omniture

Inisiatif Global Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Gabungkan 28 Program dan Yayasan Kemanusiaan yang Beroperasi di 116 Negara; Memfokuskan Semula kepada Timur Tengah

Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives
2015-10-05 21:55 270

DUBAI, UAE, 5 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

Yayasan pembangunan dan komuniti terbesar Timur Tengah merangkumi 1,400 program dan inisiatif pembangunan menyasarkan 130 juta insan yang memerlukan sehingga tahun 2025 

Y.M. Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, hari ini mengumumkan pelancaran salah satu yayasan pembangunan dan komuniti terbesar di rantau Timur Tengah, yang akan dinamakan sebagai "Inisiatif Global Mohammed Bin Rashid". Yayasan baharu itu menyatukan usaha 28 buah organisasi yang memfokuskan untuk membasmi kemiskinan dan penyakit, menyebarkan pengetahuan dan budaya, memperkasakan komuniti serta mendorong inovasi. Secara keseluruhan, inisiatif yayasan itu akan melaksanakan lebih 1,400 program pembangunan insan di lebih 116 buah negara di seluruh dunia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151004/273710)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151004/273712)

Mengulas tentang pelancaran itu, Sheikh Mohammed berkata, "Rantau Arab sedang melalui cabaran-cabaran besar. Kami tidak akan mengetepikan rantau kami, kami akan memberikan sokongan kami, dan membawa harapan kepada belia kami." Beliau menambah: "Dunia hari ini menghadapi cabaran hebat pada setiap peringkat; yang melibatkan keganasan, peperangan serta imigrasi besar-besaran dan satu-satunya penyelesaian adalah pembangunan insan yang dapat dicapai dengan mendidik masyarakat dan juga membantu mereka membina masa depan mereka."

Inisiatif Global Mohammed Bin Rashid Al Maktoum akan menyasarkan lebih 130 juta orang dalam beberapa tahun akan datang dan akan menumpukan program-programnya terhadap rantau Arab. Ia akan turut melancarkan program pembangunan menyeluruh yang terbesar di rantau Arab bagi menumpukan kepada pembangunan insan secara bersepadu bermula dengan menyediakan keperluan asas manusia daripada kesihatan, membasmi buta huruf dan kemiskinan sehingga menyediakan pengetahuan, penyebaran budaya serta pembangunan pendidikan. Ia akan bergerak seiring dalam membangunkan pemimpin Arab muda generasi baharu, menyokong perubahan sebenar dalam bidang pentadbiran yang baik di rantau ini serta menyediakan inkubator terbesar untuk para penginovasi, saintis dan penyelidik Arab.

Matlamat asas utama bagi yayasan baharu itu telah diumumkan, yang memfokuskan empat sektor utama: Membasmi Kemiskinan; Penyebaran Pengetahuan; Pemerkasaan Komuniti dan Inovasi untuk Masa Depan.

Laman sesawang yayasan ini http://www.almaktouminitiatives.org mempunyai maklumat lanjut tentang matlamat akan datang, pencapaian sebelumnya selain organisasi-organisasi dan program-program yang akan bergabung dalam Inisiatif ini.

SUMBER  Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives

Source: Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives
Keywords: Education