omniture

Yayasan SBI - Usaha Besar State Bank ke arah Kedermawanan

State Bank of India
2015-10-02 03:41 287

MUMBAI, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- State Bank of India (SBI) telah menubuhkan Yayasan SBI, sebuah anak syarikat bukan berasaskan keuntungan bagi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seluruh State Bank Group.

Smt. Arundhati Bhattacharya, Pengerusi, berkata, "Kami di State Bank of India merupakan penyambung tradisi khidmat sosial yang hebat. Sejak sekian lama Bank ini telah menggunakan sebahagian keuntungannya untuk mendekati dan membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam pelbagai cara. Oleh itu, kami telah melancarkan Yayasan SBI dengan tujuan untuk memastikan tradisi ini diteruskan dalam cara yang paling cekap dan memberikan impak sebaik mungkin. Pada hari ini kami berikrar yang kumpulan kami akan terus berusaha dalam bidang-bidang Pendidikan, Kesihatan, pewujudan Mata Pencarian dan secara umumnya, memastikan berjuta-juta individu yang telah kami bantu terus maju dan mereka yang kurang bernasib baik mampu mencapai potensi yang mereka semua miliki. SBI mencurahkan dedikasinya sekali lagi melalui Yayasan SBI untuk meneruskan perkhidmatannya di luar bidang perbankan."

Yayasan SBI telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UNFPA dan sedang berbincang dengan Wanita PBB serta Bank Dunia untuk mencapai persefahaman bagi bekerjasama dalam projek-projek kepentingan bersama.

Program-program utama SBI:

Belia SBI untuk India: Program fellowship luar bandar setahun yang unik dimulakan dengan dibiayai dan diuruskan oleh State Bank of India bersama NGO terkemuka di negara ini. Ia menyediakan rangka kerja bagi minda muda yang pintar di India untuk bekerjasama dengan komuniti luar bandar.

Institut Latihan Pekerjaan Sendiri Luar Bandar (RSETI): 117 (RSETI) yang ditubuhkan oleh Bank di seluruh negara menawarkan program bekerja sendiri di rumah, latihan vokasional yang percuma, unik serta intensif dalam tempoh jangka pendek dengan makanan dan penginapan percuma untuk warga luar bandar dengan tujuan untuk menangani masalah pengangguran.

Tabung Kebajikan Kanak-kanak SBI telah diwujudkan oleh Bank itu pada Ogos 1983 untuk membantu projek-projek kebajikan bagi manfaat kanak-anak miskin, yatim piatu, kurang upaya dan kurang bernasib baik. Tabung yang ditubuhkan dengan dana awal sebanyak Rs. 4.40 lac (kira-kira $6,600) kini berjumlah Rs. 10 karor (kira-kira $1.5 juta). Satu lagi cara untuk mengumpulkan dana ialah Bank menyumbang Rs.100 untuk setiap pemegang saham yang memohon salinan digital laporan tahunan, selain memadankan sumbangan oleh para kakitangan.

Sanitasi melalui kempen Swachh Vidyalaya dipromosikan oleh Kerajaan India, Bank ini telah melakukan pembinaan tandas di sekolah-sekolah yang memerlukan di sebilangan besar daerah yang terdapat di negara ini.

Hubungi:
Vinod Pande
dgm.csr@sbi.co.in

Sumber: State Bank of India

Source: State Bank of India
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Not for profit