omniture

Pengadun Wiski Scotch Terkenal Dunia Menjadi Ahli The Explorers Club

Johnnie Walker
2015-10-02 23:00 405

NEW YORK, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Dr. Jim Beveridge, pakar kimia analitik dan pengadun wiski Scotch terkenal dunia, hari ini telah diumumkan sebagai ahli baharu bagi The Explorers Club.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272636)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272637)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272638)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272639)

Dr. Beveridge telah diiktiraf kerana pencapaian unik beliau dalam bidang penyelidikan saintifik bagi kimia analitik pada peringkat dunia. Sumbangan beliau telah membawa kepada kemajuan pemahaman kita tentang impak kuantiti nano bahan organik pada deria rasa.

Beliau menyertai ahli lain kelab yang terkemuka itu yang telah menjalankan penyelidikan yang terulung dalam pelbagai bidang, pemimpin yang telah mengembara jauh, dan kembali dengan membawakan ilmu baharu tentang pelbagai minat unik kepada dunia.

Keahlian The Explorers Club meletakkan Dr. Beveridge dalam kalangan pengembara dan saintis penyelidikan yang paling terkenal dan diiktiraf pada era kita. Antara ahli Kelab itu termasuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke bulan, yang pertama ke Kutub Utara, yang pertama ke Kutub Selatan, yang pertama ke Gunung Everest dan yang pertama ke dasar lautan paling dalam.

Keahlian beliau telah diumumkan ketika Johnnie Walker®, wiski Scotch nombor satu di dunia[1], melancarkan kempen baharu yang dikenali sebagai Joy Will Take You Further, yang meraikan hakikat bahawa kegembiraan dapat membantu seseorang mencapai kejayaan.

Dr. Beveridge, Pakar Pengadun untuk Johnnie Walker, berkata, semasa melawat The Explorers Club: "Saya bertuah kerana diterima sebagai ahli kelab yang sangat mengagumkan ini. Selama hampir dua abad, para pengadun Johnnie Walker merupakan mereka yang tidak gemar berdiam diri. Mereka sentiasa bergerak - membawa wiski mereka ke segenap pelosok dunia dan mempelajari sesuatu daripada setiap negara yang mereka lawati.

"Lebih penting lagi, saya tahu yang setiap seorang daripada kami yang cukup bertuah untuk mengusahakan wiski yang hebat ini benar-benar jatuh cinta dengan setiap langkah yang kami ambil. Saya mengikut jejak orang-orang hebat dan saya bernasib baik kerana dapat berada dalam kalangan tokoh terhebat sebagai pengadun, dan kini, dalam kalangan pengembara bersama."

Semasa beliau ke New York, Dr. Beveridge menganjurkan lawatan ke bilik kilat mengagumkan 'Blenders' Rooms' yang merupakan satu pengalaman hebat di ibu pejabat The Explorers Club bersejarah itu untuk para tetamu.

Bilik kilat 'Blenders' Rooms' dapat mengabadikan inti pati persekitaran kerja harian Dr. Beveridge di Scotland dan merupakan yang pertama seumpamanya yang diperlihatkan di luar United Kingdom. Ia menampilkan pameran yang membantu beliau menghidupkan dan menceritakan kisah 8 juta tong wiski yang tiada tandingan yang beliau usahakan; sains di belakang profil rasa tersendiri Johnnie Walker; dan inovasi yang terus mendorong jenama itu untuk maju ke hadapan.

Antara tetamu yang hadir semasa acara itu ialah Will Roseman, Pengarah Eksekutif dan Ted Janulis, Presiden The Explorers Club, serta Brian Cox, Pengarah, wiski Scotch Amerika Utara di Diageo.

En. Roseman berkata: "The Explorers Club gembira dapat membawa Johnnie Walker ke ibu pejabat dunianya dan mengalu-alukan kedatangan ahli terbaharunya, Dr. Jim Beveridge, yang terkenal kerana pencapaian luar biasa beliau sebagai pakar kimia analitik yang terkemuka."

Cox berkata: "Ketika kami melancarkan kempen Joy Will Take You Further baharu kami, ia sememangnya satu padanan yang hebat apabila kami dapat mengadakan acara tersebut di sini, di The Explorers Club. Selama lebih satu abad, ahli-ahli The Explorers Club telah menzahirkan keyakinan yang menjadi dasar kempen kami, merekalah individu yang menikmati setiap kembara sama seperti mereka yang menikmati destinasinya."

#JoyWillTakeYouFurther

Nota untuk Editor

1. Data nilai dan jumlah International Wine and Spirit Record (IWSR) 2014

Rakaman gulung-B Dr. Jim Beveridge di The Explorers Club di New York boleh dimuat turun di sini

Latar Belakang Diageo

Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi mengagumkan bagi jenama-jenama dalam kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, warga kerja kami, jenama kami dan prestasi kami, kunjungi kami di http://www.diageo.com. Kunjungi sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.

Perkataan JOHNNIE WALKER, KEEP WALKING, BLENDERS' ROOMS, JOYNOMICS dan JOY WILL TAKE YOU FURTHER, lambang Figura Melangkah dan logo berkaitan merupakan tanda niaga © John Walker & Sons 2015.

Latar Belakang The Explorers Club 

The Explorers Club ditubuhkan di Bandar Raya New York pada tahun 1904 oleh sebuah kumpulan pengembara terkemuka dunia pada masa itu. Ia merupakan sebuah pertubuhan 501(c)(3) bukan untung berbilang disiplin yang dikhususkan untuk penerokaan saintifik darat, laut, udara dan angkasa dengan menyokong penyelidikan serta pendidikan dalam bidang sains fizikal, sains semula jadi dan juga sains biologi. Ahli Kelab itu bertanggungjawab untuk pelbagai pencapaian pertama yang mengagumkan dan terkenal: Orang pertama ke Kutub Utara, orang pertama ke Kutub Selatan, orang pertama ke puncak Gunung Everest, orang pertama ke dasar lautan terdalam dunia, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Dengan 3,000 orang ahli seluruh dunia, organisasi itu beribu pejabat di 46 East 70th Street, New York, N.Y. 10021. Untuk maklumat lanjut tentang The Explorers Club, sejarahnya dan misinya, ketahui lebih lanjut di: http://www.explorers.org

Di bawah satu persetujuan pelesenan antara Diageo dengan The Explorers Club, setiap pembelian daripada Johnnie Walker® Explorers' Club Collection[TM] - rangkaian adunan wiski yang dijual secara eksklusif di kedai-kedai bebas cukai sedunia - akan membantu menyokong usaha The Explorers Club.

THE EXPLORERS CLUB, THE EXPLORERS CLUB FLAG dan logo berkaitan adalah tanda niaga The Explorers Club, pertubuhan bukan untung global yang beribu pejabat di Bandar Raya New York.

SUMBER  Johnnie Walker

Source: Johnnie Walker
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Not for profit