Ditemani oleh suaminya Charles, Earl Spencer Ke-9, Countess Spencer diberi penghormatan di sebuah acara di Mexico City
MEXICO CITY, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Countess Spencer, yang menubuhkan Whole Child International pada tahun 2004, dilantik sebagai Felow Ashoka. Beliau menyertai rangkaian usahawan sosial terbesar dan paling berpengaruh di dunia setelah diiktiraf kerana usaha berwawasan beliau selama sepuluh tahun dalam memantapkan serta membangunkan Whole Child International.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151001/272926
Earl Spencer, ahli lembaga Whole Child, berkongsi penghargaan beliau terhadap usaha isteri beliau: "Karen adalah seorang wanita jelita dengan hati yang jauh lebih mulia. Saya kagum dengan apa yang telah lakukan olehnya sejak sepuluh tahun lalu untuk semua kanak-kanak lemah yang dikasihani ini. Saya tumpang gembira kerana beliau menerima pengiktirafan ini, dan saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai individu, syarikat dan yayasan, untuk menyertai kami dalam usaha untuk membantu golongan kanak-kanak yang paling memerlukan dan kurang diberi perhatian di dunia."
Karen Spencer menubuhkan Whole Child International semasa beliau mendapati kebanyakan organisasi lebih besar yang menangani isu-isu kebajikan kanak-kanak di negara-negara membangun mempunyai dasar untuk tidak bekerja bersama rumah anak yatim. Perbuatan amal beliau mengisi kekurangan itu, dan telah dibuktikan dengan penilaian pihak ketiga yang menunjukkan potensinya untuk memperbaiki kehidupan berjuta-juta kanak-kanak.
Diego Diaz-Martin, Pengarah Eksekutif Ashoka Mexico, Amerika Tengah, dan Caribbean, berkata, "Kami gembira kerana dapat mengalu-alukan Karen sebagai Felow. Beliau telah mengenal pasti satu masalah global yang besar — kegagalan untuk melaburkan masa, kepimpinan, atau sumber lain untuk rumah-rumah anak yatim seluruh dunia — walaupun mereka masih bertanggungjawab untuk kebajikan berjuta-juta kanak-kanak. Beliau telah membangunkan pendekatan yang menyeluruh dan direka rapi bagi mengendalikan setiap kategori pekerja yang berkhidmat dalam bidang ini."
Program Karen adalah unik, boleh skala, dan inovatif, boleh digunakan bukan sahaja di rumah-rumah anak yatim, tetapi merentasi seluruh spektrum penjagaan kanak-kanak. Ia bekerjasama dengan semua sektor, serta bekerjasama terus dengan kerajaan, badan ilmiah, dan penjaga langsung. Whole Child berkolaborasi dengan Institut Kesihatan Global Universiti Duke untuk mengukur impak, serta mendapatkan maklumat bagi membantu pembangunan program tersebut pada masa depan.
"Ketika saya menubuhkan Whole Child, saya bersemangat untuk mencari cara bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang paling lemah untuk berjuang," kata Karen Spencer. "Pengiktirafan oleh Ashoka ini membantu memberi sorotan baharu kepada keperluan penting terhadap penjagaan berkualiti, dan juga untuk suatu realiti yang menarik bahawa terdapat sesuatu yang kita boleh lakukan hari ini, dengan sumber dan ketetapan sedia ada bagi memberi kanak-kanak terabai ini peluang untuk menjalani hidup yang produktif."
"Hari ini kami berbesar hati kerana dapat memberi khidmat kepada kerajaan El Salvador ketika mereka melaksanakan inisiatif Presiden yang bercita-cita tinggi untuk memperbaiki kualiti penjagaan kanak-kanak lemah di negara mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Inter-American Development Bank, Dana Pengurangan Kemiskinan Korea, dan penderma peribadi yang membolehkan kami meraih kemajuan seperti ini. Diharapkan pengiktirafan ini akan membawa kepada lebih banyak sokongan terhadap usaha kami, kerana terdapat begitu ramai kanak-kanak yang memerlukannya, dan begitu banyak lagi kerajaan yang berminat untuk bekerjasama dengan kami bagi membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka yang sepenuhnya."
Maklumat tambahan tentang Whole Child International dan kemasukan Countess Spencer sebagai Felow Ashoka boleh didapati di https://www.ashoka.org/fellow/karen-spencer.
Latar Belakang Whole Child International (www.wholechild.org)
Whole Child International merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab memperbaiki kualiti penjagaan untuk kanak-kanak lemah di rumah-rumah anak yatim, dan dalam situasi penjagaan kanak-kanak dengan sumber terhad yang lain.
Latar Belakang Ashoka (www.ashoka.org)
Ashoka melancarkan bidang keusahawanan sosial dan telah mengaktifkan rakan kongsi berbilang sektor seluruh dunia yang semakin memberi perhatian kepada bakat keusahawanan serta idea baharu untuk menyelesaikan masalah sosial. Ditubuhkan oleh Bill Drayton pada tahun 1980, Ashoka menyediakan platform untuk orang ramai yang berdedikasi untuk mengubah dunia.
Hubungi: Andrea Iturbe
Edelman, Los Angeles
323-202-1045
Andrea.Iturbe@edelman.com