "Jumlah insiden yang meningkat memerlukan lebih banyak tindakan dan pengetahuan. Itulah yang kami tangani dalam bengkel ini – bukan sekadar ancaman siber yang patut diawasi oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi, tetapi juga pengetahuan teknikal yang mereka perlukan untuk menangani dengan betul ancaman siber yang sedang tersebar dan berlaku."

enSilo keluar daripada mod tersembunyi pada Mac 2015 dan baru-baru ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri A sebanyak $10 juta daripada Lightspeed Venture Partners dan Carmel Ventures. Syarikat ini mengubah paradigma keselamatan siber dengan beroperasi melalui tanggapan bahawa pelaku ancaman luar tidak boleh dihalang daripada menyusup masuk ke dalam rangkaian, sebaliknya menumpukan kepada cara mencegah penyusupan keluar dan tebusan data kritikal dalam kejadian serangan siber. Dengan teknik tampalan maya unik enSilo yang hanya menyekat komunikasi keluar yang memberi ancaman, kakitangan dapat meneruskan kerja seperti biasa pada peranti yang diserang ketika serangan itu ditangani.

Bengkel itu diketuai oleh veteran berpengalaman dalam bidang keselamatan siber, termasuk tiga pengasas enSilo – Roy Katmor (Ketua Pegawai Eksekutif), Udi Yavo (Ketua Pegawai Teknologi), Tomer Bitton (Naib Presiden Penyelidikan) - selain Ivan Goh (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama ARIM Technologies) serta Liad Mizrachi (Pakar Perisian Hasad dan Keselamatan Siber untuk ARIM Technologies). Acara ini melibatkan pelbagai perbincangan teknikal dan sesi amali yang menumpukan kepada forensik perisian hasad untuk melengkapi peserta dengan kemahiran, pengetahuan serta maklumat untuk menyediakan perniagaan mereka dengan lebih baik bagi menentang ancaman serangan siber. Tempat untuk bengkel itu diisi penuh dalam tempoh 48 jam – ini menunjukkan peningkatan kesedaran tentang keperluan untuk mendapatkan perlindungan canggih serta mantap daripada serangan siber di rantau Asia Pasifik.

"Penyerang siber terus mencipta cara serangan baharu serta semakin kreatif, dan tanpa peluang untuk mempelajari tentang teknologi baharu untuk membantu menghadapi ancaman siber yang terus berubah, organisasi-organisasi di Asia berhadapan dengan risiko untuk terdedah kepada ancaman ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif ARIM Technologies Ivan Goh. "Maklum balas konsisten yang telah saya terima melalui penglibatan dengan organisasi-organisasi di Asia Pasifik adalah terdapatnya keperluan yang meningkat terhadap sumber, pengetahuan dan teknologi untuk berdepan dengan serangan canggih. Semasa bengkel ini, kami telah berkongsi pengetahuan kami tentang kaedah serangan baharu selain teknologi baharu."

Latar Belakang enSilo

enSilo menawarkan platform pencegahan penyusupan keluar bersasaran masa nyata yang membezakan dengan tepat sambungan sah daripada sambungan berbahaya pada saat sambungan itu terhubung. Penyelesaian daripada enSilo menyediakan tampalan maya daripada ancaman bersasaran canggih, membolehkan kakitangan terus bekerja seperti biasa ketika serangan ke atas peranti sedang ditangani. enSilo disokong kewangannya oleh Lightspeed Venture Partners dan Carmel Ventures.

Latar Belakang ARIM Technologies

ARIM Technologies memperkenalkan inovasi dan teknologi generasi akan datang daripada syarikat-syarikat baharu di seluruh dunia ke pasaran Asia Pasifik. Perusahaan baharu bukan Asia kebiasaannya akan menjurus ke Barat. Rantau Asia Pasifik, dengan landskap kebudayaan dan politiknya yang pelbagai, menjadi wilayah yang mencabar bagi pelaburan awal untuk perusahaan baharu. Dengan itu, para pelanggan perusahaan Asia tidak berpeluang untuk mengalami dan melabur dalam teknologi baharu pada peringkat awal pembangunannya. ARIM Technologies berusaha menangani perkara ini dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat baharu, dan memperkenalkan inovasi serta teknologi mereka kepada para pelanggan Asia, pada masa yang sama mereka diperkenalkan kepada para pelanggan AS dan juga Eropah.

Maklumat Hubungan:
Leora Katz
leora@headline-media.com
US: +1-917-724-2650
UK: +44-203-734-1145

Source: enSilo
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Survey, Polls & Research Trade show news