omniture

Pacific Mutual Membayar Agihan Pendapatan Sebanyak RM14.6 Juta

Pacific Mutual Fund Bhd
2015-10-01 14:51 187

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dan kepakaran dalaman untuk mengurus pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, mengumumkan agihan pendapatan untuk tiga dana berjumlah RM14.6 juta.

Teh Chi-cheun, Executive Director, Chief Executive Officer and Chief Investment Officer of Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun, Executive Director, Chief Executive Officer and Chief Investment Officer of Pacific Mutual Fund Bhd

Para pelabur dana-dana berikut bakal menerima agihan pendapatan untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2015:

 Pacific Premier Fund

-

5.50 sen seunit

 Pacific Income Fund

-

3.00 sen seunit

 Pacific Cash Fund

-

0.40 sen seunit (agihan suku tahunan)



(jumlah 1.30 sen seunit agihan tahunan)

Menurut Teh Chi-cheun yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Pelaburan dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, "Pengagihan ini bersamaan dengan kadar hasil sebanyak 6-9% untuk mandat-mandat ekuiti. Bursa tempatan pula mencatatkan kerugian dua angka bagi tempoh yang sama. Pengurusan risiko/pulangan Dana-dana secara berhati-hati serta keputusan pelaburan yang diselidik terdahulu oleh pengurus-pengurus dana kami membuktikan bahawa pulangan yang munasabah mampu dijana dalam keadaan pasaran turun naik."

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan September 2015, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.6 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian.

HUBUNGAN MEDIA:
Cindy Leong
03 - 7725 9877 sambungan 238
cindy@pacificmutual.com.my

Cindy Thean
03 - 7725 9877 sambungan 226
cthean@pacificmutual.com.my 

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151001/8521506490

 

 

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds