omniture

MetaTrader 5 Dilancarkan di Borsa Istanbul (BIST)

MetaQuotes Software Corp.
2015-10-07 07:44 343

ISTANBUL, 7 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Majlis rasmi yang menandakan penyepaduan MetaTrader 5 dengan tukaran terbesar Timur Tengah Borsa Istanbul (BIST) berlangsung hari ini di Istanbul. Semasa acara itu, salah satu broker Turki yang penting Noor Capital Markets telah menghantar permintaan untuk mendapatkan kontrak niaga hadapan pertama melalui platform dagangan MetaTrader 5. Ini bermakna pedagang yang menggunakan instrumen kewangan BIST kini mampu menggunakan platform berkuasa dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )

Majlis itu dihadiri oleh para pemain industri penting – Ketua-ketua Pegawai Eksekutif, para pengarah IT dan para pengurus tinggi daripada 60 buah syarikat pembrokeran Turki dan negara-negara Timur Tengah. Minat seumpama itu berasal daripada ciri-ciri platform dagangan yang meluaskan portfolio perkhidmatan dengan signifikan yang ditawarkan oleh para broker. MetaTrader 5 menyediakan pedagang dengan rangkaian instrumen terluas untuk melakukan dagangan (secara konvensional dan algoritma) serta analisis teknikal.

"Kami menyasarkan untuk memberikan pelabur kami peluang bagi menjalankan urus niaga Forex dan VIOP yang 7 kali lebih pantas dengan memberikan MetaTrader 5 untuk mereka juga di Rantau Teluk di mana kami bertapak. Dengan kerjasama MetaQuotes yang membangunkan MetaTrader serta pejabat Turki, kami akan terus memindahkan tindakan inovatif kami melalui pasaran pelaburan secara berteknologi di Turki dan Rantau Teluk," kata Jihad Shannak, Pengurus Besar Noor Capital Markets pada majlis tersebut.

"Ini merupakan peristiwa penting untuk syarikat kami dan pasaran Timur Tengah," tambah Mehmet Yildiz, Ketua MetaTurk Finansal Yazilim. "Kami gembira kerana kemajuan kami menimbulkan minat dalam kalangan pemain penting di rantau ini, dan kami berminat untuk terus mengukuhkan kedudukan kami di sini. Kami berterima kasih kepada Noor CM atas kerjasamanya."

Latar Belakang MetaQuotes Software
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform dagangan untuk pasaran kewangan melalui tanda niaga MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform dagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 750 buah syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia.
http://www.metaquotes.net

Latar Belakang Noor CM
NoorCM-Kuwait merupakan penyedia khidmat bagi Amwal International Investment Company KSCC, salah sebuah syarikat kewangan dan pelaburan paling dihormati di rantau itu. Amwal mengkhusus dalam ekuiti persendirian, perkhidmatan kewangan dan projek pembangunan di rantau MENA, serta beribu pejabat di Kuwait City. Amwal adalah syarikat yang tersenarai awam di Bursa Saham Kuwait dan dilesenkan oleh Central Bank of Kuwait.
NoorCM-Kuwait

Latar Belakang BIST
Borsa Istanbul (BIST) merupakan entiti tukaran tunggal di Turki. Ia telah ditubuhkan pada April 2013 melalui gabungan Bursa Saham Istanbul (ISE), Bursa Emas Istanbul (IGE) dan Bursa Terbitan Turki. Setakat penghujung September 2013, pemodalan pasaran keseluruhannya adalah berjumlah $0.224 trilion, sementara jumlah didagangkan purata bulanan mencapai $36 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun 2013 dan jumlah syarikat pengeluar ialah 219.
Borsa Istanbul (BIST)

Sumber: MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services