Perjanjian pelesenan diperluas benarkan kolaborasi teknologi dan penyepaduan produk lebih kukuh.
REDMOND, Washington dan TAIPEI, Taiwan, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. dan ASUSTeK Computer Inc. (ASUS) pada hari Khamis mengumumkan perluasan pelesenan paten terdahulu antara syarikat-syarikat itu. Perjanjian itu termasuk rangkuman silang lesen yang luas, contohnya, telefon dan tablet berasaskan Android ASUS dan perisian, peranti serta perkhidmatan Microsoft. Ia merintis kemajuan untuk penyepaduan yang lebih erat antara kedua-dua syarikat itu, termasuk prapemasangan oleh ASUS bagi perkhidmatan produktiviti Microsoft Office dalam telefon pintar serta tablet Android ASUS. Perjanjian itu turut memudahkan perkongsian teknologi ke arah pembangunan penyelesaian produk inovatif yang baharu.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
"Perjanjian ini menyampaikan nilai signifikan untuk kedua-dua syarikat. Selain memastikan penambahbaikan berterusan kepada produk-produk kami, ia membuka peluang kepada bentuk kolaborasi antara Microsoft dan ASUS yang dimungkinkan hanya melalui rasa hormat antara satu sama lain serta kesejajaran tentang harta intelek," kata Nick Psyhogeos, presiden Microsoft Technology Licensing LLC.
Penasihat Undang-undang ASUS Vincent Hong berkata, "Perjanjian ini akan memberikan kami kemampuan yang lebih baik untuk menginovasi kepada para pelanggan kami. Kami melihat ia membawa kepada peluang kerjasama yang luas untuk teknologi akan datang dan hubungan lebih kukuh antara kedua-dua syarikat kami sebagai peneraju industri teknologi."
Latar Belakang ASUS
ASUS merupakan vendor komputer buku pengguna dalam kalangan tiga terbaik dunia dan pengeluar papan induk paling banyak terjual dan paling banyak memenangi anugerah di dunia. Sebuah perusahaan terkemuka dalam era digital, ASUS mencipta dan mengeluarkan produk yang dapat memenuhi keperluan kediaman dan pejabat digital masa kini dengan sempurna, melalui portfolio yang luas termasuk papan induk, kad grafik, pemacu optikal, paparan, komputer meja dan komputer peribadi (PC) semua-dalam-satu, komputer buku, komputer netbook, pelayan, peranti multimedia, penyelesaian tanpa wayar, peranti rangkaian, tablet, telefon pintar serta peranti boleh dipakai. Didorong oleh inovasi dan komited terhadap kualiti, Asus berjaya meraih 4,326 anugerah pada tahun 2014 dan diberi pujian meluas kerana merevolusikan industri PC dengan Eee PC™. ASUS memiliki lebih 16,000 orang kakitangan di seluruh dunia dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia seramai 5,200 orang jurutera. Pendapatan syarikat untuk tahun 2014 adalah sekitar AS$14.5 bilion.
Latar Belakang Microsoft Technology Licensing
Microsoft Technology Licensing LLC telah ditubuhkan pada tahun 2014 untuk mengambil alih, mengurus dan melesenkan portfolio paten Microsoft.
Latar Belakang Microsoft
Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) merupakan syarikat platform dan produktiviti terkemuka untuk dunia yang mengutamakan mudah alih dan awan, serta misinya untuk memperkasakan setiap individu dan juga organisasi di dunia untuk mencapai lebih lagi.